Friday, July 13

KENAPA PERLU LAGI 1M4Y KBS GAGAL KE?


Kementerian Belia Dan Sukan akan menganjurkan satu acara besar-besaran melibatkan sukarelawan belia.Program ini dikelanali sebagai   ’1MALAYSIA FOR YOUTH’  kenapa perlu ada program sebegini selepas Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 yang telah mengumpulkan lebih dari 2.4 juta belia.Adakah KBS gagal atau mahu mengeratkan lagi golongan belia dengan KBS.


Pihak Pakatan Harami memang menunggu dan menanti kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak KBS serta kerajaan Malaysia terutama KBS dengan mengadakan program bersama belia.Apa tidaknya banyak isu telah dibangkitkan semasa Himpunan Jutaan Belia 2012.Akan tetapi jika direnungkan kembali mereka hanya pandai berkata-kata seperti Burung Tiong akan tetapi tiada usaha untuk mendekati golongan belia seperti KBS.


Berdasarkan laporan ‘World Giving Index 2011’ atau Indeks Memberi Sedunia tahun 2011 yang dikeluarkan Charities Aid Foundation menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-87 berbanding 153 negara yang dinilai.

Bukan untuk mempertikaikan keikhlasan pelbagai pihak,namun dikatakan ramai rakyat Malaysia kononnya begitu berbangga kononnya mereka adalah rakyat paling pemurah ada yang berasakan apa yang mereka lakukan sudah memadai.

Realitinya rakyat Malaysia seharusnya berasa malu kerana negara jiran kita iaitu Thailand berjaya meletakkan dirinya jauh ke hadapan sebagai masyarakat pemurah iaitu di tempat ke-9.

Dilaporkan bahawa 85% rakyat Thailand membuat sumbangan wang secara berkala sepanjang tahun. Berkemungkinan ia ada kaitan dengan ajaran agama mereka yang amat menitik beratkan praktik memberi sedekah dalam kehidupan mereka.

Dilaporkan juga bahawa hanya 37 peratus rakyat negara kita sanggup menyumbangkan wang untuk keperluan orang lain. Hanya 20 peratus rakyat sanggup menyediakan masa untuk kerja sukarela dan 30 peratus sanggup membantu orang asing yang kesusahan.

Penilaian berdasarkan tingkah laku serta sikap rakyat kita terhadap tiga elemen iaitu menyumbang wang, menyediakan masa untuk kerja sukarela serta membantu orang asing.

Hasil laporan tersebut juga menunjukkan bahawa kejayaan mana-mana negara mencapai tahap paling banyak memberikan sumbangan bergantung kepada nilai asas terbentuk dalam masyarakat negara itu.

Sifat mengambil tahu dan sanggup membantu orang lain secara mendalam sememangnya diakui amat tebal bagi warga Amerika Syarikat, Ireland, Australia dan United Kingdom yang semuanya berada pada kedudukan tertinggi sebagai masyarakat pemurah.

Amat membanggakan apabila masyarakat di United Kingdom tidak menjadikan alasan kemelesetan ekonomi dihadapi blok Eropah sebagai alasan untuk mengurangkan jumlah wang dan masa untuk membantu orang lain.

Dah nampakkan kenapa diwujudkan 1M4Youth, kalau yang berminat nak join jadi sukarelawan korang klik sini

Ahad ni akan berlangsung pelancaran 1M4Youth, ada kejutan dan paling menarik akan diadakan flashmob terbesar di Malaysia apabila akan disertai oleh ribuan sukarelawan.

Pelancaran ’1MALAYSIA FOR YOUTH’ bermula jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam bertempat di Esplanade Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Majlis Pelancaran ini akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada jam 4.00 petang. Oleh itu sempena pelancaran ini Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan persembahan flash mob terbesar di KLCC bagi memeriahkan majlis.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive