Setelah tertangguh..tertangguh dan tertangguh berkali-kali, akhirnya keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui pada 9 Januari 2012.
Ia diumumkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah selepas selesai pengulungan hujah peguam bela dan pendakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tengahari Khamis.
Kini teka teki paling popular tentulah samada Ketua Umum PKR itu bersalah atau tidak atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
Juga menjadi tandatanya andainya hakim mendapati Anwar bersalah, bersediakah beliau melangkah kembali ke penjara Sungai Buloh atau terus berjuang cuba untuk melepaskan dirinya menerusi rayuan..
Kebiasaannya proses rayuan hingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan akan memakan masa panjang. Besar kemungkinan beliau boleh bertanding dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13.
Ikut mereka yang dakwa tahu sangat gerak langkah mantan Timbalan Perdana Menteri itu, beliau sentiasa ada ‘idea’ tertentu.
Beliau dikatakan seorang yang gemar membuat kenyataan berbentuk 'jangkaan'
Mereka faham apa yang tersirat di sebalik kata-kata itu yang dipercayai bermaksud beliau ' kena' dulu lepas itu pilihanraya.
Seperti kebetulan - nun jauh di London, Rabu akhbar The Guardian sudah pukul canang tentang jangkaan itu.
Ada cakap-cakap berlegar kata jangan rasa pelik jika Anwar memilih jalan lain ke Putrajaya yakni melalui penjara Sungai Buloh sekalipun Azmin Ali sudah 'ancam' nak ' pecahkan' temboknya.
Dari segi perang saraf di sebalik tembok penjara, suaranya akan bergema lebih hebat seperti dulu.
Skrip kes liwat pertama pasti berulang. Temanya beliau jadi mangsa konspirasi politik pemimpin kerajaan BN. Seluruh tenaga pembangkang akan digerakkan untuk bagi meraih simpati rakyat supaya mengundi mereka.
Dalam bab main sentimen siapa yang boleh lawan mereka yang berjaya membuatkan penyokong taksub melihat keadilan hanya untuk Anwar dan Saiful tidak ada hak langsung untuk itu semua.
Umum tahu, PRU13 adalah bas terakhir Anwar untuk mencapai impian nak jadi Perdana Menteri .
Makanya segala kemungkinan boleh berlaku.
Bukan rahsia pembangkang berharap kebangkitan rakyat dengan modal kes liwat Anwar bagi membolehkan mereka menawan Putrajaya selepas pelan 16 September 2008 gagal.
Jika Putrajaya tumbang ...sendiri boleh bayang bagaimana talian hayat itu boleh ' mensucikan' segala-galanya.
Apapun di sebalik jangkaan itu semua, mungkin ramai yang tidak sedar senario sepanjang perbicaraan kes liwat selama ini sudah memberi petanda yang dikatakan merisaukan orang-orang kanan Anwar.
Lihat sajalah ketika awal kes liwatnya mula dibicarakan, rami penyokongnya hadir.
Namun akhir-akhir ini nak tengok 50 orang penyokong bersidai di lobi mahkamah untuk bagi sokongan moral pun susah.
Dulupun, kalau Anwar berceramah, penuh dewan atau tidak muat padang.
Tetapi kini, ada ceramah Anwar dihadiri tidak lebih 100 orang - sesuatu yang di luar standardnya.
Dalaman PKR, DAP dan PAS kini pun sudah kedengaran macam-macam cerita dan cacamarba berkisar tentang kes liwat itu dan sebagainya.
Masing-masing dah mula gabra dan dilanda kebimbangan adakah rakyat akan termakan dengan usaha mereka untuk meraih simpati menggunakan kes liwat Anwar.
Dari risik-risik di sana sini nampaknya ramai yang sudah naik muak dengan ding dong perbicaraan kes liwat II.
Pendedahan trio Datuk T tentang video seks lelaki mirip Anwar juga banyak membuka mata mereka yang sebelum ini merasa ragu-ragu.
Atas sebab itu orang-orang kanan Anwar dikatakan berusaha bersungguh-sungguh untuk 'tidak bercakap sangat' tentang pendedahan itu dengan harapan orang tidak pandang ia isu besar.
Bayangkan pembangkang yang sentiasa galak dan sibuk mahu siasat itu siasat ini apabila ada saja isu melibatkan pihak kerajaan tetapi tidak berani berbunyi langsung minta siasatan terbuka dibuat ke atas pendedahan video seks.
Mereka yang rasional tentu faham melihat gelagat ' antara dua darjat' pembangkang dalam isu ini.
Juga menjadi perbualan hangat ialah perbandingan dalam kes liwat di mana pasukan peguam Anwar begitu mengagungkan saksi pakar luar negara dan berkeras anggap apa mereka kata yang untungkan Anwar semuanya betul.
Sebaliknya semua orang tahu bagaimana mereka perlekehkan hasil kajian pakar luar negara yang dapati video seks itu 99.9 peratus tulen dalam usaha untuk menyelamatkan Anwar.
Memang melucukan tetapi itulah hakikatnya.Dalam kes liwat cakap pakar luar negara OK...video seks pula tak boleh pakai langsung.
Mungkin mereka dibuai mimpi ingat semua orang taksub dan bengong hingga tidak tahu menilai langsung.
Juga jangan lupa kenapa semua peguam Melayu yang pada awalnya membela kes liwat Anwar tarik diri.
Kini barisan peguam yang membela Anwar kebanyakan bukan Melayu.
Siapa tahu ....barangkali para peguam Melayu yang bijaksana itu sudah ada firasat tentang dakwaan liwat itu dan macam-macam lagi.
Tidak kurang jadi persoalan kenapa Anwar takut bersumpah menafikannya.
Maka teringat pada kata-kata ...berani kerana benar, takut kerana salah.-
http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/kes-liwat-pi-maipi-mai-tang-tu-jugak.html14/12/2011- OLEH ROSLAN BIAN
KPM Perkenal Kurikulum Baharu Keselamatan MBPK 2027
-
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan Kurikulum
Persekolahan Pendidikan Khas 2027 sebagai langkah meningkatkan keselamatan
diri mu...
No comments:
Post a Comment