Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, Oh Tong Keong berkata, walaupun pemuda BN telah menuntut penjelasan dengan cara berhemah melalui memorandum yang disampaikan minggu lalu namun sehingga kini Guan Eng enggan memberikan kerjasama.
Tong Keong berkata, alasan Guan Eng menyatakan saiz tanah yang terlalu kecil untuk pembinaan perumahan rakyat amat mencurigakan kerana sebelum ini kerajaan negeri telah memberikan kelulusan kepada pemaju swasta yang ingin membina beberapa projek pangsapuri mewah di tapak yang lebih kecil.
"Sikap kerajaan negeri ini menunjukkan mereka lebih memberi keutamaan kepada golongan atasan sehingga mengabaikan golongan miskin," katanya.
Dalam pada itu, Tong Keong berkata, walaupun sebelum ini Guan Eng pernah menjelaskan tanah berkenaan telah dijual kepada pihak swasta untuk pembinaan hospital namun tindakan tersebut seolah-olah menafikan hak orang-orang miskin untuk menduduki perumahan rakyat.
Tong Keong turut mendakwa kerajaan negeri juga telah menjual beberapa bidang lagi tanah milik kerajaan kepada pihak swasta untuk pembinaan rumah mewah.
"Sejak mengambil pemerintahan kerajaan negeri tidak ada langsung rumah rakyat, rumah kos rendah yang dibina oleh mereka.
"Pemuda BN menyeru kepada kerajaan negeri agar tidak lagi mengelirukan rakyat kerana rumah-rumah kos rendah sebenarnya dibina oleh pemaju swasta sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang dan bukannya dibina oleh kerajaan negeri," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment