Tuesday, July 24

SIAPA YANG GAGAL,HAMPEH?


Mahkamah membenarkan permohonan Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) bagi mengetepikan perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang dibuat Julai 2011, bahawa ia sebuah pertubuhan haram.

Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas), Rohana Yusuf memutuskan bahawa perintah Menteri Dalam Negeri yang diputuskan awal Julai 2011 telah “tercemar.”

Dalam keputusannya, Rohana berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar perintah kerajaan yang mengisytiharkan ia sebuah pertubuhan menyalahi undang-undang.

Seramai 14 anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang diketuai Pengerusinya, Datuk S. Ambiga telah memohon membatalkan perintah yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai pertubuhan haram.

Permohonan itu difailkan pada 8 Julai lalu dengan menamakan Menteri Dalam Negeri selaku responden pertama, diikuti Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Mereka antaranya memohon perintah certiorari bagi membatalkan perisytiharan perintah oleh Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai lalu yang mengisytiharkan gerakan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram dan memerintahkan pembatalannya berkuat kuasa serta-merta.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive