Google Earth Kini Menyertakan Penjana Imej Nano Banana
-
Google kini membuat sesuatu yang luar biasa, dan menambah sokongan
penjanaan gambar Nano Banana terus pada Google Earth. Dengannya, kini
pengguna boleh ter...
Showing posts with label KempimpinanPas 2011. Show all posts
Showing posts with label KempimpinanPas 2011. Show all posts
Saturday, January 21
Maruah PAS Hancuq Dilunyai Rakan Sebantai??
Pas terlalu sukar untuk mengakui hakikat bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya ingin memperalatkan kemampuan serta kekuatan Pas bagi meraih sokongan undi terutama di kalangan sesetengah orang Melayu yang terlalu percayakan kepada perjuangan Islam Pas.
Tetapi Datuk Abdul Hadi Awang sendiri begitu mempertahankan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, malahan dalam satu perhimpunan Presiden Pas itu berkata, ‘‘Tidak apa DAP memperkudakan Pas, Pas memperkudakan DAP yang penting jangan diperlembukan oleh UMNO.’
Dan terbaru beliau berkata, tiada sesiapa pun yang menjadi tunggangan dalam pakatan pembangkang, sebaliknya pakatan itu bersatu demi menumbangkan BN.
Namun apa yang berlaku di Selangor sudah menjadi bukti bahawa Pas hakikatnya hanya dipandang sebelah mata oleh PKR dan DAP. Mereka tidak pernah mahu menganggap Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebab itu portfolio Hal Ehwal Agama tidak diberikan kepada wakil rakyat.
Pas dan pakatan pembangkang boleh berhujah apa sahaja berhubung perkembangan terbaru ini tetapi apa yang pasti orang Melayu semakin yakin bahawa maruah Pas seperti kata Datuk Dr. Hasan Ali sudah dipijak.
Apakah Pas masih bermaruah apabila tunduk kepada PKR apabila memecat Dr. Hasan kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim, membatalkan arahan penjualan arak di kedai 24 jam dan membatalkan arahan melarang pusat hiburan beroperasi di bulan Ramadan.
Malahan sebelum ini Pas juga terpaksa mengorbankan perjuangan negara Islamnya semata-mata desakan DAP, oleh itu apakah Pas masih menganggap ia sebuah parti yang bermaruah jika sentiasa tunduk kepada kehendak PKR dan DAP?
Malang sekali nasib Pas, parti itu bukanlah sebuah parti yang digeruni pada era 70-an, 80-an mahupun 90-an, sebaliknya parti itu kini tidak ubah melukut di tepi gantang dalam pakatan, terpaksa ‘mengemis’ kepada persetujuan PKR dan DAP untuk melakukan sesuatu dan pada masa yang sama menyokong sahaja apa yang diputuskan oleh kedua-dua parti tersebut.
Oleh itu sudah pasti orang akan bertanya di manakah maruah Pas, apabila satu demi satu tindakannya dilihat sekadar memenuhi agenda politik PKR dan DAP. Kenapakah Pas begitu lemah untuk bersuara? Di manakah suara asal Pas dahulu yang dianggap suara pembangkang paling berbisa dalam arena politik negara?
Semua itu sudah tinggal kenangan, Pas kini lebih ghairah untuk memburu kuasa bersama-sama PKR dan DAP.
Kecaman Terhadap Hassan Ali Bertentangan Dengan Islam - Fathul Bari
Pemecatan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hassan Ali serta merta daripada parti baru-baru ini akan dilihat oleh rakyat sebagai satu keputusan yang bercanggah dengan dasar parti berkenaan.
Malah pelbagai kecaman serta suara-sura sumbang terhadap Hasan yang dianggap lantang dan berkredibiliti memperjuangkan Islam seolah-olah menyerlahkan parti berkenaan tidak mengotakan apa yang dikata.
Pengerusi Sekretariat Ulama Muda UMNO, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya mereka yang membuat tuduhan serta fitnah dikategorikan oleh Allah s.w.t di akhirat kelak sebagai golongan muflis.
"Adakah kita ingin menjadi golongan yang Allah gelar golongan muflis di akhirat kelak. Kata Nabi s.a.w tidak akan masyuk surga seseorang itu yang mengadu domba. Ini prinsip. Keduanya mengumpat. Walaupun Dr Hasan dikatakan telah keluar parti, kita bercakap soal kredibiliti dia.
"Pastikah beliau terlibat dengan mana-mana pihak...menerima wang ringgit..gila jawatan dan sebagainya. Kita imbau satu kisah di mana sahabat ada bertanya Nabi s.a.w. apakah pendapatmu apa yang kusebutkan itu benar-benar terjadi kepada saudaraku.....lalu dijawab Nabi s.a.w sekiranya pada saudaramu itu benar-benar apa yang kamu perkatakan tentangnya ada padanya maka kamu telah mengumpatnya.
"Tetapi jika tidak benar maka kamu telah menuduhnya dan menfitnahnya. Maka ini satu benda yang sangat besar di dalam Islam. Apakah kita ingin menjadi golongan yang Allah gelarkan sebagai muflis diakhirat kelak.
"Digelar oleh Nabi sebagai muflis.....orang yang datang dengan amalan solatnya, zakatnya, hajinya dan senagainya bentangkan dihadapan Allah s.w.t tiba-tiba Allah datangkan manusia-manusia yang pernah dia sakiti, manusia yang pernah dia zalimi, manusia yang pernah dia fitnah, dia tuduh dan sebagainya.
"Mereka ini datang kepadanya lalu mereka ini mengambil setiap kebaikan yang dia lakukan. Ambil pahala solatnya, zakatnya,puasanya, pahala hajinya. Setelah habis kesemua pahala tersebut sekiranya dosanya masih ada, dosa-dosa mereka yang pernah beliau tuduh di aats muka bumi akan diberikan ke atas orang yang menuduh ini. Maka pada ketika itu golongan ini dikategorikan oleh Allah sebagai ahli neraka, golongan yang muflis di dalam neraka Allah," katanya.
Ustaz Fathul seterusnya menegaskan penyelesaian kepada apa yang berlaku terhadap Dr Hasan hari ini bukanlah dengan cara umpatan atau sebarang keji-kejian sebaliknya dengan syura.
"Mungkin ada orang yang tidak setuju dengan tindakan Dr Hasan yang bercakap soal parti dan sebagainya tetapi penyelesain bukannya dengan fitnah serta umpatan. Bukan dengan cacian dan makian. Penyelesainnya dengan syura..dimana syura..dimana perbincangan..dimana perkatan baik yang sewajarnya ditunaikan sebagai muslim.
Dalam isu ini syura dalam Pas wallahuaklam...Cuma keputusan yang dianggap menzalimi seseorang. Itu yang perlu dipertikaikan," katanya.
Malah pelbagai kecaman serta suara-sura sumbang terhadap Hasan yang dianggap lantang dan berkredibiliti memperjuangkan Islam seolah-olah menyerlahkan parti berkenaan tidak mengotakan apa yang dikata.
Pengerusi Sekretariat Ulama Muda UMNO, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya mereka yang membuat tuduhan serta fitnah dikategorikan oleh Allah s.w.t di akhirat kelak sebagai golongan muflis.
"Adakah kita ingin menjadi golongan yang Allah gelar golongan muflis di akhirat kelak. Kata Nabi s.a.w tidak akan masyuk surga seseorang itu yang mengadu domba. Ini prinsip. Keduanya mengumpat. Walaupun Dr Hasan dikatakan telah keluar parti, kita bercakap soal kredibiliti dia.
"Pastikah beliau terlibat dengan mana-mana pihak...menerima wang ringgit..gila jawatan dan sebagainya. Kita imbau satu kisah di mana sahabat ada bertanya Nabi s.a.w. apakah pendapatmu apa yang kusebutkan itu benar-benar terjadi kepada saudaraku.....lalu dijawab Nabi s.a.w sekiranya pada saudaramu itu benar-benar apa yang kamu perkatakan tentangnya ada padanya maka kamu telah mengumpatnya.
"Tetapi jika tidak benar maka kamu telah menuduhnya dan menfitnahnya. Maka ini satu benda yang sangat besar di dalam Islam. Apakah kita ingin menjadi golongan yang Allah gelarkan sebagai muflis diakhirat kelak.
"Digelar oleh Nabi sebagai muflis.....orang yang datang dengan amalan solatnya, zakatnya, hajinya dan senagainya bentangkan dihadapan Allah s.w.t tiba-tiba Allah datangkan manusia-manusia yang pernah dia sakiti, manusia yang pernah dia zalimi, manusia yang pernah dia fitnah, dia tuduh dan sebagainya.
"Mereka ini datang kepadanya lalu mereka ini mengambil setiap kebaikan yang dia lakukan. Ambil pahala solatnya, zakatnya,puasanya, pahala hajinya. Setelah habis kesemua pahala tersebut sekiranya dosanya masih ada, dosa-dosa mereka yang pernah beliau tuduh di aats muka bumi akan diberikan ke atas orang yang menuduh ini. Maka pada ketika itu golongan ini dikategorikan oleh Allah sebagai ahli neraka, golongan yang muflis di dalam neraka Allah," katanya.
Ustaz Fathul seterusnya menegaskan penyelesaian kepada apa yang berlaku terhadap Dr Hasan hari ini bukanlah dengan cara umpatan atau sebarang keji-kejian sebaliknya dengan syura.
"Mungkin ada orang yang tidak setuju dengan tindakan Dr Hasan yang bercakap soal parti dan sebagainya tetapi penyelesain bukannya dengan fitnah serta umpatan. Bukan dengan cacian dan makian. Penyelesainnya dengan syura..dimana syura..dimana perbincangan..dimana perkatan baik yang sewajarnya ditunaikan sebagai muslim.
Dalam isu ini syura dalam Pas wallahuaklam...Cuma keputusan yang dianggap menzalimi seseorang. Itu yang perlu dipertikaikan," katanya.
Tuesday, January 17
Kesali Kejahatan, Jangan Takbur
Nampaknya semua begitu ghairah mahu menjadi Perdana Menteri (PM) dalam perjalanan menuju Putrajaya, selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Barisan Nasional sudah pasti akan berhempas pulas mempertahankannya.
Manakala, parti pembangkang, terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ultra kiasu, kelihatan begitu ghairah.Jangan melebihi kuasa TUHAN. Berjaya atau tidak, itu bukan kuasa kita. Serahkan kepada YANG MAHA ESA.
Pas awal-awal lagi menasihatkan rakan-rakan sekutunya, supaya memberikan tumpuan untuk “menumbangkan” Umno-Barisan Nasional (BN) dan bukan memikirkan siapa calon PM.
Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menegaskan perhimpunan aman 901 bukan semata-mata kerana mahu membela Anwar Ibrahim tetapi sebagai “mesej penting” kepada Putrajaya. Jelas sekali, Pas pun agak tidak selesa dengan PKR dan ultra kiasu yang bernafsu besar.
Pada mereka, pemimpin mereka semua layak, yang tidak layak hanya Pas. Ultra kiasu tidak suka orang berserban, berjubah dan berjuang untuk Islam.
Sebab itulah kenyataan Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa langsung tidak disokong apabila mereka berdua mengatakan Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz adalah calon paling layak menjadi PM jika pemimpin PKR itu tidak dibebaskan.
PKR dan ultra kiasu terdiam, cepat-cepat menasihatkan supaya tidak dibincangkan perkara tersebut. Nampak atau tidak, strategi mereka mengetepikan Pas.Jika ditakdirkan pemimpin nombor satu PKR itu masuk penjara, alternatif lain masih lagi bukan Pas, tetapi pemimpin nombor dua PKR dan mungkin juga ultra kiasu sendiri.
Ternyata parti politik ultra kiasu ini langsung tidak menghormati Pas. Sedangkan dari segi senioriti, Pas lah yang paling layak, dan paling banyak berjasa.
Pas bukan sahaja lebih lama dari segi usianya, malahan pemimpin mereka lebih berakhlak daripada PKR dan ultra kiasu, kecuali beberapa tokoh tertentu. Saya tidak mahu kaitkan dengan Muslimat Pas yang beraksi berani semasa Perhimpunan 901 berdekatan kompleks mahkamah.
Nampaknya Muslimat Pas semakin pandai menyanyi, termasuk bersalaman dengan orang lelaki, sejak berpakat dengan pakatan sekular tersebut. Saya terkejut beruk, nasib baik tiada lemah jantung.
Apakah benar jangkaan saya selama ini, semakin liberal Pas, semakin mendapat sokongan. Sebaliknya, semakin cenderung Umno kepada Islam, semakin dapat mengekalkan Putrajaya.
Sekiranya jangkaan saya ini benar, Umno tidak ada pilihan lain, kembalilah kepada Islam. Biarkan Pas dengan cara barunya itu. Kita lihat hasilnya.
Apa pun, perbuatan Muslimat Pas, amat tidak manis dan tidak sedap dipandang mata. Apatah lagi dengan memaki “mampus Umno”. Jika “Umno mampus”, apakah Pas yakin akan terus hidup tanpa Umno? Jangan begitu wahai Muslimat Pas! Di manakah kelembutan anda sebelum ini? Jangan kerana terlalu ghairah ke Putrajaya sehingga hilang adab sopan dan tata susila Islam.
Hakikatnya kini, pemimpin nombor satu PKR telah dibebaskan oleh mahkamah. Sudah tentu semua mata tertumpu kepada beliau. Kepimpinan Pas janganlah ada yang bercita-cita untuk menjadi PM.
Timbalan PM pun, pada fikir saya masih sukar jika berjaya ke Putrajaya. Kecualilah diwujudkan tiga jawatan Timbalan PM. Terus-terang, pembebasan pemimpin tertinggi PKR, bukan bermakna beliau tidak bersalah.
Bukti-bukti untuk membuktikan beliau bersalah tidak cukup. Hanya beliau dan ALLAH sahaja yang mengetahui. Melalui pengamatan saya, agak sukar untuk menumbangkan BN. Paling teruk pun, majoriti BN akan semakin menipis.
Untuk ultra kiasu menang mudah jauh sekali. Namun, mereka nampak begitu bongkak, takbur dan ujub. Nasihat saya, kejahatan yang dikesali, lebih baik daripada kebaikan yang ditakburi. Hari ini, saya amati, kita jarang kesali perbuatan terkutuk yang banyak dilakukan.
Kita amat takbur dengan sedikit kebaikan yang telah dicurahkan. Apakah kita memberi jaminan bahawa jika ultra kiasu Melayu ini memerintah, mereka akan lebih bersih daripada Umno sebab mereka dahulu pun adalah orang Umno juga?
Saya bimbang, keghairahan akan menjadikan mereka memerintah lebih teruk daripada Umno. Sebab itu, saya tidak pernah percaya dengan parti ultra kiasu ini. Ingatlah, kekuasaan atau jawatan selalu bersifat sementara, ibarat roda berputar.
Kita tidak boleh menongkat langit, kecuali PENCIPTA yang menjadikan maya pada ini. Hari ini, apa yang sepatutnya kita lakukan dengan mencintai atau menyayangi sesama kita, sebab kita semua seagama.
Saya teringat kepada kata-kata, the most important thing in any relationship is not what you get, but what you give. Ingatan saya kepada Pas dan Umno, the best way to destroy an enemy is to make him a friend.RIDHUAN TEE ABDULLAH
Sunday, December 25
SAH! Dalam PAS Tiada Kebebasan Bersuara!!
KALAU mengikut apa yang di luahkan oleh Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, ternyata Pas bukanlah sebuah parti Islam seperti yang dilaung-laungkan oleh mereka. Juga, Pas bukanlah parti yang benar-benar memperjuangkan Islam. Sebaliknya Pas adalah sebuah parti politik yang 'teramat' sangat mengidam untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan Umno, sekali gus menawan Putrajaya dan menjadi pemerintah (kerajaan) kerana mereka sudah lama beno jadi pembangkang. Kalau dalam filem, mereka ni asyik jadi 'crook' atau orang jahat saja.
Dipandang dari sudut lain, cara Pas berpolitik, dulu dan sekarang amatlah jauh bezanya. Pemimpin-pemimpin selalu mengeluarkan fatwa yang tak relevan dan tak masuk akal atau dengan erti kata lain, politik yang tak boleh guna pakai. Begitu juga dengan kebebasan 'bersuara'. Pemimpin-pemimpin yang bukan 'blue boy' Pas, akan disekat untuk bersuara. Mereka tidak diberi ruang untuk bersuara, meluahkan perasaan dan memberi pendapat di akhbar mereka sendiri iaitu HARAKAH. Apatah lagi di akhbar-akhbar pro kerajaan. Ruang mereka untuk bersuara ditutup rapat-rapat oleh pemimpin-pemimpin Pas.
Maka jelaslah, perubahan di dalam Pas ada kaitannya dengan pencantuman di antara Pas dengan DAP dan PKR. Mereka bergabung dengan menamakan 'Pakatan Rakyat'. Tapi, semua orang tahu, mereka ini diperalatkan oleh DAP dan PKR bagi tujuan politik kotor mereka dan meraikah untuk mendapakan sokongan dari pengundi-pengundi melayu Pas untuk PRU ke-13 nanti. Bagi IBM, sedar atau tidak, amatlah rugi di pihak Pas kerana dik ingin mengambil hati rakan kongsi mereka, Pas sanggup mengadaikan maruah bangsa, agama dan negara.
Friday, December 23
Pemimpin PAS Kedah Dr Ismail Kantoi Berbohong.
Kenyataan Exco Kesihatan, Dr Ismail Salleh kononnya Kerajaan Pusat tidak memberi sebarang bantuan kepada mangsa banjir di Kedah adalah satu pembohongan secara langsung kepada rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, rakyat perlu bijak menilai kebenaran di sebalik kenyataan Exco itu yang disiarkan melalui bual bicara di sebuah stesen televisyen baru-baru ini.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, Kerajaan Pusat mengeluarkan peruntukan lebih RM2 juta termasuk mengagihkan wang sumbangan RM500 kepada 50,000 penduduk yang terlibat dalam bencana banjir tahun lalu.
“Bantuan lain turut disalurkan semasa banjir, keperluan makanan di pusat pemindahan, keperluan asas seperti tilam dan keperluan lain melalui pelbagai kementerian terlibat.
“Kita desak beliau membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kerajaan Pusat. Saya harap rakyat dapat menilai sendiri pentadbiran pemimpin Pas,” katanya kepada media selepas melancarkan penubuhan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut, di sini, semalam.
Pada majlis itu, Bashah berkata, bangunan Madrasah Salihiah Kanchut berusia 100 tahun itu patut dikekalkan atas tapak wakaf asal, bukannya dirobohkan dengan diganti surau baru dalam pusat beli belah yang akan dibina.
“Jika madrasah dirobohkan dan digantikan dengan surau di pusat beli belah, ia tidak sesuai untuk dijalankan kerja keagamaan serta aktiviti kemasyarakatan. Tapak ini sudah diwakafkan sejak sekian lama untuk pembinaan surau dan tindakan Kerajaan Negeri merobohkan madrasah ini tidak wajar.
“Sepatutnya Kerajaan Negeri menggunakan wang peruntukan yang diberi bagi membangunkan surau di atas tapak asal seiring dengan pembinaan pusat beli belah berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, mereka bukan hendak menolak pembangunan sebaliknya menyokong tindakan Kerajaan Negeri membuat pembangunan dalam kawasan itu tetapi tidak termasuk dengan usaha merobohkan madrasah.
“Saya bersama badan bukan kerajaan (Ngo) lain menyokong tindakan Majlis Agama Islam Kedah memohon penangguhan mengosongkan bangunan surau Salihiah Kanchut dari Pejabat Tanah Daerah Kota Setar serta menggesa arahan merobohkan madrasah ditarikbalik,” katanya.
Sementara itu, pengerusi jawatankuasa, Mansor Ahmad berkata, satu memorandum akan dihantar untuk menghalang pemaju dan Kerajaan Negeri merobohkan bangunan itu.
“Kita akan menghantar memorandum selepas mengadakan mesyuarat bersama jawatankuasa madrasah kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan kemungkinan besar turut dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
“Bagi tujuan mendapatkan sokongan terhadap usaha berkenaan, kita menubuhkan jawatankuasa bertindak termasuk melancarkan emel savemadrasah@yahoo.com serta membuka talian 011-14717736 untuk mengumpul ahli,” katanya.
Mansor berkata, setakat ini ia mencecah 200 orang terdiri daripada keluarga pemegang amanah. Keahlian terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, rakyat perlu bijak menilai kebenaran di sebalik kenyataan Exco itu yang disiarkan melalui bual bicara di sebuah stesen televisyen baru-baru ini.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, Kerajaan Pusat mengeluarkan peruntukan lebih RM2 juta termasuk mengagihkan wang sumbangan RM500 kepada 50,000 penduduk yang terlibat dalam bencana banjir tahun lalu.
“Bantuan lain turut disalurkan semasa banjir, keperluan makanan di pusat pemindahan, keperluan asas seperti tilam dan keperluan lain melalui pelbagai kementerian terlibat.
“Kita desak beliau membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kerajaan Pusat. Saya harap rakyat dapat menilai sendiri pentadbiran pemimpin Pas,” katanya kepada media selepas melancarkan penubuhan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut, di sini, semalam.
Pada majlis itu, Bashah berkata, bangunan Madrasah Salihiah Kanchut berusia 100 tahun itu patut dikekalkan atas tapak wakaf asal, bukannya dirobohkan dengan diganti surau baru dalam pusat beli belah yang akan dibina.
“Jika madrasah dirobohkan dan digantikan dengan surau di pusat beli belah, ia tidak sesuai untuk dijalankan kerja keagamaan serta aktiviti kemasyarakatan. Tapak ini sudah diwakafkan sejak sekian lama untuk pembinaan surau dan tindakan Kerajaan Negeri merobohkan madrasah ini tidak wajar.
“Sepatutnya Kerajaan Negeri menggunakan wang peruntukan yang diberi bagi membangunkan surau di atas tapak asal seiring dengan pembinaan pusat beli belah berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, mereka bukan hendak menolak pembangunan sebaliknya menyokong tindakan Kerajaan Negeri membuat pembangunan dalam kawasan itu tetapi tidak termasuk dengan usaha merobohkan madrasah.
“Saya bersama badan bukan kerajaan (Ngo) lain menyokong tindakan Majlis Agama Islam Kedah memohon penangguhan mengosongkan bangunan surau Salihiah Kanchut dari Pejabat Tanah Daerah Kota Setar serta menggesa arahan merobohkan madrasah ditarikbalik,” katanya.
Sementara itu, pengerusi jawatankuasa, Mansor Ahmad berkata, satu memorandum akan dihantar untuk menghalang pemaju dan Kerajaan Negeri merobohkan bangunan itu.
“Kita akan menghantar memorandum selepas mengadakan mesyuarat bersama jawatankuasa madrasah kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan kemungkinan besar turut dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
“Bagi tujuan mendapatkan sokongan terhadap usaha berkenaan, kita menubuhkan jawatankuasa bertindak termasuk melancarkan emel savemadrasah@yahoo.com serta membuka talian 011-14717736 untuk mengumpul ahli,” katanya.
Mansor berkata, setakat ini ia mencecah 200 orang terdiri daripada keluarga pemegang amanah. Keahlian terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Amanat Hadi Awang,PAS Hanya Boneka?
SHAH ALAM – Seluruh anggota Pas diingatkan supaya mengikut haluan dan hala tuju parti serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan fahaman sahaja.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sesiapa yang berlagak pandai dan menganggap dirinya paling bijak dalam Pas pasti tersungkur serta menjadi mangsa serigala politik musuh.
MKP nak tanya kepada Hadi Awang siapa yang menjadi Serigala dalam PAS adalah DAP dan Puak Erogan dalam PAS?
Menurutnya, setiap ahli seharusnya menyedari bahawa tindakan bersendirian dengan membelakangkan parti pasti akan gagal namun Pas tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa.
MKP keliru dengan PAS nie,Sat kata kebajikan Nie sudah tukar ka? Jadi Isle la Pulok?
Pemimpin satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti. Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak. Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”
Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.
Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’
Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala ‘amin’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .
Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.
Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.
Syarat ketiga ialah ‘selfleadership.’ Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?
Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”
Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.
Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.
Wednesday, December 21
TAUFAN mula membadai PAS...
Hangat....memang hangat...Ambil kira kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, nampaknya apa yang berlaku kepada Datuk Dr Hasan Ali dan kemudiannya Nasaruddin Mat Isa yang membelanya...jelas parti itu sudah hampir ‘berpatah arang berkerat rotan’ dengan mereka.
Ikut ceritanya ramai di kalangan ahli parti itu sendiri yang macam tidak percaya dengar kenyataan beliau hentam secara terbuka kedua-dua mereka termasuk dakwa terperangkap dalam agenda UMNO.
Ia dihangatkan lagi dengan pendedahan Mustapha bahawa Dr Hasan,bekas Persuruhjaya PAS Selangor dan Nasharuddin, bekas Timbalan Presiden PAS jarang hadir mesyuarat parti.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula tumpang semangkuk macam tidak sabar-sabar mahu melihat Dr Hasan lenyap dengan kenyataan terbuka ‘mempersilakan' Exco Kerajaan Negeri Selangor itu keluar parti atas alasan hak negara demokrasi.
Rupanya kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib yang menyatakan ADUN Gombak Setia itu tidak cukup pencalonan dan tidak layak bertanding dalam PRU ke 13 telah membuka mata semua orang pada perang dingin yang serius PAS.
Ini kerana kenyataan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Mustafa sendiri dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercanggah satu sama lain.
Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim menyifatkan soal pencalonan itu tidak betul kerana Majlis Syura dan Pusat akan menentukan siapa layak bertanding.
Nik Aziz pula serahkan pada PAS Selangor menjelaskan isu itu.
Namun, sehingga hari ini Persurhjaya PAS yang menggantikan Dr Hasan iaitu Dr Rani Osman masih berdiam diri tentang isu kenyataan Saari kecuali timbalannya Khalid Samad seperti dilaporkan media arus perdana mengesahkan apa dikatakan Ketua Penerangan PAS negeri itu.
Bagaimanapun, kenyataan Mustafa dalam wawancara akhbar dan portal organ PAS, menampakkan seolah-olah Dr Hasan dan Nasharuddin bakal ‘sama-sama dimandikan’ supaya tidak bertanding pada pilihan raya nanti.
Nasharuddin dalam respons terhadap apa yang menimpa Dr Hasan menyifatkan pelik kerana ada pihak mengeluarkan kenyataan lebih awal daripada Presiden PAS.
Kerana itu, Nasharuddin kena sedia ‘dimandikan’ oleh pemimpin lain yang tidak sebulu dengannya selepas Mustafa seolah-olah memberi lampu hijau.
Timbul tanda tanya, adakah Mustafa kini lebih berkuasa daripada Majlis Syura, Presiden dan Mursyidul Am?
Pendedahan beliau kononnya ada bukti Dr Hasan berusaha menyakinkan beberapa pemimpin PAS lain supaya bersamanya jika benarpun, tidak patut Mustafa dedahkan begitu saja.
Jika benarlah Dr Hasan dan Nasharuddin bakal ‘dimandikan’ oleh PAS, ia boleh dilihat sebagai dendam pucuk pimpinan tertentu dalam parti itu yang melihat kedua-dua mereka ada persamaan.
Ini membuatkan sesetengah pemimpin PAS sudah ada berani mempersoalkan apakah ini tanda golongan ulama bakal dicantas dalam kepimpinan parti itu?
Adakah salah Dr Hasan dan Nasharuddin yang mempertahankan Islam dan perpaduan sehingga PAS bertindak demikian?
Memang Dr Hasan pernah dikaitkan dengan usaha kerajaan perpaduan di Selangor antara PAS dan UMNO sebelum kerajaan PKR menerajui negeri itu.
Begitu juga Nasharuddin yang jadi mangsa terpaksa ‘bersilat’ dengan Nik Aziz gara-gara cadangan perpaduan Islam dan Melayu antara PAS-UMNO di peringkat pusat.
Nampaknya, PAS menggunakan sebutir peluru bagi menumbangkang Dr Hasan dan Nasharuddin yang kini dianggap ‘dua musuh’ dalam parti.
Inilah peluang terbaik puak tertentu dalam PAS yang tidak mahu lagi melihat kedua-dua pemimpin PAS itu kekal dalam parti kerana boleh menyekat hasrat mereka untuk lebih mesra berpelukan dengan PKR dan DAP.
Namun ada yang berkata puak-puak ini perlu ingat, adakah ahli-ahli dan penyokong PAS boleh terima bulat-bulat pemimpin yang pertahankan Islam dan Melayu disingkirkan atau diperlakukan begitu sahaja ibarat habis madu sepah dibuang?
Dr Hasan dan Nasharuddin jika ‘dibuang’ keluarpun dari PAS, mereka mungkin boleh melangkah senang hati...
Dr Hasan dan Nasharuddin jika ‘dibuang’ keluarpun dari PAS, mereka mungkin boleh melangkah senang hati...
Mustapha sendiri sebut mereka jarang hadir mesyuarat.
Dalam politik kalau begini...biasanya mesti ada yang tidak kena.
Siapa tahu mungkin banyak yang pelik dalam PAS sekarang...
Mungkin Dr Hasan dan dan Nasaruddin lebih mengetahui.
OLEH ROSLAN BIAN AGENDA DAILY.
Sunday, December 18
Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas
Baru-baru ini Pas mengadakan majlis sambutan ulangtahun ke 25 tragedi Memali. Pelbagai program yg dirancang oleh mereka termasuklah ceramah. Seperti kelaziman, apabila disebut peristiwa Memali, mereka akan kata Kerajaan BN sebuah kerajaan pembunuh. Pelbagai tuduhan2 kesat akan dilemparkan kepada Umno dan polis. Itu cerita sebelah pihak mereka. Maka sudah tentulah cerita tersebut diputar belit supaya menyebelahi mereka agar rakyat menyokong mereka dan membenci kerajaan yg memerintah negara pada hari ini. Berpunca daripada politik ekstrem yg diajar dan diamalkan oleh Pas itulah terjadinya tragedi Memali pada tahun 1985. Perkara ini semua berlaku akibat dari politik ekstrem dan politik kebencian melampau yg diajar oleh Pas.
Ibrahim Libya pada mulanya seorang yg baik. Beliau mulai 'rosak' setelah menyertai Pas pada tahun 1978. Beliau bersekolah pondok di Baling, kemudian belajar pula di madrasah di Kepala Batas. Selepas itu dia melanjutkan pelajaran ke Nilam Puri, Kelantan. Habis di Kelantan beliau ke India dan selepas itu menyambung pelajaran di Libya. Kembali ke tanahair pada awal 70an dan beliau bekerja di Pusat Islam dibawah JPM. Akhir tahun 1976 beliau letak jawatan dan bekerja dengan Kedutaan Libya sebagai pendakwah. Daripada situlah dia mula dikenali sebagai pendakwah bebas.
Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Akhirnya apabila beliau menyertai Pas pada tahun 1978 dan menjadi calon dalam pilihanraya di Dun Bayu, maka mulalah berlaku kerosakkan ke atas dirinya. Semuanya kerana politik ekstremis yg diajar oleh Pas meresapi dirinya. Pas menggunakan sepenuhnya kepakaran dan kehebatan yg ada pada Ibrahim Libya untuk menguatkan pengaruh mereka. Sebagai contoh kita lihat Hassan Ali, dulu dia seorang penceramah bebas yg hebat dan dikagumi oleh setiap lapisan masyarakat. Pada waktu kegemilangannya semua orang akan menunggu depan tv setiap khamis malam jumaat untuk menunggu kemuculannya dalam Forum Perdana Ehwal Islam.
Hassan Ali mempunyai pengikut dan peminat yg ramai. Pas tarik Hassan Ali sertai mereka dan menggunakan pengaruh yg ada pada Hassan Ali untuk menarik orang ramai menyertai Pas dan menggunakan Hassan Ali semaksimum mungkin di atas pentas2 ceramah. Pada masa itu Hassan Ali dipuja, dipuji dan dijilat oleh orang2 Pas sepanjang masa. Akhirnya Pas dapat memecah kekebalan benteng Dun Selangor daripada ditembusi oleh Pas. Hassan Ali menang dalam pru 1999 di kerusi Sungai Burung. Kemenangannya bukan kerana Pas tetapi kerana personalitinya.
Selepas itu rakyat melihat Hassan Ali mula rosak apabila menyertai Pas dan beliau kehilangan sokongan,akhirnya tewas dalam pru 2004. Tetapi pada pru 2008 Hassan menang balik di Gombak Setia. Kemenangannya pada masa itu bukan kerana dia Hassan Ali tetapi kerana kemarahan rakyat kepada kepimpinan negara dan Umno pada masa itu. Dalam pru 2008, bukan setakat Hassan Ali yg menang, ramai lagi pemimpin yg menang sehingga mereka berjaya membentuk kerajaan campuran. Jika ditakdirkan Hassan tak menang pun , Pas masih boleh menubuh kerajaan campuran bersama PKR dan DAP.
Lihat apa jadi kepada Hassan Ali sekarang ? beliau tidak lagi sepenting tahun dulu. Musuhnya kiri kanan dalam Pas. Asal buka mulut sahaja kena balun. Bertanding jawatan dalam Pas pun kalah. Bagi mereka Hassan Ali tak penting lagi sekarang. Dari segi pengaruh memang ada persamaan antara Ibrahim Libya dan Hassan Ali. Mereka berjaya menggunakan pengaruh mereka untuk menarik orang menyokong Pas. Bezanya, Pas kurang berjaya mentarbiah Hassan Ali menjadi ekstremis Pas kerana Hassan orang pintar. Manakala Ibrahim Libya pula berjaya digunakan oleh Pas untuk menjadi ekstremis. Suasana zaman juga menjadi faktor bezanya Hassan dan Ibrahim.
Berbalik kepada kisah Memali, selepas menyertai Pas, Ibrahim Libya mula berubah mengikut acuan Pas.Kerajaan pada masa itu mendapati Ibrahim Libya mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam melalui ceramah2 agamanya. Lalu kerajaan mengambil keputusan untuk menahannya di bawah ISA bagi memperbetulkan keadaan. Percubaan pertama pihak Polis untuk menahan Ibrahim di bawah ISA pada 2 September 1984, bagaimana pun usaha itu gagal. Dikatakan 100 orang polis telah mengepungnya tetapi dihalang oleh orang2 kampung yg keluar beramai2.Untuk pengetahuan pembaca, pengaruh yg ada pada Ibrahim Libya digunakan sepenuhnya oleh Pas sehingga Ibrahim berjaya menarik hampir 100 % penduduk Baling menyertai Pas pada masa itu.
Untuk mengelakkan ketegangan pihak polis berundur dan selepas itu Ibrahim lari menyembunyikan dirinya di satu tempat rahsia diBaling. Setelah sekian lama menyembunyikan diri dan tidak dapat menyampaikan ceramah, maka puak2 Pas pada masa itu mengambil keputusan membawa Ibrahim kembali kerumahnya dan dia sentiasa dikawal rapi oleh ahli2 Pas untuk mengelakkan Ibrahim ditahan di bawah ISA. Dalam tempoh itu juga pihak berkuasa beberapa kali cuba untuk menahan Ibrahim di bawah ISA tetapi semuanya gagal kerana dihalang oleh orang2 kampung yg bersenjatakan buluh runcing dan pelbagai senjata tajam lagi. Pernah berlaku dimana beratus orang kampung mengepung sebuah kereta polis yg di dalamnya ada Ketua Polis Daerah Baling dan kemudiannya orang kampung meletak senjata di tengkuknya.
Keadaan berterusan selama lebih kurang setahun. Pelbagai pendekatan yg diambil oleh polis untuk menahan beliau tetapi gagal termasuklah meminta dia menyerah diri secara sukarela. Jika pemimpin Pas pada masa itu ada tanggungjawab sepatutnya mereka menyelesaikan masalah tersebut dengan polis dengan cara yg baik kerana tempohnya sudah terlalu lama. Tetapi Pas tidak mengambil tanggungjawab itu, mereka sengaja membiarkan keadaan tegang, kerana itu yg mereka kehendaki untuk menggambarkan kerajaan zalim dan mereka memang mahu polis bertindak dengan ganas supaya boleh dijadikan modal politik dan seterusnya boleh menumbangkan BN.
Polis tiada pilihan, pelbagai cara lembut dan diplomasi telah digunakan selama setahun tetapi mereka gagal. Akhirnya polis terpaksa menggunakan pilihan terakhir mereka iaitu menyerbu masuk ke kampung berkenaan untuk menahan Ibrahim dan pengikutnya. Maka pada pagi 19.November.1985 polis telah mengepung madrasah tempat Ibrahim Libya dan pengikutnya berkubu dan meminta beliau menyerah diri. Permintaan itu tidak diendahkan dan dalam masa yg sama juga penduduk2 kampung telah keluar dengan membawa buluh runcing dan senjata tajam.
Langkah pertama yg diambil oleh polis ialah melepaskan gas pemedih mata. Tiba2 keluar seorang lelaki dari tempat persembunyiannya disekitar kawasan yg dikepung membawa sebilah parang untuk menyerang polis dan dia telah ditembak mati. Itulah bukti fahaman ekstremis yg dibawa oleh Pas. Sanggup membawa parang untuk menyerang polis.
Sebilah senapang patah dipercayai milik Rela juga turut digunakan untuk menembak anggota polis oleh puak2 yg berkubu bersama Ibrahim Libya. Dimana pemimpin Pas pada masa itu ? adakah berita berkenaan tidak sampai kepada mereka ? mustahil ! Mengapa mereka tidak memujuk Ibrahim Libya dan pengikutnya agar menyerah diri ? Mereka memang mahukan polis bertindak sedemikian demi untuk dijadikan modal politik. Itulah bukti pemimpin2 Pas adalah pemimpin yg tidak bertanggungjawab. Sanggup membiarkan nyawa pengikut menjadi taruhan demi politik. Setakat isteri jadi taruhan taklik adalah perkara kecil. Nyawa ahli pun mereka sanggup gadai asalkan dapat keuntungan politik.
Diringkaskan cerita, setelah seharian 'peperangan' antara polis dan penduduk kampung yg ekstrim berlangsung, akhirnya ia tamat di mana ianya menyaksikan 14 penyokong Pas mati termasuk Ibrahim Libya dan 4 orang anggota polis turut terbunuh hasil daripada fahaman ekstrimis yg diajar oleh Pas. Al Fatihah... Seramai 160 orang ditahan dalam operasi berkenaan yg dinamakan Ops Angkara. Selepas itu hanya lebih kurang 30 orang ditahan di bawah ISA dan selebihnya dibebaskan. Mereka2 yg ditahan dibawah ISA tiada seorang pun yg mati semasa dalam tahanan dan ada yg masih hidup sihat walafiat sehingga sekarang, malah ada yg jadi Senator sekarang ini.
Jika pemimpin2 Pas pada masa itu adalah pemimpin yg bertanggungjawab, sepatutnya mereka memujuk Ibrahim Libya untuk menyerah diri dengan cara elok. Jika beliau menyerah diri dengan cara elok, mungkin Ibrahim Libya dan 13 mangsa lain masih hidup sehingga sekarang. Itulah buktinya Pas sebuah parti yg hanya mementingkan politik dari nyawa ahli2 mereka. Buktinya boleh dilihat sehingga hari ini. Walaupun 25 tahun peristiwa Memali telah berlaku , sehingga ke hari ini Pas tetap menggunakan peristiwa tersebut sebagai modal politik mereka. Memali adalah satu 'pelaburan' berharga yg Pas lakukan 25 tahun lalu dan mereka berjaya menuai hasilnya sehingga kini. Pelaburan Kohilal pula sehingga kini ahli tidak mendapat hasil.
Kejahatan Pas tidak habis di situ. Selepas Ibrahim Libya dan pengikut2nya dikebumikan, ada dikalangan orang2 Pas yg pergi mencurahkan cecair berbau wangi diatas kubur mereka. Selepas itu mereka sebarkan cerita kononnya haruman yg wangi keluar dari kubur mereka yg terbunuh. Semua itu untuk menggambarkan kepada masyarakat kononnya perjuangan mereka semua dirahmati oleh Allah swt dengan niat untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka dan membenci kerajaan.
Jika kita lihat kembali apa yg berlaku di Memali ada persamaan dengan apa yg berlaku dalam setiap perhimpunan haram yg dianjurkan oleh Pas. Untuk menyuraikan perhimpunan2 haram, polis tidak terus menyerbu membabi buta. Mereka akan menggunakan diplomasi terlebih dahulu. Rundingan demi rudingan dan nasihat demi nasihat. Tetapi selalunya juak2 pecacai ini tidak peduli nasihat polis. Malah mereka terus melakukan provokasi supaya polis bertindak keras dan tindakan itu boleh dijadikan modal politik. Pernah satu ketika dalam satu perhimpunan haram diMasjid Negara mereka memprovok polis dari dalam masjid. Mereka lakukan semua itu supaya polis menyerbu mereka didalam masjid dan itu dapat dijadikan modal politik kononnya polis tidak menghormati masjid. Dalam peristiwa itu polis menyerbu masuk kemasjid, tetapi sebelum masuk pasukan FRU telah pun memakai sarung kasut (bukan sarung kaki/stokin) terlebih dahulu untuk mengelakkan tapak kasut memijak tempat sembahyang.
Pas tidak pernah cerita semua itu semasa mereka berceramah. Mereka hanya cerita anggota polis kurang ajar masuk ke masjid dengan kasut. Mereka tak kata yg anggota polis telah pakai sarung kasut terlebih dahulu sebelum masuk. Begitu juga dengan kisah Memali, atas pentas ceramah atau dalam harakah, Pas hanya menceritakan orang2 mereka yg terbunuh, polis guna pistol, guna gas pemedih mata dan guna kereta kebal. Mereka tak cerita yg orang mereka guna buluh runcing, pedang, parang panjang dan senapang patah untuk membunuh polis serta empat orang anggota polis terbunuh.
Matinya Ibrahim Libya dan 13 orang yg lain pada hari itu berpunca daripada Pas. Semuanya kerana politik ekstremis dan kebencian melampau yg diajar oleh Pas. Jika tidak , mungkin Ibrahim Libya masih hidup sekarang dan terus berdakwah kepada orang2 Islam di Malaysia. Ilmu yg beliau kumpul dari Baling hingga ke Libya akhirnya menjadi sia2 selepas menyertai Pas. Orang yg sepatutnya bernilai untuk negara akhirnya punah ranah , semuanya kerana Pas. Pas memang nampak cantik diluar, tetapi di dalamnya penuh dengan kejahatan dan kejijikan.
Saturday, December 17
Politik Pelik Dalam PAS.
Pas tidak sedar selama ini, parti itu lemah bukan kerana UMNO tetapi akibat tindakan mereka sendiri yang terlalu menjaga hubungan politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Begitulah juga dalam isu melibatkan Datuk Dr. Hasan Ali yang kini hangat diperkatakan. UMNO tidak semena-mena dikaitkan apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengatakan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa terperangkap dengan agenda UMNO untuk melemahkan Pas.
Soalnya, apa kaitan UMNO dalam isu Hasan? Siapa sebenarnya yang membuat kenyataan bahawa Hasan digugurkan daripada menjadi calon Pas dalam pilihan raya umum nanti? Pemimpin Pas atau pemimpin UMNO?
Kenapa pula UMNO hendak menentukan nasib Hasan? Beliau bukannya wakil rakyat UMNO tetapi wakil rakyat Pas?
Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Nasharudin amalan politik 'pelik' yang berlaku dalam Pas, apabila UMNO diseret bersama bagi menutupi pergolakan dalam Pas.
Sebenarnya kepimpinan Pas semakin resah apabila tidak mampu membendung isu pengguguran Hasan kerana ia mula menjadi topik yang paling merimaskan penyokong-penyokong Pas.
Mereka tertanya-tanya kenapakah seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam dan kepentingan orang Melayu mahu 'disingkirkan' hanya semata-mata beliau lantang dalam isu berkenaan.
''Ana nak sampaikan pesan ahli di peringkat bawah, Hasan Ali ini bukan kecil anak. Di kalangan ahli Pas pun masih ramai yang sayangkan dia.... Pada ana bukan soal Hasan Ali rapat dengan UMNO atau tidak. Kalau UMNO yang lebih menghormati dia, apakah kita masih mahu salahkan Hasan Ali? Beliau pun manusia biasa.''
Demikian luahan salah seorang penyokong Pas yang ternyata kecewa dengan isu Hasan. Pandangan penyokong Pas ini dilihat 'lebih matang' berbanding sesetengah pemimpin Pas yang terus menyalahkan UMNO.
Inilah masalah Pas sejak dulu, kini dan selamanya, apa juga kemelut yang berlaku dalam parti itu segala-galanya ditunding jari kepada UMNO.
Kita masih ingat bagaimana setiap kali muktamar Pas atau Perhimpunan Agung UMNO, pemimpin Pas akan membuat kenyataan bahawa ahli-ahli Pas lebih terbuka mengkritik parti itu berbanding pemimpin dan ahli UMNO.
Tetapi apa yang berlaku kepada Hasan jelas menunjukkan seolah-olah di dalam Pas tidak boleh ada pejuang atau sebarang usaha untuk menegur kesilapan kepimpinan, jika itu berlaku pemimpin yang terlibat akan dikaitkan dengan UMNO.
Akibat pandangan dangkal inilah yang menyebabkan usaha menyatukan orang Melayu gagal apabila Pas menolak pelawaan UMNO bagi tujuan berkenaan dengan alasan pemimpin Pas yang melaksanakan usaha tersebut adalah boneka UMNO.
Pemimpin-pemimpin Pas perlu faham bahawa Pas bukanlah parti yang sempurna, kenyataan Hasan tidak ada kaitan dengan UMNO, beliau membuat kenyataan berkenaan sebagai tindak balas terhadap politik dalaman Pas.
Oleh itu kenapakah UMNO hendak dipersalahkan? Apakah Pas fikir UMNO merancang segala-galanya yang berlaku dalam parti itu bagi melemahkan Pas menjelang pilihan raya?
Kalau itulah tafsiran pemimpin-pemimpin Pas, ternyatalah mereka salah. Ia memandangkan apa yang berlaku kepada Pas adalah salah parti itu sendiri.
Pas lemah bukan kerana UMNO tetapi Pas lemah kerana kegelojohan mereka berpolitik dan terlalu ghairah mencapai impian untuk menawan Putrajaya bersama PKR dan DAP.
Cuba fikirkan, apakah UMNO yang mendesak Pas mengubah hala tujunya daripada memperjuangkan negara Islam kepada negara kebajikan? Bukankah Pas berbuat demikian kerana tidak mahu perjuangan negara Islam menggugat hubungan dengan PKR dan DAP.
Kalau Pas benar-benar konsisten dan percaya bahawa perjuangan mereka menegakkan Islam akan diberkati Allah SWT, kenapakah menggugurkan perjuangan negara Islam?
Apabila tindakan itu dilihat mula menimbulkan konflik di kalangan penyokong-penyokongnya maka UMNO dipersalahkan kerana dikatakan memutar belitkan tindakan berkenaan? Bijakkah tindakan ini?
Pas perlu faham UMNO tidak perlu berbuat apa-apa untuk melemahkan Pas kerana Pas sendiri pun sudah cukup lemah sebaik sahaja berkawan dengan PKR dan DAP.
Ia memandangkan mereka tidak berupaya melawan kehendak pemimpin-pemimpin PKR dan DAP yang dilihat jauh lebih konsisten dalam mempertahankan prinsip perjuangan mereka, jadi jangan salahkan UMNO akibat kejahilan' sendiri.
Wednesday, October 19
PAS Hilang Arah Dan Halatuju.
Pemimpin PAS telah hilang arah dan tidak keruan apa bila memutuskan bahawa tidak akan menyertai Perhimpunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) serta badan-badan bukan kerajaan, NGO-NGO Islam, mewakili pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan lain-lain badan.Pengumuman itu dibuat oleh DS Hadi semalam.
Perhimpunan yang bertemakan "Selamatkan Akidah", secara tidak langsung mahu memberi amaran kepada bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan orang Islam dan jangan sekali berani memurtadkan mereka.
Perlu diingatkan bahawa orang Melayu adalah umat Islam yang paling beruntung di dunia ini berbanding dengan umat Islam di negara-negara lain. Melayu dan Islam dilindungi oleh Perlembagaan. Islam itu, Melayu itu Islam. Lebih istimewa lagi yang memeluk agama Islam, pun boleh dikira sebagai Melayu mengikut Perlembagaan, walaupun bukan Melayu dari segi keturunan.
Bermakna, saudara Muslim juga tidak boleh murtad setelah memeluk Islam. Apatah lagi orang Melayu. Inilah peruntukan yang tidak ada dalam dunia. Begitulah beruntungnya umat Islam di negara bertuah ini.
Tanggal 22 Oktober 2011, kita sebagai umat Islam akan melakarkan sejarah, percubaan untuk mengimpunkan seramai sejuta orang di Stadium Shah Alam. Sama ada berjaya atau tidak, kita serahkan kepada Allah SWT.MKP kata:heran dengan prinsip perjuangan PAS nie dulu kata memperjuangkan Islam????atau islam digunakan hanya untuk kepentingan diri dan politik sempit?????
Monday, May 30
Selamatkah Kepimpinan Ulama PAS?
Empat hari menjelang pemilihan kepimpinan baru PAS, cakap-cakap mengenai persaingan golongan ulama dan profesional terus hangat diperkatakan.
Jika dilihat dari arah corong kecil, isu sama ada PAS akan terus diterajui pemimpin yang berlatar belakangkan pendidikan agama ataupun profesional mungkin tidak timbul kerana Datuk Seri Abdul Hadi Awang telahpun diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden.
Namun bak kata pepatah, langit tidak selalunya cerah. Andai kata pandangan mengenai masa depan dan hala tuju PAS dilihat dari ruang lingkup yang lebih besar khususnya bagi persaingan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden, parti itu kini sebenarnya berada dalam fasa peralihan paradigma.
Saingan campuran tiga penjuru bagi jawatan nombor dua selepas Abdul Hadi sebenarnya akan menentukan corak dan hala tuju PAS dalam tempoh tiga atau enam tahun akan datang.
Penyandang jawatan Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa akan mempertahankan kedudukannya yang dicabar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga dari golongan ulama dan Mohamad Sabu atau Mat Sabu dari kumpulan profesional.
Mutakhir ini kedudukan Nasharudin dilihat sedikit goyah terutamanya selepas isu kerajaan perpaduan dengan Umno timbul hingga mencetuskan kemarahan beberapa pemimpin dan penyokong PAS sendiri terutama yang ‘berkiblatkan’ kerjasama dalam Pakatan Rakyat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Kehadiran Tuan Ibrahin yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dilihat sekadar mahu menyelamatkan kedudukan ‘kem ulama’ dari terlepas ke tangan Mat Sabu yang dilihat lebih terbuka khususnya bagi mewujudkan kerjasama antara PAS dengan pihak luar.
Jatuhkan Abdul Hadi
Kedudukan Abdul Hadi sebenarnya diibaratkan seperti telur di hujung tanduk sekiranya gerakan menolak kumpulan ulama berlaku di posisi jawatan nombor dua khususnya jika ramalan bakal berlaku pecahan undi antara Nasharudin dan Tuan Ibrahim benar-benar berlaku.
Tidak keterlaluan jika Mat Sabu dikategorikan sebagai proksi dalam misi menjatuhkan Abdul Hadi dan legasi kepimpinan ulama dalam PAS.
Sekiranya keputusan berpihak kepada Mat Sabu, Abdul Hadi pastinya tidak dapat lagi menahan kebangkitan golongan profesional yang mahu menukar wajah atau imej berserban dan jubah dalam PAS.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berpendapat, kebangkitan golongan profesional semakin meluap-luap dalam PAS khususnya yang mahu melihat parti itu bergerak dengan lebih agresif dalam arus politik semasa.
“Kita lihat begitu ramai golongan profesional menyertai PAS. Mereka tidak mempunyai latar belakang agama tetapi komited dengan perjuangan PAS dan Islam.
“Kebangkitan kumpulan ini semakin ketara kerana mereka mahu melihat PAS sebagai sebuah parti Islam keluar dari kepompong lama,” katanya kepada mStar Online.
Menurut Ahmad Atory lagi, golongan profesional dalam PAS juga mahu membawa parti itu ke kancah politik yang lebih dinamik dan agresif dan seterusnya meninggalkan imej moderat atau bersederhana yang diamalkan mereka sebelum ini.
Pada kedudukan ini, Mat Sabu perlu bekerja keras khususnya bagi meyakinkan ahli dan perwakilan PAS mengenai misi melakukan modenisasi dalam kepimpinan parti itu.
Andai kata ‘misi sulit’ berkenaan berjaya, tiada apa yang mampu dilakukan Abdul Hadi bagi menyelamatkan kedudukan dan legasi ‘tok guru’ dalam PAS.
Paling ketara, tidak mudah bagi Abdul Hadi untuk mengemudi bahtera PAS sekiranya beliau hanya berseorangan di tampuk teratas tanpa mendapat sokongan dari kumpulan seangkatan dengannya seperti gandingan beliau dan Nasharudin sejak 2005.
Dengan kata lain, tidak mustahil selepas tiga tahun akan datang, Abdul Hadi dengan sendirinya akan berundur atau lebih buruk akan disingkirkan sekiranya masih mahu mempertahankan kedudukannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
ENTRI KJEE YANG TAK MUNGKIN DILUPAKAN - Ramai kata antara entri Kjee yang paling mengesan di jiwa mereka ialah pengalaman Kjee jumpa Cik Han (hantu). Mungkin pembaca baru blog ini tak sempa...
-
Umno today, Umdap tomorrow - Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The experience on the platform so far in my first fortnight since I created an account the...
-
Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue - Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue PETALING JAYA: Police have received three reports against activist and actress Rafidah Ibra...
-
BUDI95: Semakan Kelayakan dan baki kuota RON95 - Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan program penyasaran subsidi untuk petrol RON95, yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Inisiatif ini membo...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com











