Showing posts with label ibrahim ali.. Show all posts
Showing posts with label ibrahim ali.. Show all posts

Wednesday, February 1

Hari Ahad, kedai tutup???


Alasan yang kurang menarik untuk didengar,MKP ketawa sendirian bila dengaq ayat nie digunakan untuk menangkis serangan dari Parti Komponen BN yang menegur Perkasa didalam Isu Sampul Putih.Mungkin ada alasan yang lebih bagus untuk digunakan pakai selepas ini.Lim Guan Eng membidas tindakan Perkasa yang di ketuai Datuk Ibrahim Ali yang dianggap menghina masyarakat cina di negara ini dengan menggunakan sampul putih di majlis pemberian angpau baru-baru ini.MCA terlibat kerana seorang AJK MCA bahagian Seputih, Datuk Tew Choo Meng adalah orang yang bertanggungjawab membawa perkasa di majlis tersebut.Yang menjadi persoalan sekarang ialah Gerakan Senada dan seirama dengan DAP.Apa cita nie tolong jawab Gerakan?????? 

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pelik kerana penerima angpau di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran NGO itu tidak komplen apa-apa tetapi orang lain yang ‘bising-bising ’ pasal penggunaan sampul surat putih sebagai angpau. 
Beliau percaya, jika penerima angpau atau pemimpin masyarakat Cina yang turut hadir di majlis Ahad lalu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru menegur penggunaan sampul putih, perkara itu tidak jadi isu. 
Malah, beberapa wartawan akhbar Cina juga tidak menegur kesilapan penggunaan sampul surat putih yang pada masyarakat Cina hanya untuk majlis pengkebumian. 
Bercakap kepada Agendadaily, Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas berkata, keputusan awal hanya menjemput meraikan sambutan Tahun Baru Cina bukannya memberikan angpau. 
Bagaimanapun, pada perbincangan, ada cadangan memberikan angpau kepada jemputan khususnya warga emas dari yang datang menaiki empat buah bas.
“Hari Ahad, kedai  tutup...mana nak cari sampul angpau merah. Kita guna yang putih. Kita pun tidak tahu ia bawa makna lain. Peliknya, tak ada yang tegur di majlis itu,” ujar Ibrahim.
 
Perkara lain memeranjatkan NGO itu, apabila jumlah kehadiran melebihi 300 orang yang disasarkan. 
“Kita lihat masyarakat Cina menerima Perkasa. Mereka yang berfikiran terbuka patut faham perjuangan Perkasa bukan berasas perkauman tetapi perpaduan,” katanya. 
Perkara itu mula jadi isu, Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong meminta PERKASA  memohon maaf kepada masyarakat Cina berhubung kejadian itu manakala Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen menyifatkan tindakan Perkasa itu sebagai tidak menghormati adat budaya
kaum Cina.
 
Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar telah menjelaskan bahawa angpau berwarna merah memang digunakan pada majlis itu tetapi disebabkan ia telah kehabisan, sampul  putih terpaksa digunakan. 
Sementara itu, pemberian angpau berwarna putih pada majlis anjuran Perkasa itu, yang dianggap menghina kaum Cina kerana ia biasanya diberikan semasa kematian, tidak ada kaitan dengan kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Bernama melaporkan Perdana Menteri berkata, pemimpin Perkasa, sebuah badan bukan kerajaan, adalah Datuk Ibrahim Ali yang merupakan Ahli Parlimen Bebas, dan oleh itu, pemberian paket berwarna putih pada majlis itu tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang dipersetujui oleh kerajaan.
Menulis dalam Facebook berbahasa Cina beliau, “Ah Jib Gor”, Najib berkata: “Saya berpendapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan. 
"Kita semua tahu perkataan angpau ertinya envelop merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial.”AGENDA DAILY.

Monday, January 23

Ibrahim Ali Sanggup Masuk Jel.



Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak kisah jika Kerajaan Negeri Selangor mahu menyaman beliau berhubung kenyataannya mengecam Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu portfolio, minggu lalu.

"Saya tak boleh buat apa-apa. Biar mahkamah putus, apa yang saya kata mungkin berlaku itu dan ini, salah atau tidak.

"Kalau salah saya masuk jel, tak ada hal. Sudah dua kali masuk tahanan. Kalau kena denda, kalau mampu saya bayar. Kalau tidak, saya muflis. Semua tak ada hal pada saya," kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini menjawab kenyataan Faekah Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, petang ini.

Ibrahim dengan nada sindir menjawab, "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Ha ha, apa pun Tok Him tetap jaguh rakyat."

Dalam satu kenyataan awal pagi tadi, Kerajaan negeri Selangor bercadang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ibrahim yang mengkritik keras keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio agama negeri itu, minggu lalu.

Faekah berkata, bercakap tanpa iman dan penuh dendam dan nafsu serakah merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor dan oleh itu, Ibrahim seharusnya dihalang dari menjejakkan kakinya di Selangor.

"YAB Datuk Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana.

"Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali kerana keceluparan melampau beliau semata-mata mendapatkan publisiti murahan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid mengambil alih portfolio hal ehwal agama Islam dalam rombakan kecil Exco Kerajaan Negeri Selangor, yang dibuat dengan pelantikan Dr Ahmad Yunus Hairi bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat Pas awal bulan ini.

Dalam kenyataannya, Faekah menambah, tindakan Ibrahim yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu pelantikan Exco baru.

Ibrahim pula menambah, komen beliau mengenai pertukaran jawatan portfolio adalah kenyataan biasa apabila ditanya oleh pihak media.

"Sama juga lain-lain pihak yang buat ulasan politik. Tidak ada kena-mengena dengan kedudukan DYMM Tuanku Selangor.

"Bukankah Perkasa yang konsisten membela institusi diraja," katanya sambil menambah, "bila kita beri pandangan, jika Khalid (sebagai) MB pegang hal ehwal Islam, mungkin itu dan ini akan berlaku.

"Hal-hal yang berkaitan dengan Islam. Itu cabaran padanya," katanya.

Wakil rakyat itu menambah, hal beliau dengan Pas ketika pilihan raya umum 2008 adalah atas kerjasama.

"Saya tidak pernah jadi ahli Pas. Kerjasama menang-menang pada waktu itu. Kalau tidak tahu tak payah cakap. Sebenarnya yang mengata saya inilah yang lebih celupar," katanya.

Katanya, jika dikatakan tidak mengenang budi kepada Pas, bagaimana pula Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada satu masa lalu menjadi pemimpin Umno, tetapi sekongkol pula dengan DAP dan Pas selepas dipecat pada 2008.

"Dalam politik tidak ada yang kekal... ia ikut perkembangan semasa. Apa pun, apa kurang perangai pemimpin PKR," katanya lagi sambil mempersoalkan apa hak pihak berkenaan untuk menghalangnya memasuki Selangor. sinarharian.

Monday, March 7

IBRAHIM ALI B'SYUKUR AURA MELAYU KEMBALI B'SAMA UMNO!!


Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali telah mengupas mengenai keadaan Politik semasa yang memberi kemenangan berganda BNdalam pilihan raya2 kecil termasuklah yang terbaru di DUN Merlimau and Kerdau semalam. Beliau mengulas, ianya bukan sahaja BN kini dalam kedudukan yang lebih kuat, tetapi ia juga mampu menyerang balas dan merampas semula kerusi yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat sewaktu tsunami politik Mac 2008.

Mendung telah berlalu, begitulah katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, dengan merujuk kepada rangkaian kemenangan BN dalam pilihan raya kecil sehingga kini. Beliau percaya, satu sebabnya ialah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah kehilangan penampilannya di kalangan pengundi.

"Ia bukan lagi persoalan sama ada Anwar akan (menawan) Putrajaya atau tidak. Persoalannya ialah sama ada BN akan memperolehi semula majoriti dua pertiganya dan kerusi-kerusi yang dimenangi Pakatan, malahan mungkin merampas semula negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang" katanya. Ibrahim berkata keadaan semakin bagus bagi BN, terutama jika ia boleh mengelak isu-isu yang boleh membakar hati rakyat seperti saman ekor dan kenaikan harga barangan keperluan “walaupun ia satu fenomena global”.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive