Saturday, July 28

Wan Azizah bakal Ketua Menteri Pulau Pinang...biar betul !


Tentunya ada sesuatu yang tersirat apabila Presiden PKR Datuk Seri Sri Wan Azizah Ismail mengumumkan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Melihat yang tersurat, isteri kepada Ketua Pembangkang itu berbuat demikian mungkin bagi mengekalkan ‘keluarga’ Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menguasai sandiwara politik tanahair kerana tidak mahu tewas kepada kepada keluarga Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Semua maklum, Wan Azizah juga perlu bersedia dengan satu kedudukan politik yang kuat selepas berkorban melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Ogos 2008 bagi membolehkan Anwar bertanding.

Ada pemerhati politik melihat Wan Azizah perlu bersedia meneruskan kepimpinan sebagai Ketua Pembangkang sekiranya Anwar tiba-tiba disabitkan dengan kesalahan liwat yang masih dalam rayuan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan atau kes video seks.

Sekiranya Anwar kembali ke Sungai Buloh, Wan Azizah tentunya diberikan peluang oleh DAP dan PAS bagi menerajui Pakatan Pembangkang kerana ‘air mata’ beliau perlu bagi menarik simpati rakyat kepada pembangkang seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, yang tersirat daripada keputusan Wan Azizah mahu bertanding di kerusi DUN kerana Perlembagaan Persekutuan tidak membolehkannya bertanding kerusi Parlimen dalam tempoh lima tahun ekoran melepaskan jawatan itu pada 2008, nyata lebih menarik.

Memang sukar dipercayai tetapi ada pemerhati politik yang sudah masak dengan game PKR atau pembangkang menjangkakan keputusan Wan Azizah bertanding di kerusi DUN di Pulau Pinang tempatnya mengundi bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Ketua Menteri, pulau mutiara itu.

Mustahil seorang presiden parti mahu bertanding dan jadi wakil rakyat biasa.

Mustahil juga beliau mahu menerima jawatan Exco jika menang dan pembangkang masih menguasai Pulau Pinang selepas PRU 13.

“Kena menang dulu. Kemudian, kita akan fikirkan mana-mana (jawatan) yang sesuai,” jelas Wan Azizah dalam sidang media pada awal bulan ini mengenai keputusannya itu.

Timbul persoalan, apakah DAP akan memberi laluan kepada Wan Aizah menerajui pimpinan di Pulau Pinang selepas Lim Guan Eng berkuasa sebagai Ketua Menteri sebelum ini?

Ini adalah sesuatu yang menarik untuk diteliti kerana ada pemerhati politik menjangkakan ‘skrip’ antara PKR dan DAP sedang disiapkan untuk ditonton rakyat Pulau Pinang ketika kempen PRU 13.

Memang ketika ini, DAP menguasai 19 kerusi DUN, PKR (9) dan satu PAS manakala BN Pulau Pinang yang turut dilanda tsunami politik PRU 12 hanya dapat mengekalkan 11 kerusi.

Atas kertas, jika pembangkang kekal memerintah selepas PRU 13, DAP masih boleh mewakili PKR dan PAS memerintah Pulau Pinang.

Bagaimanapun, menurut pemerhati politik, perkara yang mula mengusarkan pembangkang di negeri itu adalah kembangkitan semula pengundi-pengundi Melayu untuk memberikan sokongan kepada BN khususnya kepada calon-calon UMNO yang akan bertanding kelak.

Macam-macam tindak tanduk DAP yang dilihat menekan masyarakat Melayu di negeri itu sudah membangkitkan kesedaran untuk mereka kembali menyokong BN malah masyarakat India yang turut ‘terluka’ ekoran peristiwa penindasan di Kampung Buah Pala juga mula menekan parti itu.

Justeru itu, pembangkang perlu menarik semula undi Melayu bagi memastikan mereka kekal memerintah Pulau Pinang dan disinilah peranan Wan Azizah.

Harus diingat semua 11 kerusi BN sekarang diwakili pemimpin Melayu UMNO.

Dan dalam usaha merampas semula negeri itu, rakan-rakan komponen dalam BN sudah berkompromi memberi lebih banyak laluan kepada calon-calon UMNO bertanding dalam PRU 13 bagi mencapai matlamat itu.

Analisa statistik sebelum ini, nampak benar kemenangan pembangkang di negeri itu diperolehi di atas tonggak undi Cina.

Malah Adun PKR Maktar Shapee pun bertanding di kawasan majoriti Cina dan menang bergalaskan undi Cina.

Penduduk Pulau Pinang berjumlah 1,561,383 orang — Cina 670,400, Melayu 636,100 dan India 153,500. Bumiputera bukan-Melayu seramai 6,100.

Melayu yang tinggal di tanah besar seramai 410,700 orang (49% penduduk) berbanding Cina 287,100 orang (34%).

Manakala Melayu yang duduk di pulau pula seramai 226,400 (31%) berbanding Cina 382,400 orang (53%).

Angka-angka di atas membuktikan kuasa undi orang Melayu di negeri itu masih kuat dan dengan kembalinya sokongan kaum India dan sedikit masyarakat Cina kepada BN, ini yang semakin membimbangkan DAP, PKR dan PAS.

Dengan memberi pilihan kepada Wan Azizah sebagai Ketua Menteri, pembangkang beranggapan pengundi Melayu akan cenderung mengundi mereka.

Secara tidak langsung juga, DAP dilihat sanggup berkorban jawatan penting tersebut bagi membuktikan parti itu bukan parti perkauman sekaligus menampakkan ‘kesetiaan’ pakatan pembangkang.

Mungkin ketika ini telahan Wan Azizah bakal Ketua Menteri hanya ‘skrip’ dalaman tetapi apabila gendang PRU 13 sudah dipalu, pemerhati politik menjangkakan ‘skrip’ inilah bakal jadi modal utama pembangkang untuk terus kekal di Pulau Pinang.

Lagipun, tidak bermakna DAP hilang taring jika Wan Azizah jadi Ketua Menteri kerana di Perak sebelum inipun, walau PAS memilih Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar tetapi cerita-cerita tangan DAP disebalik pentadbiran Nizar bukan cerita kosong.

Jika di Perak DAP boleh berkorban walaupun undang-undang tubuh kerajaan negeri itu mensyaratkan orang Melayu sebagai Menteri Besar, tidak mustahil DAP juga mengalah di Pulau Pinang kerana ‘matlamat menghalalkan cara’ sudah permainan biasa pembangkang.

Guan Eng tidak perlu gusar kehilangan jawatan Ketua Menteri, kerana Anwar pasti menjanjikan jawatan hebat di Putrajaya dan DAP boleh memilih jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Maka, hanya dengan menguar-uarkan Wan Azizah sebagai Ketua Menteri, pembangkang yakin pengundi Melayu akan menyokong mereka.

Sebagai rekod, Wan Azizah mengundi di SK Sri Penanti dalam DUN Permatang Pasir.

Kerusi tersebut dimenangi calon PAS Mohd Hamdan Abdul Rahman tetapi diganti Mohd Salleh Man pada 2009 yang menewaskan calon BN Rohaizat Othman menerusi pilihanraya kecil.

Dengan menawarkan PAS kerusi lain yang selamat serta majoriti 4,551 undi calon PAS dalam PRK 2009, Wan Azizah tidak bermasalah menang di kerusi DUN itu sekaligus juga tidak menghalang Wan Azizah jadi Ketua Menteri wanita pertama di negara ini dan sekaligus juga mengekalkan ‘the house of Anwar’ dalam kancah politik Malaysia.- 28/7/2012 - OLEH ROSLAN BIAN AGENDADAILY

MKP Ayat Sempoi : Guan Eng mesti berbulu dengan kenyataan ini.Mana tidaknya sudah pasti akan melompat sakan,Guan eng jenis tak suka dikritik dan diperlekehkan.Kita tunggu dan lihat apa riaksi lidah bewak tue...haaaa 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive