Sunday, June 26

PARTI SOSIALIS ADA KAITAN DENGAN KOMUNIS.

Celaka punya parti sosialis nie dari siasatan polis puak musibat nie yang ditahan semalam dekat tol sungai dua semalam cuba menghidupkan kembali fahaman komunis yang diharamkan.Apa punya manusia demi mencapai tujuan dan agenda sanggup berbuat demikian.Barangan yang dirampas menunjukkan depa nie memang berniat dan nekad berbuat demikian.Antara barang yang dirampas ialah baju T yang tertulis nama Chin Peng,Rashid Maidin dan Suraini Abdullah.
penahanan 31 aktivis PSM yang diketuai Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj semalam. 

mereka dilihat cuba menghidupkan balik fahaman komunis dengan menyebarkan risalah berkenaan kepada rakyat di beberapa kawasan di sini. 

"Polis terpaksa menahan semua mereka kerana membawa unsur menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan ini adalah sesuatu yang serius serta boleh mengancam keselamatan negara.. 
Kumpulan berkenaan yang menaiki sebuah bas persiaran dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram yang dijadualkan 9 Julai ini.
 
Kempen PSM bertemakan "Udahlah tu...Bersaralah" itu dikatakan tertumpu ke bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lalu. 

Semalam 14 wanita dan 17 lelaki yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini untuk dirakam percakapan. 

Abdul Rahim berkata, seorang daripada aktivis berkenaan dibebaskan kerana masih di bawah umur manakala 30 yang lain kini direman bagi membantu siasatan. 

Katanya, perintah reman bagi semua mereka yang berusia 18 hingga 64 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Butterworth hari ini. 

Beliau berkata perintah reman dibuat mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive