Showing posts with label pemuda bn. Show all posts
Showing posts with label pemuda bn. Show all posts

Wednesday, September 25

JOM BUAT RAMAI...... Job Fair 2013 #Ride4Job @NajibRazak @mohdshafieapdal @khairykj @NazirHussin79


Anak muda zaman sekarang bertuah der.... Tak payah susah-susah cari kerja cuma datang pada BN Job Fair aje boleh dapat kerja dengan mudah.

Bukan sikit tapi peluang sebanyak 30ribu pekerjaan disediakan. Ini adalah usaha yang telah dibuat oleh PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Apa lagi anak muda mahu. Ini adalah salah satu cara untuk merapatkan jurang diantara PEMUDA dengan anak muda.


Ini semua hasil dari usaha yang telah dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, saudara Nazir Hussin.

Kredibiliti dan kebolehan beliau mengendalikan program di peringkat nasional amat dikagumi dan disegani ramai. Kebolehan beliau mendapat pujian daripada YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak dan telah membuahkan hasil secara sedikit sebanyak telah membantu ribuan anak-anak Malaysia mendapatkan pekerjaan melalui BN Youth Job Fair yang diadakan saban tahun.

Berikanlah peluang & ruang buat seseorang yang mempunyai kebolehan dan bakat untuk menjadi pemimpin.
BN Job Fair 2013

Tarikh 27 September - 29 September 20013
Jam 10 pagi hingga 6 petang
Dewan Tun Razak 1 (Seberang sungai)

yang menawarkan 30,000 peluang pekerjaan dari 300 Majikan 
turut disediakan 130 Perniagaan Online

Perasmian pada 
28 sept (Sabtu) 
jam 11 pagi
oleh Datuk Seri Shafie Apdal
Naib Presiden UMNO

Wednesday, May 15

CINA DAP LEBIH BIJAK DARI PEMUDA UMNO......... #BlackOut505 @Khairykj


MKP ucapkan tahniah pada Khairy Jamaluddin yang telah dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan. Namun begitu jangan pulak teruja sebalik pelantikan itu. Harus diingat ini adalah amanah dari DS Najib. Amanah dan tanggungjawab ini harus digalas memulihkan kembali sokongan anak muda pada Barisan Nasional hingga ke akar umbi. Jangan pulak lepas nie buat Program Syok Sendiri pulak.

Himpunan membantah PRU-13 yang diberi nama ‘Himpunan 505’ terus berjalan walaupun calon-calon yang menang telah pun mula masuk ke pejabat untuk bekerja.   Himpunan yang disertai oleh majoriti Cina ini turut mengadakan ‘Silent Walk’ atau berjalan senyap dengan berbaju hitam konon berkabung atas kematian demokrasi di Malaysia.  

Jelas sekali anak-anak muda Cina ini bukanlah dari golongan yang bijak.  Mereka tidak tahu apa itu demokrasi, mereka tidak tahu apa itu ideologi, mereka tidak tahu sistem pilihanraya, undang-undang, perlembagaan dan apa-apa jua.   

Kejahilan mereka ini membuatkan kita tertanya-tanya mengenai apakah yang diajar sekolah-sekolah vernakular Cina selain sikap perkauman?   

Jika inilah produk sekolah vernakular, apakah layak kaum Cina mempersoalkan kualiti sekolah kebangsaan?  

Kaum Cina sentiasa menganggap mereka lebih bijak dari Melayu tetapi sebenarnya anggapan itu salah.  Melayu cukup bijak malah jauh lebih bijak dari kaum Cina sekiranya mereka memilih untuk menjadi bijak.  

Ramai dari golongan tua Cina sebenarnya cukup maklum akan hal ini kerana itu mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan peluang untuk kaum Melayu maju, dihadkan.   Mereka bimbang sekiranya kaum mereka pula yang ketinggalan di belakang.  Perlu diingatkan bahawa kaum Cina tidak mempunyai pemikiran seperti Melayu yang santai, enggan bersusah payah dan bahagia asalkan selesa.  Sifat semulajadi kaum Cina itu ialah suka bersaing dan amat takut kalah.  

Pengasingan anak-anak Cina dari kaum lain di peringkat sekolah membuatkan daya pemikiran mereka dengan sendirinya menjadi sehala serta terhad sehingga akhirnya membentuk produk yang tidak berkualiti.   Akibatnya, mereka mudah dipengaruhi dan diperalat oleh pihak-pihak tertentu.  

Hari ini, kita melihat bagaimana mudahnya Anwar Ibrahim memperalatkan anak-anak muda produk sekolah vernakular yang lemah pemikiran ini dengan mengheret mereka ke dalam drama pemberontakan yang dirancangnya sekian lama.  Beliau menyogokkan ilusi kononnya rakyat, terutama kaum Cina telah dinafikan hak di bumi Malaysia dan kononnya mereka berhak mendapat lebih lagi dan akan mendapatkannya sekiranya beliau memerintah.  

Hakikatnya, kita semua tahu bahawa anak-anak Cina ini bukannya menyokong sangat Anwar Ibrahim.  Mereka tahu bahawa Anwar hanya diperlukan untuk mendapatkan kerusi Perdana Menteri untuk DAP.   Anwar hanya perlu duduk di kerusi itu sebentar sahaja, sementara membolehkan ia ‘ditukar-milik’ kepada DAP.    

Sangka anak-anak Cina ini, mereka tentulah bijak kerana berjaya mempergunakan Anwar.  

Apa yang mereka tidak tahu ialah, Anwar sanggup mempertaruhkan nyawa mereka untuk mendapatkan kerusi itu.  Untuk apa beliau mengheret mereka ke perhimpunan demi perhimpunan dengan ucapan-ucapan yang semakin hari semakin ganas menghasut dan menaikkan kemarahan mereka?   Untuk apa?  Sedangkan rakan-rakan seperjuangannya yang menang telah pun mengangkat sumpah dan mula bekerja?  

Anwar sebenarnya sengaja mencabar kerajaan dan Yang DiPertuan Agong secara terbuka.  Tujuannya adalah untuk mengumpan pihak berkuasa agar menangkapnya agar anak-anak Cina yang telah ‘dirasuk’ itu akan marah dan membuat kecoh.    

Dalam kata lain, anak-anak Cina peserta himpunan itulah benteng, senjata dan sasaran dalam pertembungan dengan pihak berkuasa.   Bayangkan, kecederaan atau kematian walau seorang sahaja anak Cina dalam pertembungan itu pasti akan menaikkan kemarahan rakan-rakannya serta kaum Cina keseluruhannya.  Ia kemudiannya akan digembar-gemburkan sebagai kekejaman polis dan seterusnya perkauman.  

Dalam sekelip mata sahaja, pemberontakan dan pertembungan antara kaum akan merebak sebelum anak-anak Cina itu sedar yang mereka telah terperangkap dalam satu permainan yang merbahaya.   

Inilah yang Anwar mahu iaitu mencetuskan anarki sehingga ia menjadi berita gempar ke seluruh dunia.  Berita ini kemudiannya akan dijadikan alasan untuk Anwar memohon bantuan asing, menjatuhkan kerajaan dan akhirnya melantik diri sebagai Perdana Menteri sebelum terpaksa melepaskan jawatan itu kepada DAP.  

Apapun, tidak mustahil juga yang anak-anak Cina itu sebenarnya cukup tahu akan strategi Anwar dan mereka sendiri rela menjadi kamikaze demi perjuangan ke arah Ketuanan Cina di Malaysia.  

Jika benar mereka adalah ‘pejuang yang sedar dan rela’, maka sekiranya anarki benar-benar berlaku, pihak berkuasa wajib dan berhak untuk melayan mereka sebagai pemberontak dan bukannya rakyat yang tidak bersalah.  


Thursday, September 20

BIAR NAKAL TAPI JANGAN KURANG AJAR @Khairykj #respect

Pemuda UMNO sekarang semuanya ekslusif dan ego mana nak campur dengan PAS dalam mempertahankan Islam.Kenapa MKP berhujah sedemikian?Ini adalah fakta yang perlu dilihat oleh semua.Pemuda UMNO bakal turun untuk menyatakan sokongan membantah tayangan filem Innocence of Muslims esok di Masjid Kampung Baru selepas Solat Jumaat.




Friday, July 27

UNDI BN MASUK SYURGA/PAHALA,SLOGAN APEKEJADAH?



Pemuda Umno Kelantan menyifatkan pengundi yang akan mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang akan mendapat lebih pahala daripada apa yang mereka peroleh berbanding mengundi Pas.

Ketuanya, Anuar Safian berkata, pihaknya memberi jaminan jika Pas tidak berbuat apa-apa kemajuan dalam Islam dan bangsa Melayu di negara ini, mereka tidak boleh mendabik dada dengan mengatakan rakyat akan mendapat pahala apabila mengundi parti itu.

“BN terbukti banyak mengotakan janji dan menggerakkan syiar Islam di negara ini.

“Apabila bandingan dibuat terhadap tahap pencapaian Pas yang banyak menabur janji berbanding mengotakannya, malah mengatakan dengan memberi sokongan sudah membuahkan pahala, tentu rakyat yang mengundi BN mendapat ganjaran lebih daripada itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Pada 29 Jun lalu, Timbalan Pesuruhjaya III Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membuat kenyataan dengan mencabar Umno mengundi parti itu atau BN pada pilihan raya umum akan dikira sebagai amal soleh dan pahala jika Umno percaya perjuangannya selari dengan apa yang dikehendaki Islam.

Anuar berpendapat, pahala itu boleh diibaratkan orang yang solat sunat Tarawih lapan dan 20 rakaat pada bulan puasa, jika solat lapan rakaat boleh mendabik dada dengan mengatakan mendapat pahala besar, sudah tentulah Terawih 20 rakaat lagi besar pahalanya.

Pada masa sama, beliau berkata, rakyat seharusnya membuat penilaian sebenar mengenai kemajuan syiar Islam yang dicapai sepanjang 12 dan 22 tahun pemerintahan kerajaan Pas Kelantan.

“Mereka (rakyat) perlu memikirkan sama ada ia (Pas) layak atau tidak diberi pengiktirafan demikian.

“Apa hukumnya pula jika mengundi sebuah parti yang hanya pandai berjanji yang penuh dengan retorik, iklan dan saling memfitnah kerana apa yang dirisaukan, melaluinya takut ia boleh menambah dosa,” katanya.

Sinar

Thursday, July 5

GUAN ENG TERUS DISERANG OLEH PEMUDA BN?


Kegagalan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjelaskan berkenaan penjualan tanah milik kerajaan negeri yang sepatutnya dibangunkan untuk perumahan rakyat Taman Manggis Fasa Dua di sini membuktikan kerajaan DAP tidak mengambil serius isu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, Oh Tong Keong berkata, walaupun pemuda BN telah menuntut penjelasan dengan cara berhemah melalui memorandum yang disampaikan minggu lalu namun sehingga kini Guan Eng enggan memberikan kerjasama.

Tong Keong berkata, alasan Guan Eng menyatakan saiz tanah yang terlalu kecil untuk pembinaan perumahan rakyat amat mencurigakan kerana sebelum ini kerajaan negeri telah memberikan kelulusan kepada pemaju swasta yang ingin membina beberapa projek pangsapuri mewah di tapak yang lebih kecil.

"Sikap kerajaan negeri ini menunjukkan mereka lebih memberi keutamaan kepada golongan atasan sehingga mengabaikan golongan miskin," katanya.

Dalam pada itu, Tong Keong berkata, walaupun sebelum ini Guan Eng pernah menjelaskan tanah berkenaan telah dijual kepada pihak swasta untuk pembinaan hospital namun tindakan tersebut seolah-olah menafikan hak orang-orang miskin untuk menduduki perumahan rakyat.

Tong Keong turut mendakwa kerajaan negeri juga telah menjual beberapa bidang lagi tanah milik kerajaan kepada pihak swasta untuk pembinaan rumah mewah.

"Sejak mengambil pemerintahan kerajaan negeri tidak ada langsung rumah rakyat, rumah kos rendah yang dibina oleh mereka.

"Pemuda BN menyeru kepada kerajaan negeri agar tidak lagi mengelirukan rakyat kerana rumah-rumah kos rendah sebenarnya dibina oleh pemaju swasta sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang dan bukannya dibina oleh kerajaan negeri," katanya lagi.

Sunday, June 10

DAP KHIANAT MANDAT RAKYAT PADA MANIFESTO PRU12?


Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri mendesak kerajaan DAP menunaikan manifesto pilihan raya yang lalu sebelum berhasrat menabur lebih banyak janji untuk memperolehi mandat seterusnya dari rakyat.

Ini berikutan nasib golongan rakyat miskin di Pulau Pinang seolah-olah dipinggirkan di bawah pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng termasuk pembinaan rumah kos rendah.

Buktinya, tanah seluas 1.1 ekar milik kerajaan negeri di Jalan Zainal Abidin dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang pelan projek perumahan rakyat (PPR) walaupun ianya telah diluluskan Majlis Mesyuarat Negeri (MMK) sejak tahun 2005.

Ketua Pemuda BN Negeri Oh Tong Keong berkata, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepimpinan DAP seharusnya mengutamakan pembinaan PPR itu sebaik memegang tampuk pemerintahan negeri pada 2008.

“Kita cuma nak tahu bila mereka (kerajaan negeri) mahu membina rumah kos rendah buat rakyat miskin sedangkan tanah sudah ada namun tiada sebarang perancangan dilakukan sejak mereka memerintah,” kata Tong Keong.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda BN Negeri Ir. Shaikh Hussein Mydin mahu Guan Eng membuktikan bahawa kerajaan Guan Eng peka terhadap kebajikan rakyat miskin di Pulau Mutiara itu.

Shaikh berkata, sudah ramai rakyat miskin di negeri itu kini berhijrah ke negeri lain berikutan tidak mampu memiliki rumah ekoran harga rumah terlalu mahal.

“Kerajaan negeri menggalakkan pembangunan memang bagus tapi jangan sampai rakyat miskin terpinggir,” katanya.

“Kalau boleh saya mahu dia (Guan Eng) bina rumah PPR yang lebih tinggi serta kurangkan sewa dari RM 100 kepada RM 50,” ujarnya.

Saturday, June 2

Menjana Pemikiran Pemuda?


Sejak zaman-berzaman, kegemilangan sesebuah tamadun adalah bergantung kepada kekuatan pemuda yang hidup pada zaman mereka.

Pemuda digambarkan sebagai satu golongan yang bersemangat untuk merealisasikan apa yang terbuku dalam hati mereka dan merekalah golongan yang beridealisme tinggi.

Adalah silap apabila wujud suara yang menghadang idealisme kerana kadang-kala idealisme harus dikembangkan untuk mewujudkan satu impian dan plan bertindak yang realistik dan sistemik.

Perjuangan Rasulullah SAW yang tampak idealis didokong oleh golongan pemuda di saat golongan tua menolak baginda SAW. Pemuda berada di celah-celah kegilaan dan apabila mereka inginkan sesuatu, mereka akan lakukan dengan semangat 'kegilaan' yang ada pada diri mereka. Saya suka istilahkan kegilaan itu sebagai semangat 'ekstasi'.

Ekstasi ialah satu saat kemuncak dalam hidup seseorang yang mana ketika itu ia akan berasa satu kekuatan yang entah dari mana muncul dalam diri mereka dan mendorong mereka untuk bertindak di luar kemampuan mereka. Ini digambarkan oleh Zaid bin Harithah yang hanya mengambil masa selama tujuh hari untuk mempelajari dan menguasai bahasa Yahudi. Imam Al-Syafie sendiri mempamerkan ekstasi beliau apabila mula menjadi guru kecil sewaktu berumur 10 tahun dan dilantik sebagai mufti muda ketika usianya mencecah 15 tahun.

Ekstasi melahirkan satu perubahan, atau kita menyebutnya sebagai reformasi. Perubahan merupakan satu perkara yang tidak tetap, dan setiap zaman memerlukan perubahan.

Hal ini digambarkan oleh seorang ulama yang memelihara anjing dan beliau telah dikritik oleh para pendokong mazhab anutan beliau. Beliau lantas menjawab: "Sekiranya guru kita berada dalam lingkungan kita pada masa sekarang, nescaya bukan sekadar anjing, bahkan singa pun boleh kita pelihara".

Setiap manusia, bahkan negara dan bangsa memerlukan kepada perubahan. Bangsa yang tidak berani berubah adalah bangsa yang lemah dan dayus dalam berijtihad. Negara yang tidak berubah adalah negara yang kekal mundur dan tidak akan maju selamanya.

Pemikiran lama akan ditenggelamkan oleh pemikiran baru.

Albert Einstein berkata:
"Masalah zaman kita tidak mampu untuk diselesaikan oleh pemikiran pada zaman kita". Perubahan menuntut kecekalan dan keberanian, bukannya jiwa-jiwa yang dayus dan lemah. Orang yang penakut akan kekal berada di tampuk yang lama kerana mereka sudah hidup dalam zon acuh tidak acuh, namun orang yang berani akan melakukan perubahan dari masa ke masa tanpa mengira cercaan dan gugatan terhadap mereka.

Hanya pemuda dan kepemudaan mampu mendokong perubahan. Tatkala para malaikat tidak sabar untuk menghumbankan bukit-bukau ke atas penguni Thaif yang mencerca Rasulullah SAW, baginda lantas menghalang niat para malaikat. Pandangan baginda ternyata jauh dan analitikal: "Boleh jadi lahir daripada sulbi mereka, zuriat yang akan mengimani risalahku ini".

Ya, generasi baru harus dibentuk mulai sekarang. Generasi yang tidak hanya melihat dengan pandangan singkat dan dekat, tetapi generasi berpandangan jauh dan meluas, seolah-seolah sayap matahari yang tidak hanya melimpah di satu tempat tetapi menerangi seluruh alam.

Kita boleh perhatikan riak-riak perubahan yang sedang berlaku di Turkey. Sepanjang mereka berpayungkan sistem sekularisme, ekonomi mereka tidak berkembang dan mereka hidup dalam suasana yang kucar-kacir. Nama mereka tidak disebut-sebut sebagai sebuah negara yang maju setelah kejatuhan Turki Uthmaniah. Tetapi setelah wujudnya generasi baru yang membawa pemikiran dan budaya hidup yang menongkah arus, maka kita dapati gelombang perubahan berlaku dengan pesat.

Malah, Turkey merupakan negara ke-6 termaju dalam Eropah dan negara ke-16 di dunia yang mempunyai kuasa ekonomi terbesar. Apa yang menarik juga Turkey merupakan negara dunia ke-13 yang paling menarik dan berdaya saing.

Umat Islam harus memiliki jiwa kepemudaan yang tinggi. Jiwa kepemudaan tidak hanya dimiliki oleh pemuda, malah semua orang berhak untuk memiliki jiwa dan semangat kepemudaan ini. Jiwa yang sentiasa meronta-ronta untuk membuahkan pembaharuan dari semasa ke semasa supaya ummah tidak ketinggalan dan hanya mengikut dari belakang.

Jiwa kepemudaan juga perlu supaya kita tidak hanya memasang angan-angan seperti Mat Jenin, atau hanya berperilaku seperti Luncai dengan labu-labunya. Cukuplah, kita sudah tidak tahan dan sanggup didendangkan dengan cerita-cerita yang melembapkan pemikiran kita seperti Pak Pandir, Lebai Malang, Awang Kecil, Sang Luncai sebagaimana negara Arab yang mempopularkan kisah Juha, Abu Nawas dan 1001 Malam, sedangkan Barat sudah meluaskan empayar penguasaan mereka hingga ke angkasa lepas.

Orang kita melihat udara lalu terciptalah layang-layang sedangkan Barat mencipta kapal terbang. Orang kita melihat sungai untuk berenang, sedangkan Barat mencipta kapal. Malah saya ingin menambah lagi, orang kita melihat bulan untuk menentukan waktu Ramadhan dan Syawal, sedangkan Barat melihat bulan lalu dijelajahnya. Tepuk dada, tanyalah DIRI.

Monday, April 23

UCAPAN BERAPI KJ BUATKAN ADAM ADLI KECUT TELOQ.





Kita tengok berapa suara mahasiswa yang keluar ke Dataran Merdeka, kalau tak silap saya tak sampai lima khemah, kononnya suara mahasiswa nak hapuskan PTPTN dan menyokong pakatan pembangkang, saya rasa lebih ramai anak muda yang keluar beratur untuk beli iPad yang baru

Menurut Khairy, beliau percaya rakyat khususnya golongan muda tidak akan terpedaya dengan pelbagai tipu daya pakatan pembangkang termasuk janji menurunkan harga minyak dan menghapuskan tol lebuh raya.

Jelas beliau, menerusi program transformasi yang dilaksanakan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sokongan orang muda telah kembali kepada BN dan perkara tersebut telah ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan sebelum ini.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive