Saturday, December 24

Selamatkan Mahasiswa Kita! Ayuh Sebarkan!


NGO ABU (Asal Bukan UMNO), pimpinan Chegu Bard dijadikan landasan untuk memulakan arus perjuangan kerana anak saudara Anwar itu sebelum ini sudah terkenal sebagai ikon demontrasi jalanan.
Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin adalah aktivis PKR yang tewas bertanding Ketua AMK PKR kini mengetuai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang dianggap sebagai penaung gerakan pelajarunderground, SMM.
Anwar tahu, dalam mana-mana sejarah revolusi, mahasiswa adalah salah satu kompenan yang bakal diperalatkan.
Jadi di sinilah terletaknya kepentingan gerakan pelajar underground SMM akan akan membangkitkan isu kebebasan akademik dan kebebasan pelajar (AUKU).
Revolusi Bunga Raya
Istilah ini disebut oleh Anwar sendiri dalam dialog dengan profesional muda di Petaling Jaya, 10 Julai lalu.
Pertemuan dengan profesional muda itu diatur selepas sehari perhimpunan haram BERSIH 2.0.
Portal The Malaysian Insider melaporkan dalam dialog itu Anwar tidak menolak kemungkinan akan diadakan satu lagi perhimpunan selepas Bersih 2.0.
“Kami belum membincangkan perkara itu, tetapi kami tidak menolak opsyen-opsyen kami”, katanya.
Portal itu turut melaporkan Ketua Umum Pakatan Rakyat tidak menolak akan berlaku satu revolusi yang dipanggil sebagai ‘Revolusi Bunga Raya’.
“Kita tiada keyakinan (ke atas kerajaan), jadi adalah penting bagi Najib mempertimbangkan dengan serius, kita dekat dengan (satu revolusi)” kata Anwar sambil menambah ketegangan kaum juga meningkat di negara ini.
Demokrasi dan Islam
Dalam Kongres PKR di Johor baru-baru tema Demokrasi dan Islam menjadi intipati utama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ramai rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam tidak faham tentang tema ini, sebab benda baru, tetapi bukan kepada Anwar, Ambiga Sreenevasan, Marina Chin Abdullah dan rakan-rakan sekutunya yang bukan Islam.
Tema ini pun yang diperjuangkan oleh BERSIH 2.0, dengan tidak disedari oleh para penyokong PAS.
Demokrasi yang difahami di kalangan rakyat Malaysia tidak sama dengan demokrasi yang diperjuangkan oleh Anwar, Ambiga, Marina dan rakan-rakan sekutunya.
Demokrasi yang dibawa olehAnwar and co adalah demokrasi universal yang amat difahami oleh penaja-penaja Barat, khususnya OSI (Open Society Institute), NED (National Endowment for Democarcy), Freedom House (FH), Amnesty International (AI), Human Right Watch (HRW), World Bank (WB), Konrad Adenauer Stiftung (KAS), Frederich Naumman Stiftung (FNS), Nippon Foundation dan lain-lain. Klik di sini,di sinisinisinisinisini dansini
Tema ‘Demokrasi dan Islam’ dicetuskan di universiti jesuit yang terkenal di Amerika Syarikat (AS), Universiti Georgetown oleh salah seorang father jesuit, John Esposito.
Di universiti jesuit itu juga tempat Anwar dilatih, semasa menetap di AS dan John Esposito sudah merekrut Anwar sekurang-kurang sejak tahun 1990-an lagi.
Demokrasi yang dicetuskan di universiti jesuit memang bertentangan dengan Islam, sebab ia merupakan pintu belakang untuk melemahkan Islam dari dalam dan membuka pintu kepada permurtadan secara besar-besaran.
Sebab itu, tidak hairan Dr Wan Azizah berusaha menjustikasi Demokrasi dan Islam tidak bertentangan kerana hakikat sebenarnya ia saling bertentangan.
Demokrasi dan Islam hanya digunakan sebagai senjata dalam masyarakat Islam sahaja, apabila sudah diterima, maka akan dibuang perkataan Islam dan yang kekal adalah perkataan Demokrasi yang menjadi intipati pakatan jesuit-zionis AS.





No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive