Wednesday, June 27

NURUL IZZAH DIPANGGIL BODOH DALAM PARLIMEN?


Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung hingga jam 10 malam ini kecoh apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dipanggil dengan perkataan “bodoh” oleh beberapa ahli parlimen lain.

Pertikaman lidah tercetus apabila soalan lisan berkenaan dakwaan penjualan dokumen sulit pertahanan negara akhirnya bertukar dengan tuduhan Nurul Izzah terhadap kerajaan mengamalkan kronisme.

Nurul Izzah berkata demikian ketika diberi laluan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad untuk membahaskan persoalan yang mahu dibangkitkannya.

Kekecohan itu berlaku hampir lima minit apabila ahli parlimen pembangkang turut bersuara mempertahankan Nurul Izzah dan turut dibalas oleh beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dengan sindiran sinis.

“Inilah pembangkang, pada peringkat awal cakap mengenai isu tetapi pada akhir soalan pasti terselit dan mengkaitkan kronisme dengan kerajaan,” kata Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan yang menyangkal dakwaan Izzah.

Sesi perbahasan yang sepatutnya membincangkan isu dakwaan rasuah Scorpene bagaimanapun dilihat tidak begitu mencapai kata putus apabila banyak persoalan yang dibangkitkan dijawab dalam keadaan emosi.

Pembangkang dilihat seolah-olah tidak memberi ruang kepada Abdul Latiff untuk memerincikan persoalan berkait isu tersebut.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir ke dalam Dewan Rakyat kerana difahamkan beliau mempunyai urusan rasmi di luar.

Seketika ini, perbahasan masih diteruskan dengan beberapa ahli parlimen lain membahaskan isu keselamatan negara seperti keselamatan wanita dan juga kebanjiran warga asing ke negara ini.

2 comments:

Anonymous said...

betina gampang ni mmg bodo pon...

Anonymous said...

SENANG CITE LA... KALAU DAH ACUAN TAK BETUL, KUIHNYA MCM TU JUGAK LAAA....

HAPUSKAN PEMBANGKANG DLM PRU 13 NANTI

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive