“Kenapa pilih kaedah Mandela dan buat keterangan dari Kandang Tertuduh”, retweet Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada para pengikutnya, 16 jam lalu.
Twitter yang diretweet Anwar itu datang dari dua orang peguam Lawyers For Liberty (LFL), Lathefa Koya dan N Surendran.
Lathefa adalah pengerusi Biro Guaman PKR, manakala N Surendran adalah Naib Presiden PKR.
Ada Bukti Cukup & Alibi
Sampai sekarang, Anwar terpaksa menjawab kenapa beliau memilih untuk memberi keterangan dari Kandang Tertuduh semasa proses bela diri kes liwat II, 22 Ogos lalu.
Ibarat lemparan boomerangakhirnya terpantul ke muka sendiri.
Ini kerana sejak kes liwat II terdedah kepada umum pada 28 Jun 2008, Anwar mendakwa tuduhan melakukan seks luar tabie terhadap pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah satu fitnah dan beliau mendakwa mempunyai cukup bukti termasuk alibi untuk membuktikan beliau tidak terlibat dengan perbuatan terkutuk itu.
Lebih menarik lagi, ketika wartawan Dateline dari Australia, Mark Davis mewawancara Anwar sejurus selepas beliau keluar dari bersembunyi di kedutaan asing, Ketua Umum PKR itu menafikan kesemua tuduhan tersebut.
Mark Davis bertanya Anwar: “Dalam kes (liwat) ini, pada petang Khamis itu (pada 26 Jun 2008), anda bersama lelaki muda itu (Mohd Saiful) ? Apakah anda bekerja bersama-samanya ?
Anwar menjawab : “Saya mempunyai semua bukti, semua alibi atau apa yang saya lakukan (pada masa itu)..Saya tidak pernah bersamanya dalam keadaan berdua, di mana-mana tempat (sekalipun)..Selain itu, peguam nasihatkan saya – tunggu, biarkan mereka buktikan kes mereka. Tetapi adalah cukup untuk saya mengatakan bahawa saya tidak pernah bersendirian dengannya”.
Jawapan Anwar itu menyebabkan wartawan Australia itu terkasima kerana menurut wartawan Australia itu sepatutnya Ketua Umum PKR itu menjawab secara jelas iaitu “Tidak, saya (Anwar) tidak berada di kondominium itu”, namun apabila Anwar menjawab seperti di atas ia akan menimbulkan keraguan.
No comments:
Post a Comment