Tuesday, December 20

Anwar Sampai Kapan Mahu Kelentong?



Ayahanda Tun M. mencabar Anwar  bersumpah dengan menjunjung al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.Ayahanda Tun tidak pernah berbuat demikian seperti didakwa Anwar itu sebaliknya menolak permintaan daripada wakil Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.


Cabaran itu dibuat ekoran portal propembangkang, Meloyakini melaporkan Anwar ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) baru-baru ini, mendakwa Ayahanda Tun telah melakukan perbuatan yang akan merugikan negara itu.Dalam reaksinya sehari selepas itu, Anwar cuba mencari alasan untuk tidak menyahut cabaran berkenaan termasuk mendakwa apa yang dibangkitkannya melibatkan soal rasuah dan jenayah yang tidak boleh diselesaikan hanya dengan bersumpah.


Sebenarnya, berbohong, memutar-belit fakta dan memperalatkan siapa juga demi kepentingan politik yang menjadi tabiat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukanlah sesuatu yang baru.



Ini dapat dilihat pada 1998, apabila beliau mendakwa menyimpan enam kotak dokumen rahsia yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sehingga kini tidak pernah didedahkan.


Pada 1999 pula, Anwar digambarkan akan meninggal dunia dalam tempoh terdekat berikutan terdapat konspirasi terancang untuk membunuhnya menggunakan racun asernik. Isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi penyampai segala dakwaan Anwar itu turut menuduh suaminya disuntik dengan virus HIV semasa dalam penjara dan akan meninggal dunia dalam tempoh singkat kerana AIDS.


Isu keracunan arsenik dan virus HIV itu dibangkitkan ketika Anwar menghadapi pertuduhan meliwat pemandu, Azizan Abu Bakar.


Pun begitu, walaupun diramal meninggal dunia dalam tempoh singkat, sehingga kini, Anwar segar bugar dan pemeriksaan yang dilakukan doktor mendapati tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuhnya.


Biarpun berhadapan dengan pelbagai tuduhan di mahkamah, kreativiti Anwar dalam menghasut dan meracuni fikiran rakyat tidak pernah luntur.


Semua ini dilakukan bagi mengalihkan perhatian masyarakat terhadap pelbagai isu moral yang dihadapinya dan untuk mencapai matlamat menjadi Perdana Menteri yang diidam-idamkannya.


Pada 2001, Anwar digambarkan berkeadaan sangat uzur hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai pendakap leher kerana menghadapi sakit belakang yang kronik. Penipuan mengenai penyakit yang dihidapinya terbongkar apabila satu rakaman video menunjukkan Anwar dalam keadaan sihat ketika berada di hospital.


Apabila Anwar dibebaskan daripada penjara pada 2004, beliau dengan berkerusi roda dan memakai pendakap leher telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mendapat rawatan di Hospital Munich, Jerman.


Sebaik sahaja tiba di Munich, stesen televisyen CNN menyiarkan siaran langsung yang menunjukkan beliau tidak lagi memakai pendakap leher dan boleh berjalan sendiri tanpa kerusi roda walaupun belum dirawat.


Dalam pada itu, tidak semena-mena apabila bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa diliwat pada Jun 2008, Anwar berkejar ke kedutaan Turki bagi mendapat perlindungan dengan alasan menerima ugutan bunuh. 


Persoalannya siapa yang mahu membunuh Anwar? Pelbagai pihak selepas itu menyifatkan tuduhan beliau ‘tidak masuk akal sama sekali’, tambahan pula beliau tidak pernah membuat laporan polis berhubung ugutan itu.


Ingatlah, bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru buat selama-lamanya. Semoga kedatangan 2012 yang dikaitkan sebagai era transformasi besar-besaran terhadap evolusi umat manusia akan membuat Anwar sedar mengenai kewajipan seseorang muslim untuk bercakap benar walaupun pahit.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive