Friday, July 6

MUSANG BERBULU AYAM KINI PANAS DENGAN @PDRMsia


Sikap pembangkang yang akhir-akhir ini suka sangat 'mendedahkan' dokumen-dokumen yang diketegorikan sulit merisaukan berbagai pihak. Ramai bimbang takut-takut ada pihak ketiga yang sanggup 'kompromikan' dokumen rahsia tersebut demi mengugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Ia boleh bermula dengan dokumen rahsia tender dan tidak mustahil jika dibiarkan akan merebak sehingga ke dokumen rahsia negara pulak.

Lebih-lebih lagi semua pendedahan ini membabitkan orang politik dengan kepentingan politik murahan menjadi agenda utama mereka.

Menyedari kebimbangan itulah barangkali pada Rabu, polis menubuhkan pasukan khas menyiasat pendedahan dokumen tender kontrak sambungan projek transit aliran ringan (LRT) Ampang yang dikelaskan sebagai rahsia kerajaan seperti tersiar dalam sebuah portal berita.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata laporan polis telah dibuat beberapa individu kementerian berkaitan di Putrajaya semalam mengenai penyiaran maklumat projek tersebut.

"Pengadu mendakwa beberapa dokumen tender telah didedahkan kepada pihak yang tidak berhak melalui portal berkenaan. Maklumat serupa sering dimanipulasikan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentingan diri," katanya.

Mohd Bakri berkata polis memandang serius perkara tersebut kerana pendedahan dokumen yang telah dikelaskan sebagai rahsia kerajaan itu secara tidak langsung boleh menjejaskan kepentingan negara.

"Kita akan menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh mengikut Seksyen 8 (1) (i) Akta Rahsia Rasmi 1972. Sekiranya dapat mengenal pasti pihak terlibat, mereka akan didakwa di mahkamah.

"Mereka yang disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun," katanya sambil menambah kata bahawa siasatan akan tertumpu pada bagaimana kebocoran maklumat itu berlaku dan sama ada ia melibatkan 'orang dalam'.

Katanya, siasatan akan dilakukan terhadap portal yang mendedahkan tender kontrak sambungan projek terbabit.AD

MKP Ayat Sempoi : Patut benda nie dah lama buat,tapi tak mengapa daripada tak buat langsung.Kepada yang berkenaan lepas nie dedahkan lagi rahsia Kerajaan Malaysia dah lah makan gaji dengan Kerajaan lepas tue mengkhianat pulak apa punya manusia nie.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive