Thursday, July 5

APA DAH JADI DENGAN E-MAIL 1MALAYSIA?


Mungkin semua sedia mengenali syarikat yang mendapat projek emel 1Malaysia sebelum ini, iaitu Tricubes. Dengan pelbagai kontroversi, kini Bursa Malaysia menyatakan yang mana sekuriti syarikat tersebut akan digantung bermula 11 Julai ini, disebabkan oleh syarikat tersebut tidak dapat menunjukkan ia boleh kembali menguntungkan.

Sebelum ini, pada bulan April tahun lepas, Tricubes telah mendapat projek emel 1Malaysia, dan Tricubes mengatakan mereka akan melabur RM50 juta padanya. Walaubagaimanapun, projek tersebut yang dikatakan memudahkan perhubungan antara kerajaan dan juga orang awam itu seperti tidak mendapat sambutan hangat, dan bilangan yang berdaftar dengan perkhidmatan tersebut masih lagi tidak diketahui lagi.

Daripada apa yang diketahui buat masa ini, Pemandu (Performance Management & Delivery Unit, Jabatan Perdana Menteri) mengatakan Tricubes akan terus kekal menguruskan projek emel 1Malaysia dan dipantau oleh mereka.

MyEmail, nama projek emel 1Malaysia daripada Tricubes itu turut sama menyertakan beberapa rakan kerjasama dalam menarik minat pengguna mendaftarkan perkhidmatan tersebut. Namun, apabila kami menghubungi salah sebuah syarikat yang terlibat sebagai rakan kerjasama, dan bertanya akan pulangan daripada kerjasama tersebut, mereka mengatakan tiada sebarang pulangan yang didapati, malah sejak dilancarkan sehingga ke hari ini, tiada sebarang pelanggan yang datang daripada perkhidmatan tersebut.

Sebelum ini juga, Jabatan Pendaftaran Negara bersama-sama dengan beberapa agensi memperkenalkan perkhidmatan myIdentity, sekaligus membuatkan ramai yang masih tertanya-tanya apakah perkhidmatan emel 1Malaysia ini masih relevan ataupun tidak kepada pengguna tempatan.

KOMEN MKP : Ada lagi yang menyusahkan rakyat dengan membuat kerja sekerat jalan.berikut adalah kenyataan PM mengenai E-mail 1malaysia.
“Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa e-mel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Ia tidak membabitkan wang awam dan keseluruhannya adalah sukarela,”
Itu adalah kenyataan Perdana Menteri berkenaan samada projek email 1 Malaysia ini menggunakan wang kerajaan atau tidak.tetapi perlu diingat,pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).

Menurut maklumat Bursa Malaysia, Tricubes telah disenaraikan sebagai status BN3 dan perlu mengetengahkan program penstrukturan kewangan, atau berdepan dengan nasib “delist“.


Selain itu, menurut laporan kewangan 2010 Tricubes, syarikat ini telah mengalami kerugian bersih sebanyak RM3.35 juta (RM3,346,752). Meskipun Tricubes memohon agar Bursa Malaysia mengecualikan dirinya daripada peraturan GN3, namun Bursa Malaysia enggan meluluskan permintaannya.

Menurut peraturan GN3 di Bursa Malaysia, Tricubes perlu mengemukakan satu rancangan penstrukturan semula kewangannya dalam tempoh 12 bulan, bermula 29 Oktober 2010 (tarikh dimasukkan ke status GN3). Malah, rancangan tersebut perlu diluluskan Bursa, malah dilantik penajanya dalam masa tiga bulan, dan menghabiskan program penstrukturan semula dalam masa enam bulan selepas diluluskan Bursa.Jikalau Tricubes gagal mematuhi mana-mana peraturan, maka Bursa Malaysia boleh menghentikan sementara jual-beli saham syarikatnya, dan kemudian menarik penyenaraiannya (delist).

MKP Ayat Sempoi : Berkata benar walaupun ianya pahit untuk ditelan.Siapa harus dipersalahkan?

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive