Friday, June 15

UNISEL : KHALID GAGAP GAGAL KEMUKAKAN BUKTI?


Kerajaan negeri Selangor hari ini gagal menjelaskan butiran mengenai proses pengapungan hartanah Universiti Industri Selangor yang bernilai RM30 juta seperti yang diumumkan Menteri Besarnya bagi membiayai mahasiswanya yang gagal mendapatkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali berkata butiran lanjut mengenai proses tersebut akan didedahkan dalam masa terdekat selepas mesyuarat antara kerajaan negeri dengan lembaga Pengarah UNISEL diadakan.

"Secara menyeluruh, apungan itu satu hal...macam mana proses hendak ambil duit itu satu hal, untuk apa pun satu hal," katanya ketika ditemui tadi.

Malah ketika ditanya bilakah perbincangan ini akan diadakan, beliau sebaliknya berkata Khalid ketika ini bersama pegawai kewangan negeri masih lagi membincangkan proses pengapungan hartanah milik UNISEL tersebut.

"Memang ada orang yang telah pun berminat untuk membincangkannya dan ada pegawai kewangan kita bersama Menteri Besar di dalam proses bagi mereaslisasikan perkara tersebut," katanya.

Semalam Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar kerajaan negeri supaya mendedahkan kedudukan kewangan UNISEL dengan segera.

Noh selain itu juga meminta Khalid mendedahkan aset UNISEL yang bernilai RM30 juta yang mahu dicairkan bagi tujuan untuk membantu pelajar atau sebenarnya menanggung kos kerugian UNISEL.

Bagaimanapun Halimah yang turut diminta mengulas bersabit cabaran Noh itu berkata akan menyahut dan memperincikan kedudukan kewangan UNISEL bermula 2008 selepas kerajaan negeri mentadbir Selangor.

"(Datuk Seri) Noh Omar mencabar MB agar dedahkan kerugian UNISEL. Jadi kita akan dedahkan sebelum 2008 bagaimana kewangan UNISEL, apa yang dilakukan, bagaimana BOT itu.

"Jadi kita perlu aturkan semula UNISEL dari segi prasarana, konsudif supaya berfungsi dengan baik," katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive