Sunday, December 25

Bob Lokman Isabella Kantoi Lagi.


Bob Lokman sekali lagi disiasat kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah. Kali ini bukannya di Selangor tetapi di Pahang pula. Ternyata menjadi kesalahan sekiranya menyampaikan ceramah tanpa tauliah dari Jabatan Agama Islam tetapi Bob Lokman masih mengulangi kesilapan yang sama.

Memang susah berbincang dengan "ustaz-ustaz" PAS. Sudah berpuluh kali diingatkan supaya mereka mengambil dahulu surat tauliah sebelum berceramah tetapi nampaknya mereka ini jenis tak faham bahasa. Ustaz-ustaz PAS ni ingat kalau dah bergelar "ustaz" boleh main redah je ke?

Penceramah perlu mempunyai tauliah bagi melindungi kesahihan ilmu Islam yang disampaikan, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha.

Beliau berkata, dalam isu di Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)bertanggungjawab untuk memastikan penceramah mempunyai tauliah sebelum menyampaikan ilmu agama kepada umat Islam di negeri itu.

"Ilmu agama yang disampaikan oleh penceramah yang tidak bertauliah akan menimbulkan keresahan dan kekeliruan di kalangan umat Islam. Disebabkan itu Jais menetapkan syarat penceramah perlu mendapat tauliah.

Mengulas lanjut, Othman berkata penceramah agama yang sering mendapat kepercayaan orang ramai tidak harus disalahgunakan oleh pihak yang mempunyai kepentingan selain mengajak umat Islam mentaati ajaran agama.

"Penceramah seharusnya mempunyai perwatakan yang menetapi ciri-ciri sebagai pendakwah yang boleh dipercayai dan menjadi contoh ikutan," katanya.

Beliau berkata seperti undang-undang Islam yang diperuntukkan di Selangor, Wilayah Persekutuan juga mensyaratkan penceramah mendapatkan tauliah menerusi peruntukan Kaedah-kaedah Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan (Tauliah mengajar bagi undang-undang Islam 2006).

Malah, kata beliau tauliah itu boleh dibatalkan oleh jawatankuasa jika penceramah melanggar syarat seperti menyentuh isu politik atau mengajar ajaran yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
"Kesalahan mengajar tanpa tauliah, Seksyen 11 Akta Kesalahan Jenayah SyariahWilayah Persekutuan memperuntukkan denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive