RAPID

Sunday, June 10

DAP KHIANAT MANDAT RAKYAT PADA MANIFESTO PRU12?


Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri mendesak kerajaan DAP menunaikan manifesto pilihan raya yang lalu sebelum berhasrat menabur lebih banyak janji untuk memperolehi mandat seterusnya dari rakyat.

Ini berikutan nasib golongan rakyat miskin di Pulau Pinang seolah-olah dipinggirkan di bawah pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng termasuk pembinaan rumah kos rendah.

Buktinya, tanah seluas 1.1 ekar milik kerajaan negeri di Jalan Zainal Abidin dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang pelan projek perumahan rakyat (PPR) walaupun ianya telah diluluskan Majlis Mesyuarat Negeri (MMK) sejak tahun 2005.

Ketua Pemuda BN Negeri Oh Tong Keong berkata, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepimpinan DAP seharusnya mengutamakan pembinaan PPR itu sebaik memegang tampuk pemerintahan negeri pada 2008.

“Kita cuma nak tahu bila mereka (kerajaan negeri) mahu membina rumah kos rendah buat rakyat miskin sedangkan tanah sudah ada namun tiada sebarang perancangan dilakukan sejak mereka memerintah,” kata Tong Keong.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda BN Negeri Ir. Shaikh Hussein Mydin mahu Guan Eng membuktikan bahawa kerajaan Guan Eng peka terhadap kebajikan rakyat miskin di Pulau Mutiara itu.

Shaikh berkata, sudah ramai rakyat miskin di negeri itu kini berhijrah ke negeri lain berikutan tidak mampu memiliki rumah ekoran harga rumah terlalu mahal.

“Kerajaan negeri menggalakkan pembangunan memang bagus tapi jangan sampai rakyat miskin terpinggir,” katanya.

“Kalau boleh saya mahu dia (Guan Eng) bina rumah PPR yang lebih tinggi serta kurangkan sewa dari RM 100 kepada RM 50,” ujarnya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive