Apa yang besar sangat isu ketuk ketampi dua wanita warga Singapura ketika ditahan kerana telah terbukti mereka menceroboh negara tanpa dokumen yang sah.
Laporan berita dilihat seolah-olah Pegawai Imigresen tidak berlaku adil terhadap mereka dan menyebabkan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Alias Ahmad membuat kenyataan bahawa prosedur penangkapan dan penahanan itu dilaksanakan dengan betul dan mengikut undang-undang Malaysia. Tahniah Dato' Ketua Pengarah kerana cepat mempertahankan anak buah.
Manakala Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Husein pula berjanji akan membuat penyiasatan terperinci berhubung laporan akhbar mengenai hal terbabit.
Tindakan Pegawai Imigresen tersebut betul apabila mengarahkan warga asing yang masuk ke Malaysia tanpa dokumen yang sah dan mencurigakan terutamanya wanita diminta berbogel membuat ketuk ketampi. Ini bagi memastikan 'pengedaran dadah" melalui jalan darat dapat diintip.
Kita tidak perlu bercerita panjang apakah rasionalnya diminta berbogel dan membuat ketuk ketampi kerana umum mengetahui cara penyeludupan dilakukan melalui media.
Apa yang kita perlu bincang, cara isu itu menjadi perhatian, sama ada oleh media dan menteri sedangkan perkara sebegitu telah berlaku dizaman jahiliyah lagi.
Cara isu tersebut dibangkitkan boleh melemahkan keghairahan para pegawai Imigresen untuk memberi perkhidmatan terbaik terutamanya bagi menjaga pintu masuk supaya tidak bolos oleh mereka tidak megikut peraturan dan membawa masuk barang haram seperti melarikan cukai dan dadah.
Menteri sepatutnya terus mempertahankan intregriti para pegawai Imigresen kerana dapat bertindak bagi menghalang pintu masuk diloloskan dan membuat pemereksaan dengan rapi walaupun menelanjangkan pesalah sama ada lelaki atau wanita, Cina, Melayu ataupun India.
Adakah isu tersebut menjadi besar dan mendapat perhatian kerana pesalah itu wanita Cina dan warga Singapura? walaupun telah terbukti kesalahannya memasuki negara kita secara haram. Dan tidak pernah berlakukah cara yang sama dibuat oleh pegawai penguatkuasa Malaysia bagi membuat penyiasatan terhadap pesalah. Tentunya ada bukan?.
Kesimpulannya, tak usahlah hirau soal mereka yang disuruh ketuk ketampi itu, mereka tak mahu datang ke Malaysia seumur hidup pun tak rugi, yang perlu diberi perhatian oleh KDN dan Jabatan Imigresen ialah terhadap pegawai-pegawai Imigresen yang lupa diri dan mengunakan kuasa dengan 'mengherdik' orang awam tanpa sebarang kesalahan.
No comments:
Post a Comment