RAPID

Wednesday, July 4

KENAPA ISU AMOI KENA TIKAM DIPERBESARKAN? @PDRMsia


Pelik dan musykil dengan sikap sesetengah dari kita cuba menjadi juara dari segi nak mendapat milage penyebar berita yang pelik-pelik.Berita ini tersebar oleh rakan-rakan kita didalam BBM ,SMS ,WHATSAPP  dan lain-lain.Sepatutnya individu yang menerima berita tersebut sepatut mengesahkan kesahihan berita tersebut sebelum menyebarkan kepada orang lain.Impak dari berita ini boleh menimbulkan panik dikalangan masyarakat Malaysia kerana ianya melibatkan isu perkauman serta nyawa dipertaruhkan.Sedarlah kita hidup didalam masyarakat berbilang bangsa serta sensitiviti ini harus diambil berat.MKP kagum dengan pandekatan yang diambil oleh PDRM kerana pantas menyiarkan dedahan ini;
Hebahan mengenai insiden yang melibatkan beberapa wanita dirompak dan ditikam sehingga mendatangkan kematian di Puduraya, Bukit Bintang dan KLCC sepanjang petang semalam (3 Julai 2012) adalah TIDAK BENAR. 
Daripada semakan yang dibuat, pihak polis mendapati TIADA kes sedemikian dilaporkan berlaku dan dipercayai penyebaran khabar angin tersebut bertujuan untuk mendatangkan ketakutan kepada orang ramai. 
Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai khabar angin yang disebarkan melalui sumber-sumber yang tidak sahih (sms, emel, media sosial dll). 
Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, sila hubungi talian hotline PDRM di 03-2031 9999, 03-2266 3333 atau 999.
link FB PDRM

P/s gambar amoi diatas hanya sekadar hiasan.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive