Monday, July 9

Guan Eng Bersilat Lidah Lagi?


Guan Eng ketua menteri paling celaka dalam sejarah pulau pinang telah menunjukkan sikap diktatorship semasa pembukaan debat diantara beliau dan DS chua soi lek.Ayat paling celupar yang mula keluar dari mulut dan akai dari kepala lututnya menyatakan MCA dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional.MKP berpendapat bahawa MCA bukan tandingan kepada DAP buat masa ni.

Kenapa begitu? senario ini berlaku kerana MCA sejak beberapa tahun kebelakangan ini jarang tembak dan serang DAP dan Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah pulau pinang .MCA banyak mengamalkan sikap "Playsafe Policy" akan tetapi ini telah berubah sejak Teng Chang Yiow menjadi Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang walaupun hanya baru sebulan lebih akan tetapi nampak perubahan yang amat ketara.Mungkin pembaca sekelian tertanya kenapa MKP kaitkan Gerakan dan MCA?

Senang saja dahulu semasa Pengerusi BN Pulau Pinang , Khoo Tsu Khoon nampak sangat sikap playsafe kerana tiada isu yang telah dibangkitkan yang boleh mengugat kreditbiliti Lidah bewak nie?Depa lena sebab mungkin dah frust atau mamai selepas kalah dalam PRU12.Itulah kualiti yang ada?akan tetapi itu semua bakal dijadikan sejarah dan tak perlu diungkitkan lagi.Kini dengan sikap yang tidak diduga oleh Guan Eng ,Teng Chang Yeow telah membangkit api kemaraan untuk semua komuniti cina yang telah bangun dan sedar bahawa Guan Eng perlu diserang dan terang sikap cauvanisnya , timbullah serangan terhadap Betty Chew di DUN Melaka tempoh hari dan MKP berharap MCA akan terus tentang habis-habis silat lidah bewak Guan Eng ini?

Berbalik kepada debat petang semalam lebih 800 orang mewakili kedua-dua parti memenuhi kerusi dalam dewan manakala kira-kira 200 lagi berada di lobi hotel menyaksikan debat itu lebih sejam itu melalui skrin besar.Dewan sesekali gamat bila sebilangan penyokong bangun, bersorak dan bertepuk tangan menyokong apa dihujahkan sama ada oleh Soi Lek mahupun Guan Eng.

Suasana di lobi lebih riuh kerana tiada kawalan berbanding dalam dewan apabila sesekali pegawai penganjur dilihat cuba mententeramkan penyokong parti yang terlalu ghairah menyokong ‘boss’ mereka.

Soi Lek nyata menguasa tempoh debat berajuk debat tersebut ialah 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?'.Beliau nampak cool menjawab hujah Guan Eng berbanding pemimpin DAP itu yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu nampak emosi apabila diasak banyak soalan oleh penyokong parti.

Terdahulu, moderator Tan Ah Chai, yang juga ketua pegawai eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur –Selangor berjaya mengawal sesi berkenaan selepas Soi Lek diberikan peluang memulakan debat tersebut.Soi Lek mendakwa DAP suka memberitahu orang Cina bahawa mengundi pembangkang akan meningkatkan taraf hidup, sambil menunjuk bagaimana seorang calon DAP boleh menjadi ketua menteri Pulau Pinang.

Chua berkata DAP telah memberi harapan palsu kepada orang Cina bahawa keadaan sedemikian boleh berlaku di negeri-negeri lain juga.Katanya, DAP juga mempromosi politik kebencian untuk mendapatkan kuasa.DAP hari ini, kata Soi Lek berbeza daripada DAP dulu. DAP sekarang bekerjasama dengan Pas dan membenarkan PAS mendominasi pembangkang.

Menariknya, apabila soalan dibuka kepada penyokong parti, majoriti menghentam Guan Eng.

Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati oleh ‘suara misteri’ yang tiba-tiba bergema mengkritik kerana hanya penyokong MCA dibenarkan bertanya soalan sedangkan moderator meminta sesiapa mahu bertanya, supaya beratur.Kebetulan ramai penyokong MCA yang beratuur terlebih dahulu.

Kemunculan ‘suara misteri’ itu bukan sahaja menyebabkan semua hadirin tertanya-tanya tetapi penganjur dan petugas keselamatan juga kelihatan terpinga-pinga.Mereka berusaha mengesan individu yang membangkitkan rasa tidak puashati itu yang berjaya menggunakan audio suara.

Selain itu, seorang penyokong MCA yang bertanya soalan dalam bahasa Melayu turut menarik perhatian.Beliau bertanya Guan Eng kenapa PAS mengharamkan wayang kulit dan Mak Yong selepas parti itu menguasai Kelantan sedangkan dua jenis hiburan itu adalah warisan kebudayaan.

Apapun, sekali imbas jelas Soi Lek lebih matang berdepan soalan dan menjawab setiap dakwaan Guan Eng termasuk kononnya kerajaan dan pemimpin BN terbabit rasuah.Antara jawapan menarik Presiden MCA itu, selepas 63 tahun BN, soal rasuah dapat ditangani walaupun masih ada kelemahan sebaliknya pakatan pembangkang dalam tempoh hanya tiga tahun sudah menunjukkan terbabit gejala itu.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive