Wednesday, December 21

Adam Adli Kini Kesorangan Dalam Perjuangan.



Sepanjang penubuhannya, PKR telah mengkaderkan ahli-ahli baru yang sentiasa mengamalkan sikap revolusioner dengan sebahagian pegangan Mao Tze Tung iaitu golongan pelajar menentang guru, golongan muda memusuhi golongan sederhana dan idea-idea anti-establishment menjadi motif pendewaan, turut menunjangi perjuangan parti tersebut.
Ianya tidak menghairankan memandangkan Anwar Ibrahim sendiri merupakan seorang pejuang Sosialis pada zaman pelajarnya. Kemudian bertukar kulit menjadi seorang pejuang pergerakan Islam, sebelum bertukar kulit lagi menjadi seorang pejuang Nasionalisme dan pada penghujung kerjaya politiknya, sekali lagi bertukar sebagai Sosialis Islam yang memperjuangkan Pluralisme dan Liberalisme.
Menentang kerajaan atau anti-establishment dianggap sebagai kemuncak kejayaan pejuang-pejuang muda. Lagi hebat penentangan terhadap kerajaan, mereka akan dianggap sebagai pemimpin masa hadapan yang bersuara lantang.
Cuma sesuatu yang agak aneh di Malaysia ialah, semangat membara menentang kerajaan yang dipertontonkan menerusi siri-siri demonstrasi semenjak 1974 hanyalah membabitkan pelajar-pelajar Melayu yang kemudiannya diketahui keciciran dan terpaksa mengulangi kembali pelajarannya. Malah lebih ramai yang terus tercicir dengan Anwar Ibrahim sendiri adalah contoh utamanya.

MKP melihat  tuntutan Bebas dan mendapati ia kurang berasas antaranya kerana:

1.     Memansuhkan sepenuhnya AUKU, Akta 174 dan Akta 555.

Tuntutan ini sama seperti menutup terus Kementerian Pengajian Tinggi. Saya bersetuju pindaan pada Seksyen 15 dan ia adalah lambang keterbukaan kerajaan dalam memperkasa suara mahasiswa.
 
 
2.     Bebaskan Ilmuwan Berakademik.

Adakah selama ini Ilmuwan kita tidak bebas berakademik? Menyatakan pandangan dan pendirian politik atas topi parti bukan kebebasan berakademik tulen. Saya percaya isu ini timbul akibat sentimen terhadapkes Prof Aziz Bari di UIA dan halangan pembentangan buku Datuk Saifudin Abdullah (buku berjudul Kalau Saya Mahasiswa) dan ini dijadikan modal untuk menghentam kerajaan tanpa asas.

3.     Bebaskan Mahasiswa Bersuara.

Kebebasan bersuara yang bagaimana lagi yang mereka mahukan? Datuk Seri Najib Tun Razak  telah membuka ruang seluasnya untuk mendengar suara mahasiswa melalui pelbagai pendekatan. Kenapa tidak menggunakan saluran disediakan?

4.     Bebaskan Mahasiswa Mengurus Pilihanraya Kampus.

Mahasiswa sendiri tidak bersifat berkecuali seandainya mereka diberi tanggungjawab ini dan akan terdedah kepada pelbagai agenda yang tidak bersesuaian dengan tujuan asal pilihan raya kampus. Tuntutan untuk menggunakan SPR dalam mengurus pilihan raya kampus juga agak pelik kerana kelompok pro mahasiswa inilah yang menyatakan kononnya SPR tidak telus.

5.     Bebaskan Mahasiswa Mengurus Tadbir Persatuan dan Aktiviti.

HEP hanya bertindak sebagai pemudah cara dan menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi supaya program dan aktiviti pelajar tidak terpesong dari maksud asal program. Apa yang dikatakan sebagai kebebasan urus tadbir? Persatuan dan aktiviti tidak berdaftar sememangnya akan di halang kerana setiap aktiviti perlu membawa manfaat kepada mahasiswa secara keseluruhan dan bukan sekadar alat pihak tertentu. Tuntutan ini tidak lebih sekadar provokasi dan usaha awal untuk menutup terus HEP sebagai jabatan yang mengawal dan mengurus tadbir aktiviti pelajar.
 
6.     Bebaskan Mahasiswa Berpatisipasi dalam Politik.

Perdana Menteri sendiri bersetuju meminda Seksyen 15 AUKU yang memberi kebenaran kepada mahasiswa untuk menjadi ahli parti politik dan ia sedang diproses. Kebebasan bagaimana lagi mahasiswa mahukan?

Sehubungan itu, kesemua tuntutan ini hanya bersifat retorik.

Bagaimanapun  kelompok seperti ini harus dekati sebelum mereka semakin hanyut dalam taktik kotor pembangkang yang hanya memperalat mahasiswa untuk memenuhi keperluan politik terdesak mereka.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive