Monday, December 26

Jangan Terperangkap Drama Bollywood Anwar.



Orang ramai diminta tidak terperangkap dengan sandiwara Anwar Ibrahim yg sekali lagi mahu mengheret rakyat dalam isu moralnya menerusi Kempen Bebaskan Anwar 901. Bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar umpama mengetahui beliau akan dijatuhkan hukuman bersalah dan mengharapkan simpati rakyat. Adakah kerana seorang individu, maka kita sanggup membiarkan negara menjadi kacau-bilau. Rakyat terutamanya mahasiswa perlu berfikir sebaik2nya kesan jika ketegangan akibat demonstrasi liar berulang kembali.

Beliau mengulas desas-desus gerakan besar2an membabitkan pelbagai aktiviti yg sedang diatur pihak tertentu bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar menjelang keputusan perbicaraan kes liwat pada 9 Januari ini. Beliau berkata, Anwar sepatutnya bersara daripada politik jika benar ingin menyumbang kepada negara. Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, rakyat diminta tidak mudah terpedaya dengan strategi Anwar yg cuba menunjukkan seolah2 dia menjadi mangsa konspirasi. Beliau juga dilihat semakin terdesak dan menggunakan mahasiswa serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu untuk mengganggu-gugat kestabilan negara. Usaha ini tidak wajar disokong rakyat. Belum ada keputusan mahkamah sudah mula berkempen untuk membebaskannya," jelasnya.

Golongan mahasiswa pula dinasihatkan supaya tidak terikut2 cara pembangkang dengan mengadakan demonstrasi jalanan bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka, kerana kes Anwar hanyalah sebahagian dari kes2 jenayah seperti yg lain.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive