Friday, June 17

MALIK ITIK@GUAN ENG BAGAI CACING KEPANASAN.


Alhamdulilah semua telah selesai dan muktamad pasti selepas ini Malik itik serta ketua Menteri paling malang dalam sejarah Pulau Mutiara mengelupur selepas apa yang dirancang tidak menjadi.Yang menjadi persoalan sekarang berapakah peruntukkan bagi menjalankan pilihanraya masjid ini??????????Kemanakah wang tersebut pergi dan yang lebih memalukan lagi Malik itik dok kata pilihanraya  ini mengikut undang-undang yang telah digubal oleh mereka.mana nak letak muka lepas ni.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Ketua Agama Islam Negeri Pulau Pinang, hari ini menitahkan agar pemilihan jawatan kuasa kariah masjid sesi 2012-2013 dibatalkan.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakria telah mengesahkan perkara ini.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ketika dihubungi UMNO-Online, melahirkan rasa syukur meratap sembah menjunjung kasih di atas titah yang di-Pertuan Agong tersebut.
Titah Tuanku itu katanya, tepat pada masanya dan sangat wajar demi memelihara perpaduan dan kemuafakatan umat Islam di Pulau Pinang.
“Umat Islam di Pulau Pinang melahirkan rasa syukur kerana titah Tuanku itu sekaligus menamatkan situasi panas yang berlaku sejak beberapa minggu ini. Titah tersebut melambangkan keprihatinan dan sikap ambil berat Tuanku terhadap kesejahteraan umat Islam.
“Saya juga melihat titah ini adalah sebagai satu isyarat kepada MAIIP agar hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan haruslah dirujuk terlebih dahulu kepada Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya.
Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pulau Pinang berkata, titah Tuanku ini sekaligus menghancurkan hasrat DAP yang mahu melihat umat Islam berpecah belah.
“Serangan halus DAP ini ternyata gagal. DAP harus mengambil ini sebagai satu pengajaran agar jangan cuba untuk membuat keputusan sendiri berkenaan institusi keagamaan di negara ini.
“DAP harus sedar bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini dan bukan sewenang-wenangnya untuk DAP mengganggu gugat kemakmuran umat Islam,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP telah mengarahkan agar jawatan kuasa kariah masjid dijalankan melalui pilihan raya masjid.
Perkara ini telah mencetuskan rasa tidak puas hati umat Islam Negara ini berikutan ianya dilihat bakal memecah belahkan umat Islam terutamanya di negeri tersebut.
Senarai calon yang telah dikeluarkan secara berperingkat juga dilihat sebagai berat sebelah apabila kariah yang mempunyai kaitan dengan UMNO disingkirkan tanpa sebarang alasan kukuh.-MediaUMNO

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive