Sunday, July 29

Lajim Ukim Main "Political Animal" Bah?


UMNO digemparkan dengan perletakan jawatan oleh MT UMNO Lajim Ukim,Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan sebagai Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.Perletakan serta merta pulak tue.Apa Dah jadi bah dengan kempipinan UMNO kat Sabah.MKP mendapat perkhabaran yang kurang manis dari rakan-rakan dari Sabah menyatakan ianya masalah dalaman yang meruncing ketika ini.Adakah ini patut berlaku apabila kita diambang PRU 13.Patut dikaji dan diberi perhatian oleh UMNO.

Berbalik kepada gambar diatas ianya adalah keadaan yang sah dimana Lajim Ukim telah bermain "Political Animal"Siapa didepan tue semua orang kenal dia bah.Anwar -Al Juburi.Apa yang Lajim Ukim nie buat sambut ketibaan Analwar di Airport????Mesti ada satu agenda yang sudah diagak olah kita semua.Ucapan Lajim Ukim menyatakan tidak akan menyertai Pakatan Pembangkang terutama PKR adalah retorik semata-mata.Tapi MKP puji tindakan yang telah dibuat oleh PM, rilek dan bersahaja tidak gelabah macam pemimpin lain.
Perdana Menteri berkata keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti. "Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.
"Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan. "Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat,"
MKP Ayat Sempoi : Lajim Dah kena batu Merah Jemala Anwar Ke? 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive