Friday, July 13

GUAN ENG SALAHKAN #BNYV JIKA DAP GAGAL?


Guan Eng diingatkan supaya tidak mengamalkan budaya menyalahkan pihak lain dalam isu-isu melibatkan kelemahan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, sebagai pemimpin tertinggi kerajaan negeri, Guan Eng seharusnya mengakui kesilapan dan berusaha untuk memperbaiki tanpa menuding jari kepada pihak lain terutama kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Khairy berkata, berbeza apabila negeri ini mencapai kejayaan, Setiausaha Agung DAP itu tanpa segan silu mengakui ia merupakan usahanya dan sedikit pun tidak menghargai bantuan BN.


"Dia (Guan Eng) sering salahkan BN dalam segala-galanya, kalau tidak betul salahkan BN.

"Tapi bila pelaburan masuk, jambatan kedua hampir siap, kenapa dia tidak cakap itu kejayaan BN?

"Semua yang buruk disebabkan kerajaan BN lalu tetapi kejayaan dia kata usahanya," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) peringkat negeri di sini.

Dalam pada itu Khairy berkata, Pulau Pinang adalah negeri pertama melancarkan BNYV dengan sasaran sekurang-kurangnya 200 ahli.

Sehubungan itu, Khairy menjelaskan, Pemuda BN akan memberi penjelasan kepada rakyat menerusi pelbagai cara termasuk media sosial, Internet, risalah atau secara bersemuka.

"Kalau kita jelaskan kepada rakyat bahawa inilah skandal dan kepincangan kerajaan negeri, lama-kelamaan mereka yang tidak menyokong BN akan beralih angin.

"Cara sebegini membolehkan BN merampas semula Pulau Pinang," katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive