Saturday, December 17

Siapa sebenarnya yang kufur?



Lagi sekali Nik Aziz membuat kenyataan yg melukai hati umat Islam. Dalam menangani isu 'Ustaz Budak' yg menyamakan dia dengan nabi, Nik Aziz mengambil kesempatan untuk menyerang pihak yg tidak menerima Islam sebagai kufur, katanya. Semua orang tahu dia menghina UMNO dan menganggap UMNO tidak 'Islamik' menurut tafsiran ilmu politik yg bersemayam dalam serbannya.

Tanya kepada Nik Aziz sejak 21 tahun jadi MB Kelantan, apakah sumbangannya yg maha besar untuk memakmurkan Islam? Apakah dengan gelaran 'Serambi Mekah' maka dia sudah menjelmakan ciri2 'Islamik' dalam pentadbirannya? Apakah dia tidak tahu bahawa Malaysia memperkenalkan perbankan Islam hingga menjadi sumber ilham kepada negara2 Arab untuk menubuhkan bank Islam? Tahukah Nik Aziz bahawa pakar2 perbankan Islam dari Malaysia menjadi pakar runding kepada beberapa bank terkemuka di negara2 Timur Tengah? 

Kini banyak bank2 asing sudah memperkenalkan perbankan Islam sesuai dengan kehendak zaman. Siapakah yang merintis jalan? Bukan Pas tentunya. Tabung Haji siapa yg mengasaskannya? Pas atau kerajaan UMNO/BN? Tahukah Nik Aziz pelbagai negara Islam dalam OIC menjadikan Tabung Haji sebagai contoh mereka untuk menguruskan jemaah haji? Bukankah ini suatu usaha yg baik bagi umat Islam untuk menunaikan rukun kelima?

Rancangan Felda yg dilaksanakan oleh Tun Razak bagi memperkukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu/Bumiputera itu tidak 'Islamik'? Bukankah ini suatu projek ekonomi gergasi yg mana para penyokong Pas juga mendapat faedahnya sekarang? Bukankah ini kebajikan yg diberikan UMNO untuk membahagiakan orang Melayu? Tanya pada Nik Aziz mengapakah Kohilal, tajaan Pas, gagal? Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini merupakan sebuah institusi gergasi yg diwujudkan kerajaan UMNO/BN untuk mengumpul dana dari orang Melayu/Bumiputera. Bukankah ini usaha suci kerajaan sekarang untuk memakmurkan rakyat, khasnya orang Melayu? 

Parti politik manakah yg memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia seperti mana yg dikeramatkan dalam perlembagaan? Bukan Pas tentunya. Bukan Nik Aziz tentunya. Siapakah yg banyak mendirikan sekolah2 agama di seluruh negara yang mana anak2 orang Pas juga turut mendapat faedahnya? Apakah Pas yg mendirikan Universiti Islam Antarabangsa? Tanya pada Nik Aziz.

Ayat pertama diturunkan Allah ialah IQRA' (Bacalah...) yg bermakna sumber kekuatan manusia ialah ILMU untuk mendapat keredaan Allah di dunia dan akhirat. Inilah yg diperjuangkan kerajaan UMNO/BN dengan perbelanjaan berbilion ringgit setiap tahun untuk memberi peluang pendidikan yg terbaik kepada rakyat. Apakah anak2 orang Pas dianaktirikan untuk mendapat peluang pendidikan oleh kerajaan UMNO/BN? Tanya pada Nik Aziz sembahyang hajat, doa dan tazkirah semata2 tidak dapat membantu ummah kalau nawaitunya songsang. Jangan membohongi sejarah dan jangan celupar mulut mengkufurkan orang lain yg tidak sehaluan dengan pegangan politik dan fahaman agama yg songsang. 

Nik Aziz boleh hidup dalam dunia mimpinya bahawa Pas lebih 'Islamik' dari UMNO. Dia boleh menipu sejarah dan menipu dirinya sendiri tetapi rakyat yg celik politik tahu siapa yg lebih 'Islamik' dalam melaksanakan perintah Allah. Kalau air bersih dan tenaga eletrik pun dia tidak mampu memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, janganlah berselindung di sebalik agama Islam dan mendakwa pentadbirannya lebih 'Islamik' dari kerajaan UMNO/BN.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive