Tuesday, December 27

Kali ini, skrip Anwar masih sama! Selamatkan Malaysia?



Masihkah lagi kita ingat ketika menjelang perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada bulan Januari 2010 yang lalu, tiba-tiba suhu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) naik mendadak!
Semua usaha digerakkan. Selain Anwar melancarkan siri jelajah atau road show untuk pertahankan dirinya, penerbitan akhbar dan laman web parti berkenaan menyeru agar rakyat bangkit. Laporan utama di muka hadapan penerbitan rasmi parti itu bertajuk, Selamatkan Malaysia selain tulisan peguam bela Anwar, S. Sivarasa (Ahli Parlimen PKR) yang kononnya membuktikan beliau tidak bersalah. Seperti yang sudah dijangka, strategi Anwar ialah membakar sentimen rakyat.
Kalau tidak silap tiada mana-mana personaliti dan tokoh dalam dunia yang mengadakan road show apabila mahu dihadapkan ke mahkamah. Tetapi Anwar unik. Beliau tetap mahu mengheret rakyat dalam kes moralnya dan mengaitkan segala-galanya sebagai konspirasi. Keghairahan Anwar mengadakan perbicaraan di luar mahkamah untuk memberikan perspektif keadilannya, adalah tidak wajar. Mengapa perlu gundah dan takut jika yakin di pihak yang benar?
Anwar adalah pemimpin sebuah parti menggunakan nama keadilan rakyat tetapi ternyata beliau hanya memikirkan keadilan untuk dirinya dan bukan untuk Saiful. Apakah kerana Saiful rakyat kecil, hak keadilan untuk beliau boleh dinafikan begitu sahaja. Berdasarkan maklum balas yang diterima, sambutan terhadap road show tersebut tidaklah seberapa.
Sentimen sudah berubah. Ramai penyokong PAS tidak lagi teruja dengan pemimpin PKR itu sebagaimana kes liwat pertamanya, sebelum ini. Sesi penjelasan Anwar bagi sebahagian yang hadir, kurang terkesan di hati mereka. Tetapi road show itu juga bertujuan membina momentum bagi menarik kehadiran ramai pada hari perbicaraan yang kalau tidak silap sudah lebih 50 kali tertangguh, yang beliau sedia untuk melambaikan tangan kepada mereka.
Kita tidak kisah sama ada nanti Anwar menang atau kalah dalam perbicaraan sudah banyak kali tertangguh itu, biarlah mahkamah menentukan. Yang penting ialah keberanian menghadapi kes itu dengan jiwa besar. Kalau Saiful boleh menampakkan ketenangannya, mengapa tidak Anwar. Lebih menimbulkan persoalan mengapa beliau mahu menangguh-nangguhkan kes tersebut atas pelbagai alasan sehingga tidak boleh diterima dek akal? Akibatnya ada golongan pada awalnya menyokong beliau, kini turut ragu-ragu.
Sebelum ini juga Anwar sudahpun mengemukakan 13 saksi alibi termasuk isterinya, Dr. Wan Azizah Ismail. Berikutan itu juga polis telah mengambil keterangan Wan Azizah sebanyak beberapa kali sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati di pihak Anwar kerana polis pernah berbuat demikian dua tahun lalu.
Polis dalam kenyataannya menjelaskan, keterangan kali kedua terpaksa diambil kerana Sivarasa dalam laporan media, tidak ingat sama ada Wan Azizah telah dikemukakan sebagai saksi oleh pihaknya atau tidak. Dengan adanya saksi alibi, kita tidak nampak mengapa Anwar perlu mencari jalan untuk menangguhkan lagi perbicaraan. Tiada alasan lagi. Memandangkan Anwar sentiasa mempolitikkan kes berkaitan isu moralnya ini, ia secara tidak langsung mengundang persepsi negatif terhadap beliau.
Bahkan, semakin ramai melihat Anwar telah mempertaruhkan agama dan bangsa bagi menjayakan percaturan politiknya, yang keuntungan dinikmati oleh bukan Islam. Pendirian beliau dalam banyak isu kritikal seperti membenarkan Chin Peng pulang, menyokong agenda DAP menuntut hak kesamarataan, menolak semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi gereja Katholik, ternyata bermotif politik.
Jadi kepada Anwar bagaimana pula dengan pendedahan Wikileaks sebelum ini? Masih berniat untuk melancarkan siri jelajah atau road show untuk pertahankan dirinya? Mengarahkan penerbitan akhbar dan laman web parti berkenaan menyeru supaya rakyat bangkit sekali lagi. Nak selamatkan Malaysia ini dari siapa sebenarnya, wahai Anwar?
Agensi perisikan Singapura mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.
Pendedahan itu dibuat oleh sebuah laman web antarabangsa, Wikileaks berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas dakwaan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan terbongkar.
Menurut WikiLeaks, dalam laporan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat itu, pegawai-pegawai perisikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa, Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat sebagaimana pertuduhan yang dikenakan ke atasnya sekarang.
Maklumat risikan itu dikukuhkan lagi apabila WikiLeaks juga mendedahkan bahawa Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, sendiri pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) sewaktu mereka bertukar-tukar pandangan bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat.
“Australia mengatakan bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan Lee Kuan Yew pernah memberitahu ONA semasa bertukar-tukar pandangan iaitu, Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu (liwat), yang beliau sekarang sedang menghadapi pertuduhannya.
“Penilaian ONA dan rakan-rakan dari Singapura bersetuju, pertuduhan itu ‘perangkap’ dan Anwar mengetahui mengenai kemungkinan pendakwaan tetapi apa yang jelas beliau (Anwar) memang terlibat (dalam aktiviti liwat),” kata kabel itu sebagaimana dipetik daripada laporan The Sydney Morning Herald.
Menurut The Sydney Morning Herald, Anwar memang sedar bahawa beliau bakal masuk ‘perangkap’ iaitu akan didakwa buat kali kedua berhubung pertuduhan salah laku seksnya, berdasarkan laporan polis yang dibuat Mohd. Saiful serta bukti klinikal yang lengkap.
‘Perangkap’ itu merujukkan kepada pendakwaan di mahkamah kerana di Australia, aktiviti homoseksual dibenarkan tetapi di negara ini yang Islam sebagai agama rasmi, liwat adalah salah di sisi undang-undang sama ada ia dilakukan secara sukarela atau pun secara paksaan.
Pada masa yang sama, beberapa portal berita propembangkang seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini juga dilihat cuba memutarkan isu sebenar dengan memperbesarkan isu ‘perangkap’ tetapi persoalan sebenar iaitu mengenai laporan agensi perisikan Singapura.
Kelihatan pencacai-pencacai Anwar masih lagi cuba untuk menegakkan benang yang basah dengan memutarbelitkan isu berkenaan. Mungkin juga ada kerahan dari dari orang kanan Anwar yang mengetuai gerakan untuk Selamatkan Anwar dari merengkok semula ke Penjara Sungai Buloh. Jika rasa tidak bersalah, Anwar sepatutnya sudah lama menyahut seruan supaya beliau bersumpah di dalam masjid. Saiful sudah melakukannya di masjid Wilayah dan terbaru di Tanah suci Mekah. Anwar bila lagi?
Terbaru sudah kedengaran juga sudah ada gerakan secara senyap-senyap dimana sekali lagi PKR akan mengheret rakyat dalam isu moral pemimpinnya, Anwar Ibrahim. Dua kes liwat yang angkara nafsu sendiri, akhirnya mahu dikongsi beban dengan rakyat.
Gerakan besar-besaran sedang diatur untuk mengadakan pelbagai aktiviti menjelang, ketika dan selepas – keputusan mahkamah bagi kes liwat beliau pada 9 Januari ini. Ia dikenali sebagai Kempen Bebaskan Anwar 901. Ribuan poster telah dicetak selain diuar-uarkan menerusi Internet.
Nasib Anwar akan diketahui pada tarikh berkenaan sama ada dibebaskan atau disabitkan kesalahan atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Difahamkan, antara perancangan yang dibuat ialah menghimpunkan seramai mungkin ahli PKR dan penyokong pembangkang di bangunan mahkamah. Arahan ibu pejabat PKR kepada cabang-cabang parti itu di seluruh negara telah dikeluarkan.
Anwar sebelum ini dikatakan kurang senang kerana tidak ramai penyokong pembangkang termasuk ahli PKR hadir memberi sokongan sepanjang perbicaraan tersebut berlangsung.
Seandainya Anwar didapati bersalah oleh mahkamah, ada senario tertentu sudah disusun. Demonstrasi liar di jalanan yang membawa kepada ketegangan akan berulang kembali sebagaimana yang mewarnai ibu negara pada 1998 dan 1999.
Difahamkan, beberapa pertemuan bagi menjayakan semua misi itu sedang dilakukan. Ia juga dilihat peluang bagi pakatan pembangkang membina momentum baru untuk memulihkan sokongan rakyat yang kini dikatakan memihak kepada Barisan Nasional (BN).
Gerakan melobi NGO antarabangsa, mendapatkan simpati kedutaan asing dan kuasa besar serta mempengaruhi media Barat giat dilakukan. Jika perancangan menjadi kenyataan, kekecohan di Kuala Lumpur yang dicetuskan oleh penyokong Anwar akan mendapat liputan meluas di luar negara seolah-olah Malaysia bakal mengikut jejak Mesir, Libya, Tunisia dan Syria.
Kita sudah menjangka Anwar akan mengambil strategi yang sama iaitu pre emtif. Dari awal kes tersebut, tekanan demi tekanan dikenakan ke atas mahkamah dan hakim. Berpuluh-puluh penangguhan dimohon. Anwar juga menggunakan pentas politik di dalam dan luar negara menyerang institusi mahkamah sambil mempertahankan diri.
Kali ini, skrip Anwar masih sama! Beliau mendakwa tidak bersalah dan kononnya menjadi mangsa konspirasi. Pada Anwar, keadilan hanya untuk orang besar seperti beliau dan bukannya orang biasa yang tidak berdaya seperti Mohd. Saiful dan Azizan Abu Bakar (mangsa kes liwat pertama).
Dalam sejarah politik dunia, akan muncul dari semasa ke semasa pemimpin yang dahsyat pembohongannya sehingga liat untuk tumbang. Kelebihan Anwar, beliau memang pandai bermuslihat dan mengelirukan rakyat.
Politik adalah seni menyakinkan orang ramai dan pengundi. Tetapi janganlah mempergunakan rakyat untuk menangani kegagalan diri sendiri mengurus nafsu serakah.
Belajarlah menjadi budiman. Kita dah bosan dengan pemimpin terlampau yang hipokrit. Apabila galak melakukan maksiat tidak ingatkan rakyat! Tetapi apabila mahu diadili oleh mahkamah maka mencari perlindungan rakyat. Lalu terkeluarlah pelbagai slogan termasuk rakyat adalah hakim.
Cukup dan insaflah….!! Jangan hanya kerana nafsu seseorang kita semua nanti ditimpa musibah besar.
Wallahuallam.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive