Alasan yang kurang menarik untuk didengar,MKP ketawa sendirian bila dengaq ayat nie digunakan untuk menangkis serangan dari Parti Komponen BN yang menegur Perkasa didalam Isu Sampul Putih.Mungkin ada alasan yang lebih bagus untuk digunakan pakai selepas ini.Lim Guan Eng membidas tindakan Perkasa yang di ketuai Datuk Ibrahim Ali yang dianggap menghina masyarakat cina di negara ini dengan menggunakan sampul putih di majlis pemberian angpau baru-baru ini.MCA terlibat kerana seorang AJK MCA bahagian Seputih, Datuk Tew Choo Meng adalah orang yang bertanggungjawab membawa perkasa di majlis tersebut.Yang menjadi persoalan sekarang ialah Gerakan Senada dan seirama dengan DAP.Apa cita nie tolong jawab Gerakan??????
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pelik kerana penerima angpau di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran NGO itu tidak komplen apa-apa tetapi orang lain yang ‘bising-bising ’ pasal penggunaan sampul surat putih sebagai angpau.
Beliau percaya, jika penerima angpau atau pemimpin masyarakat Cina yang turut hadir di majlis Ahad lalu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru menegur penggunaan sampul putih, perkara itu tidak jadi isu.
Malah, beberapa wartawan akhbar Cina juga tidak menegur kesilapan penggunaan sampul surat putih yang pada masyarakat Cina hanya untuk majlis pengkebumian.
Bercakap kepada Agendadaily, Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas berkata, keputusan awal hanya menjemput meraikan sambutan Tahun Baru Cina bukannya memberikan angpau.
Bagaimanapun, pada perbincangan, ada cadangan memberikan angpau kepada jemputan khususnya warga emas dari yang datang menaiki empat buah bas.
“Hari Ahad, kedai tutup...mana nak cari sampul angpau merah. Kita guna yang putih. Kita pun tidak tahu ia bawa makna lain. Peliknya, tak ada yang tegur di majlis itu,” ujar Ibrahim.
Perkara lain memeranjatkan NGO itu, apabila jumlah kehadiran melebihi 300 orang yang disasarkan.
“Kita lihat masyarakat Cina menerima Perkasa. Mereka yang berfikiran terbuka patut faham perjuangan Perkasa bukan berasas perkauman tetapi perpaduan,” katanya.
Perkara itu mula jadi isu, Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong meminta PERKASA memohon maaf kepada masyarakat Cina berhubung kejadian itu manakala Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen menyifatkan tindakan Perkasa itu sebagai tidak menghormati adat budaya
kaum Cina.
Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar telah menjelaskan bahawa angpau berwarna merah memang digunakan pada majlis itu tetapi disebabkan ia telah kehabisan, sampul putih terpaksa digunakan.
Sementara itu, pemberian angpau berwarna putih pada majlis anjuran Perkasa itu, yang dianggap menghina kaum Cina kerana ia biasanya diberikan semasa kematian, tidak ada kaitan dengan kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bernama melaporkan Perdana Menteri berkata, pemimpin Perkasa, sebuah badan bukan kerajaan, adalah Datuk Ibrahim Ali yang merupakan Ahli Parlimen Bebas, dan oleh itu, pemberian paket berwarna putih pada majlis itu tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang dipersetujui oleh kerajaan.
Menulis dalam Facebook berbahasa Cina beliau, “Ah Jib Gor”, Najib berkata: “Saya berpendapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan.
"Kita semua tahu perkataan angpau ertinya envelop merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial.”AGENDA DAILY.
No comments:
Post a Comment