Atas kesedaran mahasiswa untuk menjadikan gerakan “melata kebumi” atau menjadikan sifat subjektif teorikal gerakan kampus kepada implementasi segar kepada masyarakat setempat. Perbahasan budaya masyarakat selalu dikupas secara teknikal sempit sehingga mahasiswa melihat enteng kepada penyediaan sosiolisasi (pembiasaan) diri dengan adat, pemikiran, perspektif dan tanggapan masyarakat kampungnya. Maka perbahasan ini MKP namakan sebagai Pembahagian Budaya atau pengkelasan budaya (cultural taxonomy) atas sebab pentingnya kita mengetahui disiplin membahagikan pembudayaan masyarakat bukan secara rawak sebaliknya perlu membahagikan budaya berdasarkan faktor geografi, asal usul serta bahasa sesuatu masyarakat.
Terlalu pentingnya kita meraikan budaya sesetengah tempat kerana budaya adalah suatu kuasa semulajadi yang “memerintah” pengetahuan, ciri-ciri pengetahuan, perasaan, tradisi, perspektif serta idealisme sesuatu kelompok masyarakat. Atas sebab itulah kita selaku mahasiswa yang berkemandirian tinggi perlu memahami hakikat ini agar mahasiswa tidak dipinggirkan apatahlagi layu di tengah jalan dakwah. Kelayuan bukan atas sebab kekurangan pengetahuan dan amalan sebaliknya layu akibat salah tanggapan dengan “basis” asas masyarakatnya.
Sebagai contoh, Mahatma Ghandi adalah tokoh India yang berpemahaman dinamik terutama dalam konsep dharma Hinduisme.Pemahamannya yang jelas dengan tanggapan masyarakat, tahap mentality serta mengimplimentasi konsep dharma dalam seruan kesatuan Indianya.
Contoh lain adalah sikap gerakan Ikhwanul muslimin yang tidak terlalu gopoh menghukum masyarakat syiah nusairiyyah yang sesat di Syria . Kita sedia maklum majoriti pada suatu ketika di syiria, mereka terlalu mendominasi massa . Bagaimana sikap mereka yang biadab menyebabkan Syria jatuh ke tangan British. Sebaliknya budaya Syiah Syria yang jelas syirik dijadikan sebagai jambatan untuk membina pengaruh di Syria.
Pemahaman pembudayaan ini perlu juga diketagorikan kepada tahap umur masyarakat umpamanya. Pembiasaan kita kepada pergaulan dengan golongan remaja islamik umpamanya tidak boleh disamakan dengan pergaulan remaja lain ataupun budak tahap rendah. Begitu juga pergaulan dengan golongan tua yang perlu diambil berat persoalan sensitivity, tanggungan dan pandangan lama mereka atas dasar pengalaman. Tujuan MKP mengemukakan tajuk ini adalah untuk membuka mata mahasiswa bahawa kegagalan mereka menceburkan diri dalam kelompok besar masyarakat adalah sikap mereka sendiri.
Budaya elitisme, budaya kerja last minutes, budaya cakap tak serupa bikin dalam perancangan serta idealisme melampau meninggikan keberasingan kita dengan kelompok berkenaan. Terlalu penting mahasiswa untuk berhenti sejenak apabila membaca topik pembudayaan dan nilai budaya masyarakat setempat untuk direnung dan dihadami. Kita perlu insaf dengan usaha Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) yang berusaha menyebar Islam dan meningkatkan jati Melayu melalui pemertabatan budaya melayu. Tokoh-tokoh nationalis Islam seperti Dr Burhanuddin Al Helmi dan Prof. Zulkifli Muhammad juga menjadikan teras pembudayaan melayu Islam sebagai maudhu dan pilaar dakwah mereka. Sikap revolusioner berasaskan budaya Melayu Islam adalah senjata ampuh bagi tokoh-tokoh ini.
Konsep ketamadunan Islam tidak sama dengan peningkatan graf ketamadunan lain terutama tamadun barat. Sebagai contoh kita melihat terlalu banyak mahasiswa graduan barat yang turut terpengaruh dengan konsep kemodenan dengan meninggalkan aspek pemanduan agama. Namun kronologi ketamadunan Islam membuktikan kemajuan adalah atas kesepaduan syariat dengan keikhlasan pemimpin Islam itu sendiri. Pembebasan masyarakat Eropah daripada kongkongan gereja pada zaman pertengahan adalah akibat penyelewengan gereja bukannya salah agama samawi berkenaan. Begitu juga dengan pembawaan kita selaku mahasiswa Islam. Bagaimana usaha meyakinkan masyarakat dengan keharmonian budaya melayu dengan syariat Islam tulen tanpa membelakangkan konsep usul agama kita. Sikap Baginda Rasul yang turut meraikan kepelbagaian persepsi masyarakat menimbulkan kaedah pembacaan Al Quran yang pelbagai. Inilah unggulnya gagasan Islam yang kita bawa.
MKP kata:Adam Adli kembalilah kepada asas menjadi mahasiswa yang mempunyai jati diri tidak memalukan bangsa sendiri.Pendapat MKP menyatakan anda telah lari dari asas kerana dirasuk oleh sifat ingin memberontak yang dihalusi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dalam survival politik.Bapa Adam Adli hanya seorang pekerja KTM. Keluarganya menyewa rumah kampung di Permatang Bertam, Kepala Batas..Sudah tentulah Adam anak harapan kepada keluarga pekerja KTM tetapi dengan perbuatan anaknya yang tiba-tiba menjadi berita utama sikit sebanyak telah memalukan keluarga dan paling menyedihkan apabila mengenangkan masa depan yang gelap untuk Adam.
Adam mungkin dibuang dari UPSI dan tidak lagi layak untuk berada dalam mana-mana IPT Awam dan mungkin akan kembali ke kampung sebagai tukang sepak kertas. Sedih bila membayangkan air mata ibunya yang akan mengalir kerana sedih dan malu mengenangkan perbuatan anaknya. Ayahnya mungkin akan mendapat penyakit kemurungan apabila mengenang nasib anaknya yang menjadi sandaran dihari tua kini berkecai umpama kaca yang jatuh ke tanah dan pecah berderai.
Atau memang Adam jenis anak rintik bapa borek kerana emak bapaknya adalah penyokong tegar pakatan
No comments:
Post a Comment