exponegaraku

Friday, June 29

RAFIZI SAMAN PERDANA MENTERI @NAJIBRAZAK


Rafizi Ramli hari ini membuat satu laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Rafizi berkata, laporan tersebut dibuat kerana pihaknya mendakwa Najib terlibat dalam pemberian kontrak pembinaan rel tambahan LRT aliran Ampang yang bernilai RM1.1 bilion kepada George Kent Berhad.

Malah, Rafizi mendakwa pihaknya juga memiliki bukti kukuh diatas pertuduhan terbabit.

Katanya lagi, beliau percaya terdapat campur tangan terus oleh Perdana Menteri yang didakwa melanggar proses dan prosedur perolehan kerajaan.

"Saya juga percaya campur tangan ini mempunyai risiko besar kepada negara dan rakyat dari segi jumlah rasuah yang terlibat, risiko keselamatan apabila pembida yang tiada pengalaman diberikan kontrak membina LRT dan melanggar semua peraturan kerajaan.

"Oleh kerana ini melibatkan Perdana Menteri sendiri, saya memohon supaya satu siasatan di bawah jenayah pecah amanah dan salah guna kuasa dijalankan segera secara bebas dan profesional," Rafizi seperti dipetik dari salinan laporan polisnya.

TADI MKP ADA MEMBACA SATU ARTIKEL BERKENAAN ANAK DERHAKA TERANGGANU INI,PERSOALANNYA IALAH FAFIZI TAKUT BERTANDING DIKAMPUNGNYA SENDIRI?

Sejak akhir2 ni nama Rafizi Ramli saya lihat meletup-letup naik. Malah kontroversi perletakan jawatan beliau dari menjadi penasihat ekonomi Selangor tidak banyak mencalarkan imej beliau. Isu NFC banyak menolong melonjakkan nama beliau dalam politik dan nama beliau begitu mesra dibibir penyokong Pkr dan Pas.


Terbaru dikatakan Rafizi bakal menjadi calon Pkr di Parlimen Pandan bagi PRU13 .... hmmmm kerusi yang disandang oleh Ong Tee Kiat.

Saya malas nak komen apa2 hal Pandan cuma timbul satu pertanyaan remeh, dan disebabkan saya pun takde modal nak cerita maka saya nukilkan keremehan soalan itu -

Kenapa Rafizi tak nak balik kampung bertanding ? Maksud saya Rafizi kan dilahirkan di Besut dan dibesarkan di Kemaman .... Kawasan Abdullah Mat Zin dan kawasan Shabery Cheek ... Menteri Penuh tuh !

Isu lembu NFC memang glamer dikalangan orang2 kampung di Terengganu ... atau Rafizi yang tak glamer dikampungnya sendiri........ atau Rafizi yang takut balik kampung ?

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive