RAPID

Thursday, July 26

DAP Putar Belit Isu Tanah Penduduk Pulau Pinang?


Universiti Kepimpinan Wanita Asia (AWLU) menyokong tindakan penduduk Kampung Genting, Balik Pulau mempertahan tanah milik mereka daripada diambil kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membina sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pengambilan Tanah di Kampung Genting, Shahril Ahmad berkata, surat yang ditulis Presiden AWLU, Barbara Hou itu telah dihantar kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Datuk Seri Idris Jala bagi menyatakan bantahan terhadap cadangan itu.

Shahril berkata, surat bertarikh 11 Julai itu menyatakan bahawa AWLU menolak pengambilan tanah tersebut atas dasar prihatin tentang kesulitan yang akan timbul kerana tanah itu adalah milik sah penduduk beserta geran.

Menurutnya, AWLU enggan berdepan dengan sebarang masalah pada masa hadapan namun berasa hairan dengan tindakan kerajaan negeri yang seolah-olah mengenepikan kepentingan penduduk negeri itu

“AWLU hendakkan tanah yang kosong daripada kerajaan negeri bukan tanah yang ada penduduk," katanya

Shahril berkata, rentetan daripada surat penolakan itu, pertemuan telah diadakan pada 22 Julai lalu dengan pemilik tanah di Pejabat Daerah Barat Daya untuk menyatakan bahawa kerajaan negeri telah mencadangkan kepada AWLU supaya memilih tanah yang lain.

Guan Eng turut memberitahu penubuhan AWLU di Kampung Genting akan diubah di Pondok Upeh.

Terdahulu kerajaan negeri bercadang untuk membuat pengambilan tanah seluas 100 ekar di kawasan kampung Genting untuk dibangunkan IPTS.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, tindakan Guan Eng yang cuba menjadi hero dalam isu ini amat memalukan kerana dia bukanlah hero sebenar kepada penduduk Kampung Genting sebaliknya hanya memutar belitkan fakta apabila AWLU tidak bersetuju untuk membina universiti di kawasan tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah, mujurlah selamat sudah penduduk Kg. Genting tu. Ada banyak lagi kawasan tanah yg belum diteroka dlm P. Pinang. UMNO kena buat kerja sama dlm mentadbir Pulau, jangan harap dan bagi MCA dan Gerakan saja yg buat kerja. jangan biarkan terus orang kita yg tinggal sedikit dlm Pulau terpinggir, berpecah-belah sehingga yg tinggal disitu nanti hanyalah orang kita yg kakitangan kerajaan yg menetap dlm kuarters spt. Polis, Tentera, Bomba, pelajar asrama kolej, institut, universiti dan sekolah saja. Warga tempatan, habis dah terkeluar.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive