Sunday, June 12

MELAYU PULAU PINANG HARUS BERSATU.


KEPUTUSAN kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya bagi jawatan kuasa masjid di negeri itu mencetuskan bantahan daripada pelbagai pihak.

Perkembangan tersebut dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian. Ramai orang Islam di Pulau Pinang resah.

Sejak kerajaan DAP memerintah, tidak putus-putus ujian melanda umat Islam. Isu terbaru itu menjadi perhatian ramai selepas berita mengenainya disiarkan di muka surat depan akhbar Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, Abdul Malik Kassim dari PKR mengesahkan hal tersebut. Ekoran itu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik membuat laporan polis terhadap laporan Utusan Malaysia mengenai isu tersebut.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa, laporan tersebut berniat jahat. Menurut beliau, DAP tidak ada kena mengena dengan sistem pilihan raya masjid. MKP hairan mengapa Wei Aik perlu melatah. Jika DAP tidak sedikitpun terlibat, diam sahaja. Janganlah wujudkan persepsi siapa makan cili, dia terasa pedas.

Umat Islam itu umpama lidi, bila ia diikat seberkas, ia menjadi kuat dan boleh menyapu segala sampah yang ada, besar atau kecil, tetapi bila dirungkai menjadi taburan lidi, habuk sebesar hama pun ia tidak mampu membuangnya”.


Sebab itu kesatuan, perpaduan dan persaudaraan itu sangat dititik beratkan oleh Islam. Perkara pertama yang Rasulullah SAW lakukan selepas mendirikan Masjid Nabawi semasa peristiwa hijrah ialah menyatukan umat Islam Makkah-Auz-Khazraj menjadi Muhajirin dan Ansar yang bersatu sebagai satu umat - umat Islam.


Bangsa Melayu sangat bernasib baik kerana menjadi satu-satunya bangsa di dunia ini yang dikaitkan dengan agama. Ditakrifkan ciri Melayu sebagai wajib beragama Islam di bawah Perlembagaan Persekutuan. Satu-satunya bangsa yang diperakui agamanya berdasarkan undang-undang.


Namun malang umat Islam bangsa Melayu; yang punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab dan Satu Kiblat, tetapi gagal menjadi satu bangsa yang bersatu. Sedangkan Allah jelas menyebut bahawa umat Islam wajib bersatu padu di bawah naungan al-Quran.


Dan yang lebih malang, bukan sekadar tidak bersatu, ada kalangan umat Islam bangsa Melayu yang bersedia menjadi barua bukan Muslim, bukan Melayu semata-mata untuk memenuhi nafsu masing-masing; yang akhirnya menyebabkan bangsa Melayu itu menjadi lemah, lesu dan layu.

3 comments:

HHalem said...

Orang Tanjong Tokong ni pelik sikit.

PKR depa benci.
DAP depa halau.
Ahmad Ismail mai depa baling kasut.

Tah apa depa mau x tau.

Rumah tebakaq Kampong melayu dah roboh ka?

matkilaupenang said...

depa bukan benci pemimpin,tapi pemimpin tue sendiri cari pasal bila berjanji semua boleh tapi tapi apa pun tarak,janji kosong semua pemimpin yang kena pasal dok janji tak boleh pakai.

matkilaupenang said...

rumah terbakaq dah diberi rumah sementara lokasi berdekatan strait quay.yang sattle tue semua tan sri nor yaaakob.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive