Thursday, July 19

YOU GO TO HELL?


Mengangkat persahabatan dan perjuangan dua negarawan iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, kata Suhaimi Baba atau lebih mesra dengan panggilan Shumi, Tanda Putera juga menyingkap rahsia yang tidak diketahui oleh ahli keluarga dan negara mengenai kedua-dua tokoh tersebut.

"Filem ini mengisahkan tentang persahabatan antara Tun Razak dan Tun Ismail sejak tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Ia menceritakan keadaan selepas rusuhan yang mana Tun Ismail masuk semula ke dalam kabinet.

Sebelum ini, beliau telah meletak jawatan kerana tak sihat. 'Tapi disebabkan keadaan negara pada masa itu yang sedang bergelora jadi beliau kembali dan membantu Tun Razak.

Menariknya mengenai filem ini ialah kita berjaya membongkar rahsia penting yang disimpan oleh mereka berdua yang mana keluarga dan rakan-rakan turut tidak mengetahuinya.

Kita bongkar mengenainya," katanya yang turut membuat rujukan menerusi keluarga, rakan terdekat dan pekerja yang pernah berkhidmat dengan dua tokoh itu.SUMBER


MKP Ayat Sempoi : Filem mesti tengok kalau sayangkan Malaysia.

 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive