Friday, December 23

Dr Khir Toyo bersalah....dihukum 12 bulan penjara



Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Sri Dr Khir Toyo didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan rasuah kes pembelian tanah dan banglo di Seksyen 7 Shah Alam yang didakwa lebih rendah dari harga pasaran.

Beliau dikenakan hukuman penjara 12 bulan dan hartanah yang terlibat dalam kesnya itu diserah kepada mahkamah.P
erlucutan hak tertuduh terhadap dua lot tanah dan rumah berkenaan dan diserah kepada Kerajaan Malaysia. 

Bagaimanapun hukuman keatasnya ditangguhkan sehingga selesai proses rayuan.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohtaruddin Baki pagi Jumaat setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadapnya itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah
Dr Khir dituduh membeli dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Haryoni pada harga RM3.5 juta, lebih rendah dari harga RM6.5 juta yang dibayar Ditamas pada 2004.

Dr Khir didakwa mengadakan transaksi itu dengan pengetahuan bahawa Shamsuddin mempunyai urusan dengannya dalam kapasiti rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada masa itu.
ADUN Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di sini pada 29 Mei, 2007.

Perbicaraan kes itu yang bermula pada 6 Jun lepas mendengar keterangan 25 saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan.

1 comment:

daimpressive said...

http://suaraserak.blogspot.com/2011/12/membetulkan-salah-faham-edisi-backing.html

Blogwalking dan juga suatu perkongsian.

Terima Kasih

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive