Di sini saya ingin berkongsi maklumat mengenai kurma dari jenama terkenal, YT. Pada 24/5/2012 saya bersama suami ke Tesco Seberang Jaya untuk membeli barang-barang keperluan harian sempena bulan Ramadhan. Tidak ketinggalan juga saya turut membeli sekotak kurma madu dari jenama tersebut.
Semalam selepas waktu berbuka puasa saya, suami dan anak-anak telah memakan kurma tersebut dan setelah separuh dari kurma yang kami makan saya ternampak seekor lipas di bawah timbunan kurma-kurma tersebut. Kalau melihat dari bungkusan yang dibeli agak mustahil lipas tersebut masuk dengan mudah kecualilah semasa di awal proses pembungkusan kurma tersebut, mungkin dengan tidak sengaja ada lipas tersesat masuk ke dalam kotak tersebut semasa pembungkusan dibuat.
Saya telah menghubungi pihak YT tetapi mereka menyalahkan pihak Tesco Seberang Jaya diatas kecuaian tersebut, tapi agak mustahil lipas masuk ke dalam kotak kurma yang telah dibungkus dengan kemas dan rapi.
Tujuan saya membuat aduan di sini agar dapat berkongsi dengan pengguna-pengguna di luar sana agar berhati-hati dengan produk ini. Harap aduan saya dapat dikongsi oleh pengguna-pengguna yang lain.
No comments:
Post a Comment