Wednesday, June 29

Joe Bedul Cabar PAPAGOMO,YUSMADI Mahu POlis Tangkap PAPA.


Barangkali sudah gabra dengan penyiaran video klip pertemuan beliau dengan Trio Datuk T serta menonton video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim,  ahli Parlimen PKR Sungai Petani sengaja buat sidang media cabar Papagomo siarkan semua rakaman pertemuan itu.
Ini kerana Papagomo yang siarkan pertemuan Johari itu dalam blognya sejak pagi semalam.
Johari menganggap klip video hampir dua minit itu tidak menggambarkan apa sebenarnya berlaku ketika pertemuan tersebut.

Walaupun mengakui memang beliau bersama Trio T dan menyaksikan video seks 22 minit  itu, Johari sebaliknya menafikan beliau berkata lelaki bersama pelacur China itu adalah Anwar serta meminta wang pelincir.
“Saya cabar Papagomo tunjuk semua rakaman, bukan dua minit (klip sekarang 1.59 (minit). Saya nak minta siarkan (Tan Sri) Rahim Thamby Chik offer duit, keselamatan dan mahu bawa jumpa Perdana Menteri,” katanya.
Ahli Majlis Tertinggi PKR itu adakan sidang media di lobi Parlimen pada Rabu bersama beberapa rakan beliau termasuk ahli parlimen Teluk Kemang Dtuk Kamarul Bahrain dan  ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf.
“Jangan sorok apa-apa. Saya percaya kalau rakaman video seks itu 22 minit pasti video saya jumpa Trio T lebih dari itu. Elok siarkan semua. Malah saya tidak pernah mengaku orang itu adalah Anwar,”  ujar Johari.
Beliau mempersoal kenapa klip video 2 minit itu berulang-ulang kata”  'It's Not About Anwar, It's About The Scene'.”
Menurut Johari, ada akhbar pula mengaitkan Scene dengan dosa, sedangkan maksud beliau adalah pengambaran video itu.
“Tak kan saya jumpa Trio Datuk T cakap itu sahaja,” sindirnya.
Johari menjelaskan, beliau bertemu Anwar terlebih dahulu mengenai pertemuan tersebut sebaik dijemput bapa saudaranya Datuk Shuib Lazim, seorang daripada trio itu selain Rahim dan Datuk Eskay Abdullah.
“Saya pergi tanpa tahu tujuan itu, masa duduk pun tak tahu apa sebabnya,” katanya.
Johari menjelaskan memang beliau ketawa dan nampak gembira dalam pertemuan itu kerana amat mengenali Rahim dan Shuib.
“Saya kenal Rahim sejak UMNO lagi. Hubungan tak terputus tambahan pula Shuib (bapa saudara) ada di situ,” katanya.
Beliau berkata, selepas menonton video seks itu, beliau menafikan lelaki itui adalah anwar.
“Saya adakan sidang media pada 23 Mac di ibu pejabat PKR dan di parlimen menjelaskan perkara itu,” katanya.
Sementara itu Yusmadi mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan terhadap Papagomo kerana mendakwa penulis blog itu terbabit jenayah terancang dengan Trio T.
Beliau mendakwa mengenali Papagomo dan mendapat maklumat dalaman UMNO mengaitkan penulis blog itu dengan parti tersebut.
“Trio Datuk T boleh didakwa, Papagomo pun patut didakwa juga. Polis perlu siasat dan ambil tindakan terhadap beliau kerana kesalahan sama menyiarkan rakaman video seks itu,” katanya.
Yusmadi menambah,” Saya tak mahu kalau kami sendiri di pihak Keadilan (PKR) cakap, kalau jumpa Papagomo, kita pukul Papagomo. Kita tak mahu macam tu. Kita yakin system undang-undang.  Kita mahu polis tangkap Papagomo hari ini. Papagomo ada kat Malaysia,”.
Katanya, ini bukan kali pertama Papagomo berbuat demikian lagipun penulis blog itu bukan jenis hit and run.
SUMBER:AGENDADAILY>

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive