Wednesday, December 28

Sudah lengkap? DAP ada Khalifah, PAS ada Nabi & PKR ada Imam Mahdi !



Setiausaha Agung Parti Tindakan Tidak Demokratik merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah diangkat dan diiktiraf sebagai seorang Khalifah setaraf dengan Khalifah Umar Abdul Aziz oleh pencacai-pencacai dalam Parti Islam Se-Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu.


 Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat merupakan salah seorang pemimpin seterusnya dari kalangan pemimpin Pakatan Haram pembangkang yang dinaikkan pangkat dari seorang Ularmak PAS kepada seorang Nabi.


Terbaru dan masih hangat!!! Penasihat Parti Keadilan Rakyat yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen Anwar Ibrahim yang sebelum ini telah diakui sendiri oleh isterinya sebagai 'anugerah Tuhan' kepada Malaysia terus mendapat pengiktirafan baru dari pengikut Pakatan Haram sebagai Imam Mahdi yang akan menjelma pada akhir zaman.

Memang gila! memang gila sudah pencacai-pencacai pemimpin Pakatan Haram di negara ini. Belum pernahpun dilakukan oleh mana-mana pemuja pemimpin politik negara lain di dunia ini seperti yang dilakukan oleh para pengikut Pakatan Haram itu. Akibat terlalu taksublah tu.

Penyokong-penyokong pemimpin Parti Republikan, Parti Demokrat, Parti Buruh di negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Australia, negara-negara Eropah mahupun negara-negara Arab sendiri juga tidak pernah taksub sampai ke tahap sehingga boleh merosakkan iman sebegitu rupa seperti yang telah dilakukan oleh para penyokong Pakatan Haram.

Kalau nak berpolitik tu maka berpolitiklah secara sihat atau sekurang-kurangnya dengan cara yang boleh diterima akal sedikit dan tak patutlah semua perkara ataupun perkara yang bukan-bukan juga mahu diheret sama ke dalam politik liar mereka.

1 comment:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive