Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dengan segala hormatnya menjemput semua pejuang bangsa bersama menyertai Himpunan PATRIOT pada 9hb Julai ini di Dataran Merdeka.
Kita akan menyerahkan memorandum Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi menyokong Penambahbaikkan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Kepada Patriot bangsa yang cintakan agama, bangsa dan tanah air, ayuh....bangkitlah. Mari kita luahkan sokongan kita yang tidak berbelah bagi kepada Sistem Demokrasi Malaysia. Jangan kita izinkan Petualang Negara merampas tampuk pemerintahan negara melalui demonstrasi jalanan selepas usaha mereka menawan Malaysia pada 8 Mac 2008 dan 16 September gagal.
Ayuh, kita turun beramai-ramai dengan memakai baju warna merah!
Walaupun ada kajian yang dijalankan oleh sebuah akhbar baru-baru ini mengatakan bahawa hampir 1 juta rakyat Malaysia menyatakan sokongan kepada kumpulan BerSHIT 2.0 ianya tidak boleh dilihat mewakili suara majoriti rakyat Malaysia yang berjumlah lebih kurang 27 juta orang.
Masih ramai lagi 'suara senyap' di luar sana yang tidak mempunyai kaitan dengan politik kepartian menolak perhimpunan ini kerana ianya dilihat akan menyusahkan dan menimbulkan kesulitan dan kerugian kepada mereka.
Ini berdasarkan pengalaman BerSHIT 1.0 di mana ramai para peniaga kecil serta tauke yang memiliki gedung-gedung yang besar sekitar jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India mengalami kerugian dalam jumlah yang besar gara-gara tindakan kumpulan ini. Ada juga yang mengalami kerosakan harta benda perniagaan mereka.
Jalanraya sepatutnya menjadi medan akhir jika pihak yang berkenaan iaitu SPR dilihat tidak membuka ruang untuk kumpulan ini bersuara. Tapi dalam kes ini SPR menyatakan kesudian dan kesediaan untuk bertemu dengan kumpulan BerSHIT 2.0.
Persoalan mudah yang perlu dijawab oleh Ambiga dan puak BerSHIT 2.0 kenapa jalanraya juga menjadi pilihan?
Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka hendak mengheret 'rakyat' untuk menjayakan agenda politik kepartian mereka.
Dalam bahasa ringkasnya "aku serang SPR, 'rakyat' akan salahkan kerajaan dan kerajaan sudah tentulah BN". "Aku lawan arahan Polis sikit, Polis tangkap sudah tentulah 'rakyat' melihat ianya salah kerajaan, dan kerajaan Malaysia sudah tentulah BN".
RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat
-
RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat Sebaik sahaja
lapuran Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Pulau Batu Puteh dinyah
kalsifikasi untuk...
No comments:
Post a Comment