RAPID

Saturday, June 9

Sakit Tak Terhingga Apabila Kena Ditikam Belakang


Majlis Peguam membantah peruntukan undang-undang di Kedah yang menghindar sebarang fatwa daripada dicabar, dirayu, disemak, dinafikan atau dipersoalkan. Pindaan yang dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 bulan lepas akan mengetepikan bidang kuasa mahkamah, kata badan itu.

Menurut presidennya Lim Chee Wee semalam, kekebalan yang diberikan – malah kepada apa-apa fatwa yang belum diwartakan pun yang diputuskan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa – adalah bertentangan dengan doktrin pemisahan kuasa.

Pindaan ke atas enakmen tersebut sudah diluluskan oleh DUN Kedah. Namun Lim menegaskan bahawa sesebuah dewan undangan negeri tidak berhak untuk menggubal undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan akhbar Wanita MCA

Senator Chew Lee Giok, iaitu setiausaha agung Wanita MCA, berkata kegagalan DAP untuk memberi apa-apa komen atas pindaan enakmen Kedah itu menonjolkan sikap mengelak serta keengganan parti untuk menangani isu.

Chew berkata ketidakberanian DAP bersuara menunjukkan parti tersebut tidak mendokong keluhuran Perlembagaan serta membayangkan DAP tidak terdaya untuk mempertikaikan tindakan-tindakan keras yang diambil oleh kerajaan negeri PAS.

Tambah beliau lagi, Adun DAP Kedah telah mengabaikan tanggungjawab untuk mempertahankan hak-hak golongan bukan-Muslim.

Kenyataan akhbar dikeluarkan kelmarin oleh senator MCA itu.

(Sumber: Laman MCA)

Seperti biasa Star mensabotaj

Sila rujuk (di kaki halaman) screenshot Star Online dirakam baru sebentar tadi pada pukul 3:05 petang. The Star tidak menyiarkan pandangan Senator Chew sama ada pada hari ini ataupun semalam.

Soalnya kenapa tidak?

Laman MCA tidak mempunyai ramai pembaca.

Dalam pada itu, pandangan Chew, yang juga setiausaha-agung Wanita MCA, seharusnya diterbitkan di dalam akhbar milik MCA kerana ianya merupakan isu mustahak bukan sahaja kepada parti dan masyarakat Cina tetapi kesannya tidak terhingga ke atas hala tuju negara.

Ini bukannya kali pertama suratkhabar itu menenggelamkan isu kontroversi atau sensitif yang akan memberi impak negatif kepada DAP.

Sebelum ini juga, para pemimpin MCA telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan isu hudud tetapi pendirian parti tersebut diremehkan oleh Star.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Tee Siew Kiong (setiausaha penyelenggara kebangsaan MCA) telah disunat oleh Star dari 366 patah perkataan menjadi 112 pp sahaja,
Yang Senator Chiew Lian Keng (pengerusi Pemuda MCA Wilayah Persekutuan) punya kenyataan dikembiri panjangnya sebanyak tiga suku — dari 409 pp menjadi 109 pp, dan
Yang Loh Seng Kok (ahli majlis tertinggi merangkap timbalan pengerusi biro publisiti) punya telah dipotong hampir ke pangkal, dari 484 pp tinggal 84 pp.
Baca ‘The ‘size of balls’ no joke with MCA’

Apa sebenarnya muslihat Star?

Jawapan kepada soalan amat mudah sekali. The Star sengaja kuburkan berita demi menjaga DAP yang pasti tercabar dengan perkembangan di Kedah ini.

Sebagai perbandingan, kempen mempromo peribadi (personality cult) DAP, seperti Lim Guan Eng meraikan Hari Ibu dengan memberi bunga-bungaan kepada warga emas, mendapat liputan satu mukasurat penuh online di Star.

Gunting dalam lipatan

Pada hakikatnya kebanyakan kerusi MCA dimenangi atas ehsan undi Melayu dan senator-senator MCA pula dilantik atas ehsan presiden Umno.

Dalam hal hudud dan fatwa, tangan Umno terikat gara-gara terpaksa menjaga hati pemilih luar bandar. Takkan The Star, akhbar milik MCA, mahu supaya Umno bertegang urat dengan PAS berkaitan isu-isu agama Islam dan seterusnya menghadapi risiko hilang undi Melayu?

Ataupun itulah yang sebenarnya dikehendaki Star dalam diam-diam? Yakni jikalau ada orang Umno yang kurang menyenangi pemerintahan sistem pemerintahan berasaskan hukum agama (theocracy), maka Umno terpaksa pandai-pandai menyangah PAS dengan sendiri (fight its own battle)?

Hubungan Ali Baba yang terjalin di antara Umno dan MCA bermakna kerja mengekang PAS dalam hal ekstrimisme agama perlu di’sub kontrak’ kepada parti BN yang bukan-Islam agar kedudukan Umno di kalangan masyarakat Melayu tidak akan tergugat, terutamanya dalam saat genting menjelang PRU.

Adakah MCA sedia memenuhi tuntutan ini (keeping its side of the bargain) untuk menzahirkan apa yang tidak mampu diluahkan secara terbuka oleh Umno?

Nampaknya MCA lepas tangan sahaja.
‘Track record’ Star yang pro-DAP sakan

Melihat kepada ruang lapang yang dibekalkan suratkhabar ini bagi pembangkang (berbanding dengan ruang sempit yang diperolehi BN), kecenderongan Star terang lagi bersuluh.

Jadual di bawah memaparkan senarai lengkap 56 orang Adun Selangor. Carian dibuat melalui Google dan khusus di laman Star Online.

Data daripada hasil carian membuktikan Adun-Adun Umno ketara di-blackout olehThe Star yang tak ubah macam Selangor Times.

Dalam tempoh setahun yang lepas, tiada satu rencana pun pernah disiarkan oleh akhbar itu tentang 5 orang Adun Umno berikut: Worno Dogol, Mohd Idris Abu Bakar, Amiruddin Sutero, Karim Mansor dan Marsum Paing.

Adun Umno yang diberikan liputan hanya satu rencana adalah 3 orang — Raja Ideris Raja Ahmad, Mohd Samsudin Lias dan Hasiman Sidom.

Adun Umno yang diberikan liputan kurang lima rencana adalah 5 orang — Mohamad Khir Toyo (3 rencana), Sulaiman Abdul Razak (2), Ismail Sani (4), Johan Abdul Aziz (3) dan Muhammad Bushro Mat Johor (3).
Umno mempunyai 18 orang Adun yang menang kerusi dalam PRU12.

Adun Umno (13 orang) diberikan liputan kurang daripada lima rencana oleh The Star dalam tahun lepas ini. Bermakna 72 peratus Adun-Adun Umno tidak diberi ruang yang mencukupi.

Seterusnya, yang mendapat sedikit perhatian pun hanya suku daripada Adun-adun Umno Selangor.

Dijumlahkan, 13 orang Adun Umno yang disebut nama mereka di atas diberi liputan semua sekali hanya 18 rencana (0+0+0+0+0+0+1+1+1+3+2+4+3+3).

Dalam tempoh yang sama, The Star telah menyiarkan 84 rencana!! tentang Hannah Yeoh.

Liputan 84 rencana yang diberikan akhbar itu kepada Hannah melebihi tumpuan kepada ahli-ahli exco kerajaan negeri — Halimah Ali (9), Yaakob Sapari (14), Ahmad Yunus Hairi (15), Rodziah Ismail (20), Xavier Jeyakumar (21), Iskandar Abdul Samad (34 rencana), Ean Yong Hian Wah (51) dan Elizabeth Wong (72).

Pola liputan Star menunjukkan akhbar itu sangat berat sebelah kepada DAP – Teresa Kok (113), Ronnie Liu (116) – dan melebih-lebih kepada Kristian Anglophile.

Liputan tentang ketua pembangkang Selangor, iaitu Adun Umno Mohd Satim Diman, hanya 13 rencana.

The Star telah membuat liputan 1,300 rencana di Subang Jaya, iaitu kawasan DUN Hannah Yeoh.

Kawasan-kawasan Umno tidak diendahkan (lihat jadual atas). Tumpuan Starlangsung tidak membantu kempen pilihanraya BN dan jelas ia bukan media yang adil dan seimbang sepertimana dituntut Ambiga dan perhimpunan Bersih.


Liputan 1,300 rencana Subang Jaya oleh Star adalah yang paling banyak sekali dan mengalahkan kawasan-kawasan popular Selangor yang lain seperti Kota Damansara (422 rencana), Bangi (359), Batu Caves (269) dan Damansara Utama (197).

(Nota: Carian Google tidak dibuat ke atas DUN Sabak dan Permatang kerana kedua-dua perkataan ini terlalu umum. Carian juga tidak dibuat ke atas DUN Jeram, Chempaka dan Teratai kerana ketiga-tiga ini berbentuk kata nama yang lazim. DUN Rawang dan Kajang turut terkecuali kerana rujukan terlampau luas.)

Dalam bulan yang lepas ini, The Star telah menyiarkan beberapa rencana (sehingga ada kalanya dua rencana sehari) tentang Hannah Yeoh.

Meskipun begitu, pemberita Star apabila menemuramah Adun DAP itu tidak pernah bertanya kepadanya tentang perkembangan siasatan polis berkaitan kes Hannah didakwa telah memfitnah MCA serta memfitnah seorang timbalan menteri MCA berulang kali melalui Twitter, blog dan kenyataan akhbarnya.

Adakah suratkhabar milik MCA ini membawa agenda secara sedar untuk menolong menutup aib DAP?

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive