Saturday, December 17

Luahan Rasa Mahasiswa Utara.


Salam rakan-rakan siswa.

17 Disember 2011 Mahasiswa lakar sejarah baru? Di sini Mahasiswa Utara ingin berkongsi dengan rakan-rakan siswa. Cerita peristiwa yang dianggap bersejarah bagi sekumpulan rakan-rakan siswa yang menggelarkan diri mereka BEBAS (Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik). 

Di saat pelbagai pihak mengeluarkan hujah-hujah mereka, apa kata rakan-rakan siswa? Terkesan juga rasa hati apabila kita sebagai golongan mahasiswa sudah mula dipandang rendah oleh golongan masyarakat. Mahasiswa = Mahasisa? Sayang, begitu sudah pandangan masyarakat terhadap kita hanya kerana tindakan rakan-rakan kita yang menggelarkan diri mereka sebagai BEBAS ini. 

Tertanya-tanya juga, apakah tindakan mereka seterusnya ya? Adakah ini kesan daripada pindaan AUKU yang masih baru dipinda berapa ketikanya? Tetapi, Mahasiswa Utara percaya mereka itu hanyalah sekelompok kecil anak-anak yang masih tercari-cari atau mungkin juga diperkuda oleh segelintir pihak.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive