Sunday, December 25

SAH! Dalam PAS Tiada Kebebasan Bersuara!!




KALAU mengikut apa yang di luahkan oleh Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, ternyata Pas bukanlah sebuah parti Islam seperti yang dilaung-laungkan oleh mereka. Juga, Pas bukanlah parti yang benar-benar memperjuangkan Islam. Sebaliknya Pas adalah sebuah parti politik yang 'teramat' sangat mengidam untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan Umno, sekali gus menawan Putrajaya dan menjadi pemerintah (kerajaan) kerana mereka sudah lama beno jadi pembangkang. Kalau dalam filem, mereka ni asyik jadi 'crook' atau orang jahat saja.

Dipandang dari sudut lain, cara Pas berpolitik, dulu dan sekarang amatlah jauh bezanya. Pemimpin-pemimpin selalu mengeluarkan fatwa yang tak relevan dan tak masuk akal atau dengan erti kata lain, politik yang tak boleh guna pakai. Begitu juga dengan kebebasan 'bersuara'. Pemimpin-pemimpin yang bukan 'blue boy' Pas, akan disekat untuk bersuara. Mereka tidak diberi ruang untuk bersuara, meluahkan perasaan dan memberi pendapat di akhbar mereka sendiri iaitu HARAKAH. Apatah lagi di akhbar-akhbar pro kerajaan. Ruang mereka untuk bersuara ditutup rapat-rapat oleh pemimpin-pemimpin Pas.

Maka jelaslah, perubahan di dalam Pas ada kaitannya dengan pencantuman di antara Pas dengan DAP dan PKR. Mereka bergabung dengan menamakan 'Pakatan Rakyat'. Tapi, semua orang tahu, mereka ini diperalatkan oleh DAP dan PKR bagi tujuan politik kotor mereka dan meraikah untuk mendapakan sokongan dari pengundi-pengundi melayu Pas untuk PRU ke-13 nanti. Bagi IBM, sedar atau tidak, amatlah rugi di pihak Pas kerana dik ingin mengambil hati rakan kongsi mereka, Pas sanggup mengadaikan maruah bangsa, agama dan negara.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive