Wednesday, June 22

UMNO Sik kesal program disabotaj



UMNO Bahagian Sik kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba mensabotaj penganjuran Program Ceramah Bongkar, Pentas Pemuda UMNO Bahagian Sik, dengan menanggalkan kain rentang program berkenaan yang dipasang di satu kawasan di Jeneri. 

Ketua UMNO Bahagian Sik, Tajuddin Abdullah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, berkata, UMNO Bahagian Sik tidak menganjurkan program seperti itu secara kerap namun ada pihak yang tidak bertanggungjawab bertindak membuang kain rentang yang dipasang UMNO. 

“Mereka selalu mengadakan ceramah tetapi kita (UMNO) tidak buat kacau, kita buat ceramah bukan selalu tapi mereka buang banner (kain rentang), potong,” katanya sewaktu memberikan ucapan pada Program Ceramah Bongkar, malam kelmarin. 

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik, Mahadzir Abd Hamid berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Jeniang kira-kira jam 6 petang, kelmarin, agar pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu. 

Menurutnya, isu kain rentang disabotaj bukan perkara baru sebaliknya sudah beberapa kali berlaku namun perkara itu dimaafkan kerana beliau beranggapan ia dilakukan sekumpulan ‘budak nakal’. 

“Bagaimanapun, apabila sudah sampai tahap meminta diubah lokasi dan meminta dirobohkan khemah, saya rasa tindakan itu tidak wajar apatah lagi apabila ada banner yang dipasang di Jeneri, ditanggalkan. 

“Kita terpaksa membuat laporan polis kerana tidak mahu insiden seperti ini berulang lagi pada masa akan datang, apatah lagi UMNO Sik tidak pernah mengganggu mana-mana program anjuran parti politik lain,” katanya. 

Mahadzir berkata, program yang dianjurkan Pemuda UMNO Sik mendapat permit daripada polis malah kain rentang yang dipasang juga diluluskan oleh Majlis Daerah Sik. 

“Apa hak mereka untuk menanggalkan banner milik UMNO, justeru, kita minta polis menyiasat siapa yang bertanggungjawab. 

“Saya harap pemimpin parti politik menasihatkan penyokong masing-masing supaya tidak bersikap provokatif” katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive