MKP tidak pasti sama ada ayat yang mengandungi kata "sendat" dan "ketat" di bahagian atas iklan tersebut memang sedia ada atau rekayasa pengguna internet. Jika memang disertakan dalam iklan, maka sudah tentu banyak orang yang bertanya: Terdesak sangatkah pihak syarikat sehingga terpaksa menggunakan frasa yang berbaur lucah dan gatal itu?
Namun, ayat "Saya kekal bergetah, ketat, dan awet muda walaupun sudah melahirkan anak ke-4." memang tertera pada iklan tersebut. Biarpun begitu, kata-kata tersebut juga tidak sesuai untuk paparan umum. Apa tafsiran remaja dan kanak-kanak apabila membaca ayat atau frasa tersebut? Tidakkah penggunaan sesetengah kata itu akan memprovokasi imaginasi mereka? Paling penting, adakah orang Melayu yang dicanang memiliki sifat sopan santun terlibat dalam hal-hal sebegini?
MKP Ayat Sempoi: Cuba bayangkan anda menjaedi model iklan di atas? Malu atau bangga?
1 comment:
PUNYA NAK UNTUNG SAMPAI MEMALUKAN DIRI SENDIRI...
BUDAK2 YG DAH BARAI BLEH LA PAKAI PRODUK NIE...
JAHANAM SEGALA SOPAN SANTUN KITA SEBAB IKLAN MURAHAN NIE...
PEJUANG HAMAS...
Post a Comment