Wednesday, December 21

Tanah Liat Boleh Ajaq Anuar Ibrahim


Seramai 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos layak membuang undi pada pilihan raya kecil permatang pauh. Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihan raya tersebut dikemaskini.Pengundi mengikut pecahan kaum adalah majoritinya adalah pengundi berbangsa Melayu menurun dengan 69.4 % diikuti bangsa Cina, 24.5 % dan bangsa india kekal hanya 5.7 % manakala lain-lain meningkat hingga mencapai 0.1 %.
Pada pilihan raya umum Malaysia pada Mac 2008 telah menyaksikan bahawa peratusan pengundi adalah sama. Namun jika dilihat kepada pilihan raya umum Malaysia 2004, undi Melayu adalah 67.60%, Cina sebanyak 26.30%, India pula adalah 5.7% dan yang lain adalah 0.3%.
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana suaminya berada di dalam penjara. Wan Azizah mendapat undi sebanyak 23,820 undi berbanding lawannya dari UMNO, Datuk Dr Ibrahim Saad yang hanya mendapat 14,743 undi.
Bagi DUN ini daerah pengundian adalah seperti berikut:-Sama Gagah,Permatang Ara,Permatang Pauh,Bukit Indra Muda,Kampong Pelet,Kubang Semang,Tanah Liat Mukim 8,Kampong Cross Street 2.
                                                                                                            PKR                  BN
Tanah Liat Mk 8                                          623         534

BUKIT MERTAJAM, 21 Dis – Seramai 130 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini bertindak keluar parti itu dan menyertai UMNO setelah kecewa dan hilang kepercayaan dengan kepimpinan PKR. 
Kumpulan itu menyerahkan  borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dalam satu majlis di Kampung Tanah Liat Mukim 9, di sini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Umno Bahagian Permatang  Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.
Ketua Cawangan PKR Tanah Liat sebelum ini Abdul Wahab Rahman, ,70, berkata  mereka terpaksa meninggalkan parti yang sekian lama disanjung itu setelah mula melihat kepincangan dalam PKR.
“Sudah lama saya fikir dan perhatikan perjalanan PKR dan selepas  11 tahun ditubuhkan ia kini sudah tidak lagi relevan.
“Mereka (pemimpin PKR) langsung tidak pedulikan masalah rakyat  terutama kami di sini, jadi saya rasakan sudah tiba masanya kami berubah  haluan dan kembali kepada perjuangan UMNO,” katanya di sini.
Mohd Nasir Yob, 40, yang mewakili ranting PKR Bukit Berangan berkata mereka juga sepakat untuk keluar PKR selepas kecewa dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti Datuk Mansor Othman yang didakwa mengabaikan rakyat di Bukit Berangan.
Katanya selepas hampir empat tahun menjadi Adun Penanti, tiada apa yang disumbangkan wakil rakyat itu sama ada daripada segi kebajikan mahupun infrastruktur kepada penduduk, menyebabkan mereka putus asa dan mengambil keputusan menyertai UMNO.
Zainal Abidin yang ditemui selepas majlis itu berkata pihaknya dengan hati terbuka menerima kemasukan bekas anggota PKR itu ke dalam  UMNO.





No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive