RAPID

Wednesday, June 20

PENIAGA CINA DIBERI AMARAN?




Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memilih untuk berterus terang kepada masyarakat perniagaan Cina dengan memberi mereka amaran bahawa aset dan kekayaan mereka akan "sejat' jika berlakunya "ketidak-pastian dalam politik dan kestabilan".

Justeru, katanya, untuk meningkatkan keyakinan pelabur dalam bidang perniagaan dan pasaran, mereka perlu "bekerjasama" dengan kerajaan bagi memastikan kestabilan itu berkekalan.

Sambil meletakkan pengajaran dan kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat dan Afrika Utara, Perdana Menteri berkata, Eurozone yang dihadapi lebih berpunca daripada ketidakstabilan dan ketidaktentuan politik negara berkenaan.

"Anda telah bekerja sangat keras untuk mengumpul harta dan kekayaan, namun aset dan kekayaan itu akan berkuarangan dan malah boleh sejat jika kita tidak bekerjasama untuk kepastian dan kestabilan politik di negara ini," katanya dalam ucapan perasmiannya mesyuarat agung tahunan ke-66 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina di sini.

Najib juga menekankan keperluan untuk memupuk keyakinan perniagaan dan pasaran untuk memastikan kestabilan dalam iklim politik Malaysia yang katanya, firma akan terdedah kepada kerugian jika ini tidak dicapai.

“Sebarang bentuk ketidaktentuan atau ketidakstabilan akan mendorong kepada risiko perniagaan yang lebih meluas.

"Dan risiko perniagaan itu boleh menyebabkan kos pinjaman anda untuk naik, kemerosotan dalam pelaburan langsung asing (FDI), dan juga nilai saham di pasaran menjunam," katanya.

Najib juga memuji tindakan yang diambil kerajaan setakat ini dengan berkata telah terbukti apa yang dilakukan membawa "reform sebenar" dan "perubahan sebenar" berlaku di Malaysia hari ini.

“Kita perlu memastikan ekonomi negara berada pada kedudukan paling kukuh bagi mengharungi kegawatan ekonomi global.

"Kita perlu berusaha bermati-matian bagi mengukuhkan daya saing produk dan perkhidmatan Malaysia dan meraih peluang baharu di pasaran bukan tradisi bagi mengekalkan prestasi eksport," katanya.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive