Friday, December 30

Isu dakwaan kos guaman Jamil Khir gara-gara karenah Anwar

Inilah masalahnya bila ada 'mulut puaka' yang main nak tuduh saja tanpa tengok kiri kanan konon dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diseleweng untuk tanggong kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Dr Muhammad Yamin Ismail Rabu mengeluarkan kenyataan menafikan berlaku penyelewengan dana zakat seperti didakwa oleh pembangkang.

Katanya MAIWP menanggung kos guaman bagi tiga responden yang dinamakan dalam tuntutan qazaf Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Jamil dua yang lain ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain adalah penjawat awam.


"Justeru, adalah menjadi kewajipan MAIWP, sebagai pihak berkuasa agama Islam, untuk menanggung kos pembelaan sebarang tindakan guaman terhadap mereka," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Beliau menjelaskan MAIWP mempunyai peruntukan khas daripada geran kerajaan untuk membayar yuran guaman.

Sejak 1993 hingga 2011 jumlah yang diterima adalah RM11 juta termasuk RM700,000 pada 2010 dan RM500,000 pada 2011.


"Tindakan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh merupakan punca utama yang mengheret ketiga-tiga responden dalam pertikaian di Mahkamah Syariah, sedangkan tuntutan dan dakwaan Ahli Parlimen berkenaan adalah tidak berasas sama sekali sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.


"Justeru itu, disimpulkan bahawa keghairahan sesetengah pihak untuk menyalahgunakan proses mahkamah terhadap penjawat awam akan mengakibatkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan kerenah mereka yang tidak berkesudahan.

"Tohmahan yang sedang dihadapi oleh responden ketika ini juga boleh membawa kepada pertikaian di mahkamah dan mengakibatkan penggunaan wang yang sepatutnya disalurkan untuk kepentingan umat Islam," katanya.

Sumber  klik disini

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive