Apa kelas Nurul dok cabar PM,Selesaikan dulu masalah dalaman keluarga yang membabitkan papa jahatnya tu?Baru nek cabar PM tentang bertanding di Kawasan Lembah Pantai.Teringat kata-kata PM apabila berkempen di Hulu Selangor dulu "1 Malaysia lebih famous dari maggie mie".Melihat kepada populariti PM masa kini sudah tentu PM akan menang jika bertanding dikawasan tersebut.
Panggil orang lain lah mencabar PM selain dari Izzah nie tak sama taraf MKP lihat.Adakah Izzah telah hilang populariti hingga berbuat sesuatu yang dianggap mencari publisiti sampah masyarakat nie?????berikut adalah fakta yang dikeluarkan oleh Unit Kajian Media dan Pilihanraya UIAM.
Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dengan mantap sejak 2009, tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003.
Sementara itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot.
Prof. Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.
Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu.
Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah.
“Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib,” katanya.
Pada Oktober 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib, tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.
“Hakikatnya rakyat kini lebih bersedia menerima Datuk Seri Najib sebagai pemimpin mereka,” kata Syed Arabi yang menjalankan kajian mengenai populariti pemimpin-pemimpin sejak 1989.
Mengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, beliau berkata, ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal.
Azrul Hisyam, yang menyelaras kajian itu, berkata, kajian yang sama mendapati rakyat Malaysia masih memandang tinggi Dr. Mahathir dan segala sumbangannya.
Purata 74 peratus daripada responden dalam soal selidik itu menunjukkan mereka menyanjungi Dr. Mahathir sepanjang kajian empat tahun itu.
4 comments:
Ini bermakna dia bertanding bukan kerana nak berkhidmat tetapi nak cari populariti. Sebab itu dia boleh bertanding di mana suka sebab kalau menangpun tak perlu nak susah payah jaga kebajikan rakyat setempat. BUKAN KAMPUNG AKU PUN. AKU PEDULI APA?
Bila agak-agak tak stabil atau ada peluang cerah untuk kalah dia pun pergi bertanding di tempat lain.
DSN pernah HAMPIR tewas di Pekan tetapi masih terus berkhidmat di sana sehingga dia dapat undi majoriti yang besar di sana.
kita kena ingat depa nie pembangkang.itu adalah kpi mereka untuk menganggu apa saja yg dilakukkan oleh BN.biarlah dia meroyan dan rakyat menilai apa yg dilakukan oleh PKR nie.
Kesimpulan nya..... Lahirnya parti umno adalah hasil persetubuhan haram Inggeris Penjajah bapa kepada umno yang tidak diketahui siapa ibu nya.... sebagai anak kesayangan Inggeris Penjajah sudah tentu segala perangai Inggeris Penjajah pecah perintah, fitnah, penipuan, rompak harta rakyat, rogol, maksiat dan penhujung nya MENGAKU DIRI BAIK diwarisi oleh umno.... kepada pencaci lembUMNO yang dah nyawa-nyawa ikan.... walua apa pun keputusan makahmah itu bukan alasan untuk lembUMNO tidak dikuburkan dalam PRU13 nanti... Rakyat dah lama tertipu dengan segala kebaikan yang sebenar nya PENIPUAN umpama penjajah Inggeris berbuat baik....
Mat indera terima kasih dau keladi.fakta yang diberi ibarat ludah kelangit kena batabg hidung hang sendiri.
Persolannya kenapa bersikap sedemikian,tunggu saja PRU 13 nanti kita tengok.Mat sengal nie klu anuwar masuk kedalam penjara tiada bezanya.BN tidak mengaku kalah sebelum berjuangan.Hampa pun dah kalah dalam media siber nie hanya lima dari 30 top blogger mengungguli carta klu sorang-sorang ludah pun mampus yang lima tue,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Post a Comment