Tuesday, July 31

APA ITU HUDUD, PERLUKAN PENJELASAN?


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU) Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya berpendapat orang bukan Islam tidak seharusnya berbicara tentang hudud sekiranya mereka tiada ilmu pengetahuan tentang hukum Islam tersebut.

Menurutnya, tindakan segelintir pemimpin bukan Islam di negara ini yang dilihat membuat kenyataan dan kesimpulan mengenai hudud tanpa menganalisis terlebih dahulu bukanlah satu tindakan yang bijak.




Justeru tegas beliau, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam di negara ini termasuk para pemimpin, ustaz-ustaz dan ilmuwan-ilmuwan Islam untuk memberikan penjelasan kepada orang bukan Islam tentang hudud dan hukum Islam.

“Orang bukan Islam jangan sama sekali bercakap tentang hudud selama mana mereka tiada‘knowledge’ (pengetahuan) tentang hudud. Bagi diaknowledge dulu, bagi dia pengetahuan dulu minta agar dibentangkan kepada mereka tentang hudud.

“Kita bersedia, saya menawarkan diri melalui ILMU untuk memberikan penjelasan tentang apa itu hudud, apa itu hukum Islam secara umum agar mereka faham dan agar mereka jelas tentang apa itu hukum Islam sebelum bercakap,” ujar Fathul ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Mengulas mengenai parti-parti politik yang dinaungi kaum Cina seperti MCA dan DAP yang secara terang-terangan menolak pelaksanaan hudud di negara ini, Fathul mempertikaikan kefahaman pemimpin parti-parti politik itu mengenai hudud.

Menurutnya, mereka tidak boleh menjadikan alasan undang-undang hudud jika dilaksanakan akan menyebabkan ekonomi negara menjadi mundur kerana di negara-negara lain yang tidak mengamalkan hudud, ekonominya mungkin sihat tetapi politiknya bermasalah dan masyarakatnya tidak hidup dalam keadaan yang tenteram.

“Sekarang ini, saya tak tahu samada MCA dan DAP apa yang mereka faham tentang hukum hudud, hukum islam. Saya nak tahu kefahaman mereka tentang asas,

“Mereka tak boleh jadikan alasan negara-negara yang melaksanakan hudud itu mundur, ekonominya bermasalah, politiknya bermasalah, tidak tenteram, itu bukan alasan. Kalau nak jadikan demikian, kita boleh kata banyak benda. India sebagai contohnya, apa asas agama mereka? Thailand, apa asas agama mereka? Walaupun negara mereka maju dari segi ekonomi, tetapi dari sudut keamanan tidak semestinya,” tegas beliau.

Menurutnya, sekiranya pemimpin-pemimpin MCA dan DAP mengaku tidak mempunyai kefahaman mengenai hudud, beliau sedia untuk memberikan penjelasan kepada mereka.

Hudud kembali menjadi hangat ketika apabila pemimpin-pemimpin MCA dan DAP dilihat saling berbalas kenyataan mengenai undang-undang Islam itu.

Terkini, Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran kepada MCA supaya tidak berterusan memainkan isu pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Menurutnya, MCA perlu menghentikan perbuatan membuang masa itu kerana hukum Islam itu tidak akan dilaksanakan.

Karpal menegaskan, walaupun Islam adalah agama rasmi negara ini dan ia sudah termaktub dalam perlembagaan namun pelaksanaan perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali.

Karpal berkata demikian bagi mengulas kenyataan ahli jawatankuasa pusat MCA, Loh Seng Kok yang mendakwa Karpal sebagai orang menurut perintah kepada PAS.

Dalam kenyataannya, Loh turut menggesa Guan Eng dan Kit Siang supaya meletak jawatan berikutan gagal untuk mempengaruhi PAS untuk tidak melaksanakan hukuman tersebut.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive