Tuesday, June 28

Mengapa Patriot Lepas Geram Di Pejabat PKR?



Gara-gara ucapan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang ancam mahu mengulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat ‘menerusi jalanan’ jika tuntutan Bersih tidak dipenuhi telah mencetuskan gelombang reaksi.
Isnin malam kira-kira 700 Pemuda UMNO berkumpul depan ibu pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana,Petaling Jaya untuk meluahkan rasa geram dan marah.Ia dilihat sebagai pengakuan terbuka motif sebenar PKR dan pakatan pembangkang disebalik rancangan perhimpunan Bersih.

Kumpulan tersebut datang dengan 500 buah motorsikal dan 70 kereta itu sebagai tanda bantahan terhadap ucapan Shamsul dan sekaligus memberi peringatan kepada PKR agar tidak meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Mereka diketuai oleh Exco Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam.Beliau disertai  bersama beberapa lagi pemimpin UMNO negeri dan bahagian Wilayah Persekutuan dan Selangor. 

Menurut Lokman, hakikat sebenar demonstrasi (Bersih) 9 Julai ialah untuk merampas kerajaan dengan cara demonstrasi jalanan setelah gagal melalui proses demokrasi (pilihan raya umum ke 12) 2008 dan gagal beli ahli parlimen pada 16 September.

Lokman yang terkenal dengan aksi demonstrasi sewaktu memimpin pemuda PKR dulu dalam satu mesej di laman sosial twitter berkata, kalau untuk perjuangkan Anwar dulu beliau dilokap lapan kali dan ditahan ISA dua kali.

“Kali ini untuk pertahankan kedaulatan negara yang nak kamu guling ini.... NYAWA SAYA sanggup saya serahkan,” katanya.

Lokman juga menafikan bahawa Pemuda UMNO yang berkumpul di depan pejabat PKR mahu membakar bangunan tersebut.

Shamsul dalam ucapannya di satu majlis yang dapat dilihat di youtube berkata rakyat mempunyai dua cara untuk menjatuhkan kerajaan, samada melalui pilihan raya atau jalan raya.
Ramai yang terkejut dan marah mendengar ucapan itu yang turut disiarkan oleh Buletin Utama TV3 malam Isnin.
 
Mengulas mengenai perkara itu, Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda Barisan nasional (BN) Armand Azha Abu Hanifah berkata ucapan Shamsul tersebut mempunyai unsur subversif dan boleh memudaratkan keselamatan negara.
 
“Pemuda UMNO akan pertahankan kerajaan yang dipilih oleh rakyat ini dengan apa saja cara,” ujar bekas ketua Wira Perkasa itu. 

“Bila pulak kami ugut nak bakar pejabat PKR, pejabat itu bukan pejabat PKR… pemilik bangunan itu sendiri mahu bangunan itu dilelong,”katanya.
Beliau turut mengesahkan seramai 15 orang telah ditahan polis berikutan konvoi motorsikal tersebut.
 
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Selangor Engku Salleh Engku Abd Jamal ketika dihubungi Agendadaily berkata tindakan tersebut adalah reaksi dari Pemuda UMNO terhadap tindakan Bersih yang mahu mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.
 
“Kita nak bagitahu PKR bahawa jika perhimpunan tersebut tidak dibatalkan, Pemuda UMNO Selangor tidak akan bertanggungjawab lagi terhadap apa-apa kejadian buruk yang berlaku.
 
“Kita tidak boleh kawal ahli kita yang marah dengan tindakan mereka yang cuba menganggu ketenteraman awam di negara ini,” kata.
 
Tambahnya lagi, jika Bersih masih berdegil untuk meneruskan perhimpunan tersebut, maka mereka perlu berdepan dengan Pemuda UMNO dahulu sebelum berdepan dengan pihak berkuasa.
 
“Saya jamin, jika diteruskan, Bersih akan berdepan dengan Pemuda UMNO sebelum berdepan dengan polis,”katanya.

1 comment:

Wake UP! said...

Salam. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Kalau tak berani mati jangan jadi pejuang.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive